Pendedahan tentang Kisah Nuh dan Bangsa Jin, Yang Diselimuti lagi Diselubungi, dimulai dengan penerangan awal daripada surah Nuh iaitu dengan terlebih dahulu mengingatkan manusia supaya mereka kembali menyembah Tuhan mereka yang sebenarnya.
Seterusnya manusia harus kembali mematuhi pengajaran Tuhan yang disampaikan melalui rasul, supaya suatu bencana yang pedih dapat dihindari. Setiap mereka harus dapat berada di bumi ini sehingga kepada ajal mereka masing-masing dan bukannya azab yang datang secara mengejut sehingga mereka mati hampir serentak.
Setelah kesedaran sampai kepada individu-individu tertentu, mereka harus memilih kaedah dakwah paling sabar, sepertimana yang ditunjukkan oleh nabi Nuh A.S. Sebenarnya sasaran dakwah oleh pendakwah masa kini adalah menyerupai sasaran dakwah umat Nabi Nuh A.S. sehingga penulis dapat nyatakan bahawa, kesan akhir daripada dakwah yang kami lakukan, adalah membawa kepada persiapan yang mampu dilakukan, agar mereka yang mempercayai kandungan risalah ini akhirnya dapat dikumpul dan diselamatkan.
Peristiwa-peristiwa yang bakal berlaku, harus dikaji dengan teliti sehingga kita dapat mempelajari corak bencana berkenaan. Usaha harus dilakukan sehingga kita dapat melakukan persiapan, sama ada persiapan kerohanian, persiapan fizikal ataupun persiapan teknologi. Usaha yang dilakukan oleh Nabi Nuh A.S. haruslah dipelajari dan dicontohi sehingga kita akan dapat mengatasi permasalahan yang berlaku melalui kerjasama antara kita.
No comments:
Post a Comment