وللذين كفروا بربهم عذاب
جهنم وبئس المصير
جهنم وبئس المصير
dan
bagi orang-orang Yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan
azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Sebenarnya
apakah yang dikehendaki Tuhan dalam kehidupan manusia ini? Adakah
Tuhan menghendaki untuk membiarkan sahaja umat manusia menempuh
kehidupan tanpa kawalan sehingga mereka boleh melakukan apa sahaja
dan merosakkan alam kediaman mereka sendiri sesuka hati? Untuk
mereka yang gemarkan kerosakan sebegitu, neraka Jahanam itulah
seburuk-buruk tempat bagi mereka yang mengingkari bahawa kerajaan
Tuhan adalah kerajaan yang memberkati. Sesungguhnya Al-Quran adalah
sebuah kitab yang diturunkan sejak sekian lama lebih 1400 tahun yang
lalu. Sebenarnya manusia lebih terpegun dengan catatan daripada
Nostradamus
yang baru berusia sekitar 500 tahun yang lalu dan begitu juga mereka
sanggup mengkaji catatan-catatan Injil lama yang ditemui sekitar
Tasik Galilei
yang lebih dahulu daripada Al-Quran dan juga catatan-catatan kaum
Maya, kaum Inca
dan kerajaan
Aztec silam.
Namun apabila berhadapan dengan Al-Quran yang merupakan kitab lama yang masih terpelihara, mereka menerimanya dengan rasa meluat. Sedangkan Al-Quran adalah kitab yang membenarkan kitab-kitab terdahulu yang ada di sisi mereka. Menjelaskan tentang permasalahan mereka serta dapat menyelesaikan segala permasalahan manusia.
Maya - Tamadun silam yang diagung-agungkan.
Namun apabila berhadapan dengan Al-Quran yang merupakan kitab lama yang masih terpelihara, mereka menerimanya dengan rasa meluat. Sedangkan Al-Quran adalah kitab yang membenarkan kitab-kitab terdahulu yang ada di sisi mereka. Menjelaskan tentang permasalahan mereka serta dapat menyelesaikan segala permasalahan manusia.
Berkenaan
dengan seksa Jahanam, pernah suatu ketika dahulu suatu bunyian berupa
jeritan disiarkan melalui radio penyiaran BBC,
memberitahu suatu penemuan bunyi dari bawah bumi menyerupai bunyi
yang keras seperti sekumpulan orang yang sedang diseksa bahkan di
latar belakang bunyi itu terdapat puluhan atau ribuan jeritan yang
serupa bersama bunyi mesin pengorek. Adakah bunyian sedemikian
merupakan bunyi yang benar? Kerana pengadilan Tuhan hanya berlaku di
akhirat nanti terhadap jiwa-jiwa yang telah menempuh kematian,
penulis hanya dapat memberi pandangan, sekiranya suara jeritan itu
benar, barangkali itu merupakan bunyian yang akan disaksikan nanti di
akhirat.
Bunyi jeritan yang pernah viral suatu
masa dahulu, namun penemuan ini telah
di-'debunk'.
No comments:
Post a Comment