قالوا
بلى قد جاءنا نذير فكذبنا
وقلنا
ما نزل الله من شئ ان انتم الا فى ضلل كبير
Telah berkata mereka, bahkan sesungguhnya
telah datang ia akan kami amaran, lalu telah mendustai kami dan telah berkata
kami “tidak telah menurunkan Ia oleh Allah daripada sesuatu, sungguh (tidaklah)
kamu melainkan dalam kesesatan yang besar”.
mereka menjawab: "Ada ! sebenarnya telah datang kepada Kami
seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu Kami dustakan serta Kami katakan
(kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (Wahai orang Yang mendakwa
menjadi Rasul) hanyalah berada Dalam kesesatan Yang besar!
i. Menuduh Pengikut Ajaran
Tuhan : Sesat
Mengapa ancaman seksa yang sedemikian
dijadikan ugutan kepada golongan yang ingkar? Apakah peranan mereka sehingga
mereka diancam untuk didatangkan seksa? Sebenarnya, mereka adalah makhluk yang
Tuhan ciptakan di dunia ini, sama seperti makhluk-makhluk yang lain. Mereka
makan, minum, berkeluarga dan berkediaman di mukabumi ini. Tidak seperti
makhluk-makhluk lain, mereka diberi akal fikiran, supaya mereka pergunakannya.
Namun mereka mempergunakannya untuk melakukan kerosakan demi kerosakan,
sehingga bumi ini menjadi kawasan bahaya untuk didiami. Mereka
mempengaruhi manusia lain untuk melakukan perkara serupa iaitu kerosakan.
Mereka sombong dengan anugerah akal fikiran
yang diserahkan kepada mereka, sehingga menuruti suatu kefahaman bahawa Tuhan
tidak diperlukan dalam agenda kehidupan. Mereka menafikan segala bentuk ancaman
yang akan Tuhan datangkan kemudian nanti. Bagi mereka ancaman sedemikian
sesuatu yang diada-adakan dengan tujuan menakut-nakutkan semata-mata. Bahkan
mereka mengeluarkan kenyataan yang besar iaitu tiada sesiapapun yang berhak
menerima sebarang petunjuk ataupun ancaman daripada Tuhan. Sesiapapun jua yang
mendakwa sedemikian, adalah berada dalam 'kesesatan' yang besar.
ii. Sebab-sebab Seksaan – Gagal
Menggunakan Pendengaran Dan Akal
Menggunakan Pendengaran Dan Akal
Mereka menyamakan semua agama dalam rumpun
kepercayaan yang serupa. Maka akhirnya kita dapati kehidupan manusia semakin
porak peranda. Masalah jenayah meningkat. Bilangan manusia yang menjadi penagih
ubat-ubat anti kemurungan dan ketenangan jiwa semakin bertambah, demi
menghilangkan kegelisahan dalam hidup dan memperolehi keseronokan. Mengapakah
mereka tidak menggunakan akal fikiran dengan sebenarnya? Mengapakah mereka
memilih untuk tidak beragama atau beragama dengan agama yang mencelarukan?
Sekiranya benar-benar mereka memikirkan, mereka haruslah berasa takjub dengan kesempurnaan
ciptaan Tuhan terhadap diri mereka. Lalu bagaimanakah mereka boleh mendakwa
bahawa penciptaan diri mereka berlaku dengan sendirinya? Atau mereka menyatakan
bahawa Tuhan hanya tahu mencipta dan kemudian membiarkan ciptaan itu
menempuh laluan masing-masing. Sekiranya demikian mereka haruslah
bersungguh-sungguh memikirkan darihal penciptaan. Mereka sendiri tidak pernah
mengetahui daripada bahan apakah dan bagaimanakah penciptaan awal itu bermula
lalu bagaimana pula mereka dapat memikirkan ke manakah mereka akan dibawa
selepas daripada kehidupan mereka ini? Kesesatan apakah yang mereka anuti?
Dadah flakka - Inikah yang dikatakan keseronokan?
No comments:
Post a Comment