ولقد زينا السماء الدنيا بمصابيح وجعلنها
رجوما للشيطين واعتدنا لهم عذاب السعير
رجوما للشيطين واعتدنا لهم عذاب السعير
dan
Demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit Yang dekat (pada
penglihatan penduduk bumi) Dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan
bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan dan Kami
sediakan bagi mereka azab neraka Yang menjulang-julang.
i.
Tentang
Mesosfera
Kekuasaan
Tuhan sebenarnya meliputi yang nyata (alam manusia) dan juga yang
ghaib (alam jin). Langit dunia adalah merupakan langit yang rendah
dan yang dikatakan langit yang rendah adalah bahagian-bahagian yang
berketumpatan gas dengan ketumpatan yang tinggi iaitu di bawah
lapisan mesosfera iaitu stratosfera, lapisan ozon serta lapisan
atmosfera itu sendiri. Hanya pada langit bahagian ini batu meteor
dapat bergeser dengan udarakasa serta terbakar menjadi pelita yang
terang.
Pada
masa-masa tertentu aluran meteor
dapat dilihat sebagai suatu yang
indah menghiasi langit malam. Jarak dari permukaan bumi adalah
sekitar 70 kilometer. Dalam beberapa terjemahan dinyatakan sebagai
bintang, namun sebenarnya bintang yang paling hampir adalah matahari
dan yang lainnya berada pada kedudukan sangat jauh dari bumi ini.
Sebenarnya terdapat perkataan khusus yang ayat-ayat Al-Quran nyatakan
sebagai merujuk kepada objek-objek yang berlainan.
Perkataan-perkataan tersebut adalah
ii.
Nama-nama Objek Angkasa
1. Al-Khunnas
- Komet (81:15)
2. An-Nujm -
Bintang / Komet (16:12/16 & 86:3)
3.
Kaukab - Planet (12:4 & 24:35)
4. Mishbah -
Pelita / Meteor (67:5)
5. Syihab -
Panah-panah Api atau Peluru
An-Nujm
boleh diterjemahkan sebagai bintang dan dapat juga difahami sebagai
komet. Ahlul Nujum adalah seseorang yang dinyatakan pakar tentang
pergerakan bintang serta komet yang dikaitkan dengan perkara-perkara
mistik serta perkhabaran sesuatu yang akan datang. Kedua-dua bentuk
terjemahan haruslah disesuaikan dengan hubungan ayat. Yang dikatakan
sebagai pelita ﻤﺼﺎﺑﻴﺢ
pula
adalah juga suluh api yang terang ﺷﻬﺎﺑﺎ
sebagaimana
dinyatakan dalam surah Al-Jin.
Ayat
ini menjurus kepada ciri-ciri lengkap bumi yang Tuhan sediakan
dengan perlindungan-perlindungan
tertentu dan adapun perlindungan daripada gangguan ghaib yang
disebabkan oleh usaha syaitan mencuri dengar perkhabaran langit
adalah dengan menyediakan pelita yang menyala yang akan menyiksa
mereka dengan nyalaan (72:8/9). Sistem perlindungan yang terdapat
pada langit bumi telah dijelaskan sebelum ini dan juga dalam surah
Al-Buruj.
Demikian itu seksa yang membakar yang mereka perolehi dalam dunia ini
lagi atas keingkaran mereka.
iii.
Meteoroid Sebagai Perejam Syaitan
Adapun
persoalan yang menjurus kepada kegunaan meteoroid yang sentiasa terapung-apung di angkasalepas yang akan jatuh apabila
mencapai kerendahan tertentu di atas permukaan bumi, membentuk
meteor, tentunya merupakan sesuatu persoalan dan perancangan ghaib
Tuhan yang Maha Mengetahui. Tuhan yang Maha Mengetahui menjelaskan
segala-galanya darihal kegunaan sesuatu yang tampak indah pada
pandangan mata manusia adalah azab yang disediakan kepada syaitan
daripada bangsa jin terhadap keingkaran mereka. Begitulah perkara
ghaib yang tidak tercapai oleh pancaindera manusia sama ada melalui
peralatan tertentu yang dapat direkodkan dan disaksikan oleh
keseluruhan manusia. Sekiranya Tuhan yang membentuk kerajaan langit
dan bumi ini, memberitahu manusia perkara yang tidak manusia ketahui
darihal pencegahan terhadap sesuatu yang dapat memudharatkan
kehidupan
manusia, hal sedemikian harus dipelajari manusia agar melakukan yang
terbaik dalam membentuk kepimpinan mereka.
No comments:
Post a Comment