SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Friday, February 23, 2018

SURAH AS-SABAK AYAT 12 -- TEKNOLOGI YANG DIWARISI NABI SULAIMAN A.S.


ﻮ ﻠﺴﻠﻴﻤﻦ ﺍﻠﺮﻴﺢ

Dan bagi Sulaiman, akan angin,

Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya,

Teknologi yang diperolehi oleh nabi Daud A.S. diwarisi seterusnya oleh anaknya iaitu Nabi Sulaiman A.S. Nabi Sulaiman A.S. memperolehi teknologi melempar angin pada kelajuan bersangatan. Kefahaman dalam masyarakat Islam selama ini menerima bahawa Nabi Sulaiman A.S. dikurniakan Tuhan keupayaan memerintah angin bagi membawanya ke mana sahaja yang baginda kehendaki. Penulis tidak menafikan kefahaman seperti itu. Adalah merupakan kehendak Tuhan untuk mengurniakan mukjizat tertentu kepada rasul-rasul pilihannya sebagai bukti kerasulan. 

Pelbagai kefahaman tentang mukjizat
yang dikurniakan Tuhan kepada
Nabi Sulaiman A.S.

Kiranya kita melihat dengan lebih teliti, perkataan ﺍﻠﺮﻴﺢ disambut dengan sebutan fathah pada huruf ﺢ . Oleh itu, untuk mendapat pengertian sebenar terhadap perkara angin, rujukan pada himpunan yang sama perlu dilakukan dan kita dapati rujukan pada ayat ke-10 daripada surah ini - perlakuan yang serupa berlaku pada perkataan ﺍﻟﺤﺪﻳﺪ . Iaitu ‘suatu tindakan’ dilakukan kepada angin sebanding dengan ‘sesuatu tindakan’ dilakukan terhadap besi. Kedua-dua sama ada angin atau besi adalah merupakan subjek yang dikenakan suatu tindakan. Dalam hal ini, tindakan yang dikenakan adalah berlainan. Rujukan bahasa terhadap angin dan besi, kedua-duanya adalah subjek yang telah dikenakan tindakan tertentu (secara pasif) dan bukannya melakukan suatu tindakan aktif.  Oleh kerana tiada perkataan sesuai dalam Bahasa Melayu untuk menjelaskan perkara ini, penulis telah mencadangkan terjemahan dengan perkataan ‘akan’.  Iaitu merujuk subjek yang dikenakan tindakan.

Pada tahap ini kita masih belum lagi mengetahui apakah tindakan yang telah Nabi Sulaiman A.S. kenakan terhadap angin? Tidak seperti besi, telah dinyatakan dengan tindakan mendahuluinya, bahawa Nabi Daud A.S. melakukan suatu kerja melembutkan. Di sinilah letaknya keindahan Bahasa Al-Qur’an bahawa subjek telah dinyatakan terlebih dahulu iaitu dikenakan tindakan, sedangkan tindakan yang dikenakan terhadap subjek itu, masih belum dinyatakan. Kefahaman melalui kaedah ini mungkin agak berlainan daripada kefahaman yang diperolehi dari terjemahan umum yang biasa. Penelitian seperti ini diperlukan memandangkan terdapat ayat yang menyatakan sifat Tuhan Maha Melihat (secara teliti) terhadap pekerjaan mereka. 





Thursday, February 15, 2018

TUHAN MAHA MELIHAT PEKERJAAN SESEORANG


ﺍﻨﻰ ﺒﻣﺎ ﺘﻌﻤﻠﻮﻦ ﺒﺼﻴﺮ
Sesungguhnya Aku, dengan apa yang kamu kerjakan, Maha Melihat.
Sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.
Dengan melihat kepada sifat-sifat besi, kita harus memaklumi mengapakah teknologi yang Tuhan nyatakan dalam surah ini adalah sedemikian rupa? Melihat serta meneliti untuk memikirkan kebaikan serta manfaat besar yang boleh diperolehi daripada kenyataan sedemikian, sebenarnya adalah merupakan perintah Tuhan daripada Al-Qur’an. Terdapat berbagai-bagai jenis besi yang telahpun kita kenali. Ada besi acuan, ada besi tuang, ada besi waja – yang lebih dikenali sebagai keluli, besi anyaman, keluli nirkarat, besi berani dan terdapat istilah yang telah kita warisi selama ini merujuk kepada peralatan dapur seperti pinggan ayan dan mangkuk ayan; semua itu merujuk kepada bahan asas besi.

Sifat Magnetik Besi

Besi mudah teraruh dalam medan magnet kuat yang dikenakan kepadanya membentuk magnet yang dapat bertahan lebih lama. Selain daripada besi dan kobalt, setakat ini sifat seperti ini sukar didapati pada logam-logam lain. Super magnet seperti neodymium, sekalipun dapat dikatakan memiliki sifat magnetik yang sangat kuat, ianya sangat berat dan tidak mudah teraruh. Memanipulasi sifat magnet yang kuat adalah asas kepada pembentukan peralatan dengan keupayaan yang sangat besar. Suatu ketika dahulu, kiranya kita ingin membentuk peralatan seperti motor elektrik dan penjana kuasa, antara perkara yang diperlukan adalah tenaga luaran yang akan menggerakkan suatu konduktor memotong fluks magnet; penemuan terkini dapat membuktikan perkara sebaliknya. Tiada punca tenaga luar diperlukan dan magnet dapat mengeluarkan tenaganya sendiri berdasarkan kaedah tertentu. Sifat kehandalan tenaga daripada magnet ini, diperolehi daripada besi dengan berat atom 57. Hanya atom besi jenis ini memiliki elektron dengan penandaan spin -1/2, (tiada pada jenis besi lain) sehingga dapat membawa sifat magnetik yang kuat, agak ringan berbanding logam magnetik lain serta dapat diaruhkan untuk bertahan lebih lama. 

Tiada Tenaga Percuma


Penulis bersetuju dengan konsep ‘overunity’ sebagaimana yang dipersembahkan dalam banyak penemuan terkini tentangnya di Youtube. Sekalipun seolah-olah motor elektrik atau penjana elektrik berkenaan tidak menerima sebarang bekalan tenaga dari mana-mana sumber, sebenarnya punca tenaga itu datang daripada atom-atom yang membawa sifat magnetik kuat. Kekuatan magnetik itu sendiri disediakan daripada tenaga yang terserap masuk kepada atom-atom berkenaan contohnya seperti atom-atom besi, semasa kejadian supernova suatu ketika dahulu. Dengan memanipulasi sumber tenaga seperti ini, kita dapat membentuk medan magnet sangat kuat sehingga sumber tenaga baru dapat diperolehi. 

Namun apabila perkara ini dibincangkan, rata-rata komentar memberi sambutan hambar terhadap perkara ini dengan menyatakan bahawa konsep ‘overunity’ adalah sesuatu yang berlawanan dengan hukum fizik. Penulis tidak menafikan hukum fizik dan pada masa yang sama juga penulis tidak menafikan konsep ‘overunity’. Tiada sumber tenaga percuma di alam ini dan segala sesuatu pasti datang daripada sesuatu sebelumnya. Tuhan tidak jadikan alam ini muncul dan terjadi secara tiba-tiba meskipun Dia berkuasa untuk melakukan sedemikian.

Alam ini yang dikatakan terjadi secara
tiba-tiba sebenarnya menyalahi sifat
fizik terhadap Hukum Keabadian
Tenaga dan Hukum Termodinamik
 itu sendiri.

Konsep ‘overunity’ telah dipersembahkan dalam suatu demo yang ditunjukkan oleh seorang warga Turki. Sekalipun konsep ini dikatakan menyalahi hukum fizik, sebenarnya suatu kajian lanjut diperlukan untuk menjelaskan bagaimana perkara ini dapat terjadi tanpa menyalahi penjelasan daripada hukum fizik atau termodinamik.


Dakwaan yang dibuat oleh perekacipta 
dalam video ini, tidak harus dikeji secara
 berterusan tetapi harus dikaji berterusan.


Friday, February 9, 2018

TEKNOLOGI JALINAN DAN TENTANG BESI ITU SENDIRI


Mengapakah Jalinan Diperlukan?

Sekali lagi diingatkan bahawa penulis tidak bertujuan untuk mendapatkan tafsiran daripada ayat Al-Qur’an yang dinyatakan. Namun daripada ayat-ayat yang merujuk kepada perkara yang telah berlaku suatu ketika dahulu, suatu pengajaran dapat diambil dan suatu manfaat dapat diperolehi. Sama ada penulis atau pembaca, kita sebenarnya tidak pernah menyaksikan bagaimana proses menyediakan jalinan pada baju perisai itu telah dilakukan Nabi Daud A.S. Analogi yang boleh penulis nyatakan tentang perkara ini dan perkaitannya pada zaman ini adalah berkaitan dengan teknologi jalinan atau ‘strip technology’. 

Sekiranya pada penerangan sebelum ini iaitu pada bahagian melembutkan besi, adalah merupakan suatu usaha yang dilakukan dengan menumpukan tenaga yang dibekalkan; perkara sebaliknya pula dapat dijelaskan pada ayat yang dinyatakan pada bahagian ini. Iaitu tenaga gelombang pada julat frekuensi tertentu, dapat dilemahkan menggunakan kaedah teknologi jalinan dan perkara ini sememangnya sedang dibangunkan sekarang ini dalam teknologi ketenteraan. Penghasilan perisai radar dapat menghalimunankan jentera-jentera peperangan agar tidak dapat dikesan oleh radar musuh. Bahkan melalui teknologi jalinan, lebar jalur cahaya dalam julat kelihatan, dapat dipilih secara khusus sehingga dapat meng‘hilang’kan sipemakainya. 

Teknologi yang buat masa ini masih dalam kajian.

Umat Islam harus memanfaatkan teknologi sedemikian kerana penggunaan besi adalah sebahagian asas kepada pembentukan teknologi. Nabi Daud A.S. dan Nabi Sulaiman A.S. telah membangunkan negara mereka berasaskan teknologi besi. Bukan sahaja barangan besi itu sendiri, perkara yang berkaitan dengannya seperti kaedah peleburan dan juga perlembutannya. Semua ini berkait rapat dengan perkara yang akan penulis jelaskan sedikit lagi pada bahagian selanjutnya daripada ayat-ayat berikut.

Mengapakan Besi?

Besi memiliki salah satu isotop dengan berat atom 57 dan nombor atom 26. Besi juga memiliki bahan asas yang membawa sifat magnetik selain daripada kobalt. Secara asasnya, bumi tidak menyediakan bijih besinya sendiri kerana unsur besi adalah suatu yang diturunkan Tuhan dari langit. Unsur seperti besi dan juga kobalt, hanya dapat terhasil daripada kejadian supernova yang besar suatu ketika dahulu dan bahan ini telah tersebar merata-rata di cakerawala. Dalam surah 57 ayat 25 (iaitu ayat ke-26 kiranya ayat Bismillah diambil kira sebagai ayat pertama), Tuhan telah nyatakan bahawa besi adalah suatu yang diturunkan, memiliki sifat kehandalan yang bersangatan, supaya Tuhan mengetahui siapakah dalam kalangan  umat ini yang menolong agama Tuhan dengan menggunakan besi? Oleh itu teknologi berasaskan besi harus diambil manfaat oleh umat ini agar mereka dapat menempuh kehidupan yang baik di dunia ini dan di akhirat kelak. 

Untuk memperolehi besi, suatu proses yang dikenali sebagai proses penurunan logam harus dilakukan. Bijih besi yang selalunya terdiri daripada besi oksida, iaitu bijih yang berwarna kelabu perlu dipanaskan sama ada melalui haba api, gelombang haba atau induksi elektromagnetik dan dicampurkan dengan agen penurun seperti arangbatu. Dalam proses penurunan itu, logam besi akan terturun dari bijih besi dan diturunkan keluar melalui corong relau membentuk rod, kepingan atau bongkah besi. Sementara itu agen penurun akan bertindak balas dengan oksida bijih membentuk sebatian karbon dioksida yang membentuk gas dan dibebaskan keluar. Proses ini dilakukan pada suhu lebur yang agak tinggi. 


Kaedah aruhan untuk mendapatkan besi 
adalah lebih menjimatkan tenaga dan
dapat mengurangi kesan pencemaran.

Besi tulen yang terhasil melalui kaedah seperti ini amat mudah teroksida kembali, tetapi melalui tempoh masa yang agak lama bergantung kepada suhu persekitaran. Kehadiran air pula dapat mengakibatkan besi yang telah teroksida menjadi karat terhidrat. Untuk membuatkan logam besi dapat bertahan lama, besi perlu melalui proses pengkelulian dengan menambah unsur karbon kepada leburan besi semasa melalui proses pembikinan. Untuk menjadikan logam keluli memiliki sifat kekuatan terhadap daya luaran dan juga terhadap ketegasan yang tinggi, keluli perlu dirawat melalui proses perlenyekan beberapa kali untuk menghasilkan lebih banyak kecacatan butir bagi membentuk lebih banyak sempadan butir pada saiz mikroskopik. Bergantung kepada penggunaan, contohnya dalam penghasilan instrumen kecil, keluli dalam bentuk serbuk metalurgi terlebih dahulu melalui proses pemampatan dan dipanaskan semula pada suhu tertentu bagi membentuk bahan mudah lentur tetapi tidak mudah patah. Peralatan berkejituan tinggi seperti jam tangan dihasilkan melalui penghasilan keluli seperti ini dan lebih dikenali sebagai keluli nirkarat. 










Saturday, February 3, 2018

SURAH AS-SABAK AYAT 11 -- BESI UNTUK DIJADIKAN PAKAIAN PERISAI


ﺍﻥ ﺍﻋﻤﻞ ﺳﺒﻐﺖ ﻭ ﻗﺪﺭ ﻓﻰ ﺍﻟﺴﺮﺩ ﻭ ﺍﻋﻤﻠﻮﺍ ﺻﻠﺤﺎ

Bahawa perbuatlah olehmu akan baju perisai labuh dan tentu ukurlah olehmu pada jalinan itu dan perbuatlah olehmu sebaik-baik(nya).

(Serta Kami wahyukan kepadanya): “Buatlah baju-baju besi yang labuh, dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki: dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang salih,

i.   Antara Mukjizat dan Teknologi  

Penulis tidak menafikan bahawa kelebihan yang dilakukan oleh Nabi Daud A.S. melembutkan besi membentuk reka ciptaan tertentu, adalah merupakan perkara mukjizat Tuhan kepada Nabi Daud A.S. Namun dalam mengkhabarkan perkara mukjizat, penulis turut berusaha mendapatkan kefahaman yang dapat difahami secara rujukan ilmiah. Seperti dalam kisah tenggelamnya Firaun pada zaman Nabi Musa A.S., semua itu adalah perkara mukjizat dan penulis hanya menjelaskan unsur-unsur yang terlibat, yang dapat difahami berdasarkan ilmu pengetahuan masa kini, agar suatu pengajaran dapat diambil. Bukankah setiap ayat Al-Qur’an, terdapat pengajarannya tersendiri. Untuk menjelaskan bahawa mukjizat adalah sesuatu yang dapat dijelaskan secara ilmiah semata-mata, perkara itu amat jauh sama sekali dari maksud penulis.

ii.   Teknologi Yang Boleh Dimanfaatkan 

Perintah menentu ukur pada jalinan dan melakukan sebaik-baiknya adalah sinonim dengan kerja-kerja kejuruteraan teliti. Al-Qur’an tidak memberi rumusan kepada kita cara mana suatu tentu ukur itu harus dilakukan kerana usaha bersungguh-sungguh manusia dalam mempelajari ilmu tentangnya adalah sesuatu yang mereka sendiri dapat lakukan. Kiranya dahulu Nabi Daud A.S. membentuk baju perisai berdasarkan perintah dari ayat ini, bahan asas untuk membina baju berkenaan baginda perolehi daripada besi berdasarkan ayat yang dinyatakan sebelum ini. Namun bagaimanakah baginda memperolehi besi sebagaimana yang disebutkan dalam ayat sebelum ini? Penulis tidaklah dapat menjelaskan teknik yang baginda lakukan kerana kita semua pada masa ini, tidak lagi dapat menyaksikan usaha baginda itu. 

Pada masa ini, logam besi diperolehi daripada bijih besi yang sedia terdapat sebagai mineral yang banyak didapati di permukaan bumi. Bijih besi dibakar dalam relau dan dicampurkan dengan agen penurun seperti arang batu dan dibersihkan menggunakan bahan batu kapur dan kemudiannya disalur keluar melalui saluran paip membentuk rod-rod atau kepingan besi yang panjang. Kaedah ini mengakibatkan pencemaran ketara melalui pembebasan jegala hitam yang mencemari persekitaran. 

Antara pencemaran lain yang ketara yang tidak dapat dinafikan, adalah pembebasan haba berlebihan ke persekitaran. Apabila semakin banyak kilang berasaskan besi didirikan di permukaan bumi ini, pencemaran haba daripada kilang-kilang berasaskan besi seperti kilang besi, kilang kenderaan serta penggunaan kenderaan itu sendiri, telah mengakibatkan perubahan cuaca yang ketara.  Keadaan ini diparahkan lagi dengan wap-wap baja yang terlalu banyak disingkirkan melalui aktiviti pertanian sehingga membentuk selimut haba yang serius di udarakasa. Haba tidak mudah terbebas ke angkasa lepas dan terkumpul agak lama sehingga menimbulkan kesan-kesan serius terhadap cuaca. 

iii.   Penyelesaian Terhadap Pencemaran
       Perusahaan Besi

Bukan setakat kilang besi, mana-mana perusahaan besi yang didirikan di negara ini, harus mengambil iktibar dari usaha Nabi Daud A.S. Besi harus dilembutkan bukan menggunakan kepanasan api, tetapi menggunakan kaedah aruhan yang menghasilkan gema. Gema yang terhasil bukan sekadar gema bunyi, bahkan merupakan kesan perpindahan tenaga dari suatu sumber lain.  

Tenaga yang turut menghasilkan gema 
dapat digunakan untuk melembutkan besi. 

Namun yang digambarkan dari gambaran video di atas adalah usaha melembutkan rod besi dan bukannya mendapatkan besi daripada bijih besi. Oleh kerana aruhan turut memanaskan besi, zarah-zarah besi daripada bijih besi boleh dipanaskan sedemikian rupa dan besi dapat diperolehi melalui tindak balas kimia daripada campuran bahan penurun tertentu yang ditambahkan ke dalam bijih. Kepada pembaca, sila bertanya kepada mereka yang memiliki ilmu pengetahuan tentang hal ini dalam kalangan jurutera bahan dan sumber mineral. Penulis hanya dapat mencadangkan suatu kenyataan bahawa kaedah ini akan dapat menjimatkan penggunaan tenaga dan mengurangi pencemaran dalam usaha mendapatkan besi dari bijih besi. Begitu juga untuk tujuan membentuk suatu acuan baru barangan berasaskan besi, melalui kaedah ini pembaziran dari banyak sudut, dapat dikurangi dengan berkesan. 




Thursday, January 25, 2018

TEKNOLOGI YANG DILALUI OLEH NABI DAUD A.S.


ﻳﺠﺒﺎﻝ ﺍﻭﺑﻰ ﻣﻌﻪ ﻭ ﺍﻟﻄﻴﺮ ﻭ ﺍﻟﻨﺎ ﻟﻪ ﺍﻟﺤﺪﻳﺪ

Wahai gunung-gunung, ulang-ulangilah olehmu bersamanya, dan akan burung-burung itu dan Kami lembutkan baginya, akan besi.

(sambil Kami berfirman), “Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!” Dan Kami juga telah melembutkan besi baginya;

Apakah perkaitan antara gunung, burung dan besi? Hal ini berkaitan keupayaan Nabi Daud A.S. memperolehi besi daripada bijih besi dan hal yang sebenarnya, teknologi yang baginda gunakan, mengatasi kaedah yang sedia diamalkan secara meluas masa kini. Pada masa itu, belum ada asas-asas ilmu moden sepertimana yang telah dibangunkan oleh umat masa kini. Teknologi yang dikenal pasti pada masa itu adalah teknologi bangsa Jin lantaran mereka telah berada di bumi ini lebih dahulu daripada manusia. 

Futej ini dikatakan diperolehi dari NASA. Siapakah
yang menembak dan siapakah yang ditembak?
Siapakah mereka ini yang memiliki teknologi
yang hebat sebegini, kalau bukan bangsa Jin yang
telah mendahului kemajuan manusia?

i.   Bukan Bermaksud Untuk Mengagungkan
     Teknologi Bangsa Jin

Penulis tidak bermaksud untuk mengagung-agungkan teknologi bangsa Jin, kerana mereka juga seperti manusia, mempelajari sedikit demi sedikit berdasarkan pengalaman mereka. Sehingga akhirnya mereka menghasilkan suatu teknologi, yang manusia masakini merasakannya sebagai canggih. Ayat-ayat Al-Qur’an daripada surah As-Sabak, yang akan kita pelajari dalam beberapa ayat selepas ini, bukanlah bertujuan untuk mendedahkan rahsia cara mana mereka membangunkan teknologi. Tetapi lebih kepada pengambilan langkah berhati-hati, bagaimana suatu pembangunan itu harus dilaksanakan dan dijagai.

“Al-Qur’an bukanlah buku teknologi tetapi buku panduan darihal agama, tentang corak kehidupan yang harus manusia lalui.”

Yang menjadi rosaknya sebuah pembangunan negara atau negeri itu, bukanlah atas sebab mereka mengamalkan suatu kaedah yang dikatakan sebagai ketinggalan, tetapi atas sebab-sebab sikap penduduk itu sendiri yang condong untuk menolak panduan Tuhan dalam berpenghidupan, serta membesarkan hawa nafsu sendiri. Akibatnya, secanggih manapun sesuatu teknologi itu diamalkan, perkara pasti yang bakal terjadi ialah, teknologi berkenaan tidak akan dapat digunakan untuk menghalang kemusnahan tempat-tempat kediaman serta diri-diri mereka sendiri.

ii.   Umat Beragama Bukanlah Yang Menyembah Teknologi.

Kita tidak perlu pergi jauh untuk menyaksikan perkara seperti ini. Sebagai contoh, penggunaan media sosial tanpa kawalan, telah membawa bencana sosial yang besar di negara ini. Bukan salah teknologi, bukan salah peralatan tetapi salah diri sendiri, salah kepimpinan yang tidak pernah melebar luaskan tunjuk ajar, cara guna yang betul terhadap peralatan yang diserahkan kepada mereka.  Tentang undang-undang yang perlu dimaklumi dan dipatuhi, tentang catatan rekod perhubungan yang dilakukan, bukan setakat untuk tujuan pengebilan sahaja tetapi juga sebagai bahan bukti, semuanya itu telah diabaikan begitu sahaja. Kiranya dahulu, bukan sahaja pemilikan kenderaan memerlukan lesen, pemilikan radio dan televisyen juga memerlukan lesen. Namun di manakah lesen seperti itu sekarang ini untuk penggunaan peralatan komunikasi? Kiranya berkomunikasi melalui radio HF memerlukan lesen dan tatacara tertentu, penggunaan media sosial berasaskan talian internet juga sebenarnya harus dikawal rapi. Mereka yang tidak tahu undang-undang atau tidak beradab sopan, tidak harus diserahkan kepada mereka, kuasa mengendalikan peralatan media sosial.

Akhir sebuah rancangan sedemikian adalah keruntuhan sistem kekeluargaan yang merupakan unit asas sesebuah masyarakat. Umat yang terhasil daripada salah guna teknologi komunikasi adalah mereka yang menyembah hawa nafsu serta mengutamakan keseronokan dunia. Mereka tidak perduli dengan peningkatan mendadak kelahiran anak-anak luar nikah, perpindahan harta manusia dengan jalan tidak benar, pencerobohan maklumat kritikal dan sebagainya. Bahkan bagi mereka yang berkedudukan, mereka tidak perduli tentang nasib kareer politik mereka sendiri, kerana tetap membiarkan fitnah tersebar merata-rata dengan membiarkan keburukan bermaharajalela.

Dalam hal ini, sebahagian ahli masyarakat kini, telah tidak berupaya mengawal diri mereka sendiri. Kita memerlukan campur tangan dan kawalan pihak pemerintah untuk melakukan perubahan mendadak dalam mengawal penggunaan teknologi sedemikian. Masakan tidak, kejadian zina secara ‘online’ akan menjadi wabak yang tidak dapat dibendung, atau kita akan menyaksikan sebuah kemusnahan dalam hubungan sosial yang tiada lagi jalan mudah untuk diperbaiki.

Teknologi yang tidak dikawal rapi, akhirnya
hanya menjanjikan suatu kemusnahan.

iii.   Pelbagai Terjemahan Bagi Perkataan  ﺍﻭﺑﻰ
       Yang Harus Diperhatikan

Bermula penerangan penulis adalah daripada perkataan ﺍﻭﺑﻰ  sebagaimana yang didapati daripada ayat, yang menjadi tajuk muka surat ini.

        a.   Terjemahan Asal Pertama Sebagai Ulangan Sebutan.

Berdasarkan kebanyakan terjemahan, pembaca akan dapati usaha Nabi Daud A.S. melakukan pekerjaan melembutkan besi, adalah berkaitan dengan perkataan  ﺍﻭﺑﻰ  yang dapat dirujuk sebagai mengulang-ulangi sebutan seperti zikir atau tasbih kepada Tuhan. Pada ayat sambungan selanjutnya, perbuatan mengulang-ulangi sebutan sedemikian juga dilakukan oleh burung-burung, yang dikatakan terlibat secara langsung. Tentunya keadaan ini dapat difahami sebagai mukjizat yang Allah S.W.T. kurniakan kepada Nabi Daud A.S. Demikianlah bentuk terjemahan utama dalam kebanyakan terjemahan yang ditemui.

         b.   Terjemahan Kedua Sebagai Bertasbih (Kepada Tuhan) 

Dalam terjemahan lain pula, perkataan ﺍﻭﺑﻰ  diterjemahkan terus sebagai bertasbih kepada Tuhan. Demikian itu cara terjemahan  ﺍﻭﺑﻰ  telah mengambil tafsiran secara ayat dengan ayat menerusi rujukan terus daripada surah Al-Anbiya ayat 79. Kefahaman yang diperolehi secara ringkasnya, dapat dijelaskan sebagai “Tuhan mengarahkan gunung-gunung untuk menuruti Nabi Daud A.S. menyebut zikir atau bertasbih memuji Tuhan. Begitu juga dengan burung-burung melakukan perbuatan yang serupa”. Penulis dan mungkin juga pembaca, tidak akan dapat menjelaskan bagaimana sebenarnya amalan berzikir atau bertasbih yang dilakukan oleh gunung-gunung dan burung-burung itu.

iv.   Teknologi Melembutkan Besi

Sebutan seterusnya dalam ayat ini adalah berkaitan dengan kurniaan Tuhan kepada nabi Daud A.S. iaitu keupayaan baginda melembutkan besi. Adakah perkara tersebut berkaitan? Mungkin pembaca memiliki fahaman tersendiri. Namun, antara perkara yang difahami penulis bahawa satu-satu perkataan dalam ayat Al-Qur’an, adalah saling berhubung kait antara perkataan sebelum dengan perkataan sesudah, oleh itu suatu kefahaman dapat dihasilkan daripada perkaitan berkenaan. Berdasarkan kenyataan terdapat dua bentuk terjemanan yang berbeza, yang sebenarnya sangat mendekati, marilah kita rujuk terjemahan secara harafiah yang diambil terus dari kata Bahasa Arab.

Perkataan ﺍﻭﺑﻰ datang daripada perkataan asal  ﺍﻭﺑ yang bererti ulangan bunyi yang dapat diringkaskan dengan sebutan “bergema”. Corak terjemahan menjadi lebih sesuai dengan adanya perkataan selepas itu iaitu tentang burung yang dikatakan melakukan perkara yang serupa. Burung, pada rujukan pendengaran manusia, tidaklah mengeluarkan suara seperti sebutan yang manusia fahami. Burung hanya mengeluarkan bunyi yang disebut sebagai kicauan. Gema berulangan atau kicauan terhasil daripada getaran yang menghasilkan bunyi berterusan.  Dalam hal ini ulangan yang membentuk bunyi, dalam bahasa Melayu disebut sebagai nada dan bahasa saintifiknya dikenali sebagai frekuensi.

Bunyi yang terhasil pada pertembungan frekuensi yang berkoheren, turut dipanggil gema.

Adakah perkataan  ﺍﻭﺑﻰ  bermaksud berfrekuensi bersama atau beraruhan bersama? Saya serahkan kepada pembaca sendiri untuk menilai secara kritis.

Bagaimana pula peranan burung-burung kiranya perkataan  ﺍﻭﺑﻰ  menjurus kepada makna beraruhan atau bergema dengan sumber bunyi yang dijanakan daripada sesuatu? Kefahaman himpunan ayat daripada surah ini harus mengambil kira secara menyeluruh, perkara-perkara yang turut disebutkan beberapa ayat selanjutnya dalam himpunan ayat daripada surah ini. Iaitu tentang rekabentuk yang dihasilkan menurut perintah Nabi Sulaiman A.S. Telah menjadi sebutan biasa pada masa ini bahawa ﺍﻟﻄﻴﺮ bukan sahaja merujuk kepada burung-burung, bahkan juga kepada sebarang objek yang dapat berada di udara seperti kapal terbang, jet pejuang, helikopter atau juga dron.

Batu yang dipotong membentuk acuan menggunakan
peralatan yang mengeluarkan bunyi pada keamatan
dan frekuensi tertentu. Futej ini menggambarkan
teknologi silam, jadi siapakah yang mempeloporinya? 





Friday, January 19, 2018

SURAH AS-SABAK AYAT 10 -- WARISAN KERAJAAN NABI DAUD A.S.


ﻭ ﻟﻘﺪ ﺀﺍﺗﻴﻨﺎ ﺩﺍﻭﺩ ﻣﻨﺎ ﻓﻀﻼ

Dan demi sesungguhnya, telah kurniakan Kami akan Daud daripada Kami kelebihan.  

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami. 


Sejarah Pembangunan Negeri Sabak

Sebelum penulis mengkhabarkan lebih jauh berkenaan teknologi yang mereka gunakan untuk pembangunan negeri mereka, marilah kita ketahui lebih dahulu tentang Negeri Sabak serta pembangunan yang telah mereka lalui, sebelum terjadi kemusnahan yang menimpa mereka.

Negeri Sabak adalah nama negeri di perdaerahan Yaman suatu ketika dahulu. Negeri Sabak terkenal dengan aktiviti pertanian intensif. Kemajuan aktiviti pertanian dan perhubungan di negeri itu dapat terjadi, dengan adanya empangan Maarib yang dibina untuk tujuan berkenaan. Penduduk negeri Sabak memperolehi warisan pemerintahan mereka melalui Nabi Sulaiman A.S. sebelum itu, melalui perkahwinan baginda dengan puteri Balqis. Kisah ini dapat dipelajari daripada surah An-Naml. Namun, setelah berlalu tempoh masa yang panjang, pentadbiran negeri mereka telah diambil alih oleh kepimpinan yang tidak lagi beriman kepada Allah S.W.T. Mereka melakukan perkara sewenang-wenangnya dalam pentadbiran mereka sendiri dan tidak lagi menuruti panduan Tuhan dalam bernegara. Pengabaian terhadap ajaran Tuhan akhirnya membawa akibat kepada mereka sendiri. Empangan yang mereka bina untuk tujuan pengairan akhirnya pecah sehingga mengakibatkan kejadian banjir yang membinasakan tanaman. 


Kecanggihan Empangan Maarib Yaman, yang 
akhirnya musnah kerana keingkaran penduduknya.

Kelebihan yang telah Tuhan kurniakan kepada keluarga Nabi Daud A.S., dalam pembinaan negeri mereka sebagaimana disebutkan dalam surah ini, sebenarnya adalah bermula daripada penguasaan mereka terhadap bangsa Jin. Melalui teknologi mereka, bangsa jin telah mengabdikan diri kepada Nabi Daud A.S. atas perintah Allah S.W.T.




Saturday, January 13, 2018

PERMASALAHAN EKONOMI MASAKINI DI MALAYSIA


Selain daripada kesan bencana cuaca, kita juga mengalami kesan permasalahan pengagihan ekonomi yang serius di negara ini. Namun yang dilaporkan dalam akhbar dalam dan luar negara adalah perkara sebaliknya. Baru-baru ini, Agensi Pusat Inteligensia - CIA Amerika Syarikat telah melaporkan dalam bukunya “WORLD FACTBOOK – 2017” bahawa Malaysia memiliki kadar kemiskinan paling rendah berbanding beberapa negara ASEAN.  Dengan perolehan Keluaran Dalam Negara Kasar – KDNK, produktiviti per kapita rakyat Malaysia dikatakan melebihi USD 27,000.  Kiranya dinilaikan dalam ringgit Malaysia pada penghujung tahun lalu, produktiviti per kapita dapat dikatakan sebagai RM 108,000 dan dengan itu, produktiviti purata bulanan mereka yang bekerja di negara ini adalah sekitar RM 9000. Dengan jumlah produktiviti sedemikian yang memberi gambaran lebih pendapatan, tentunya lebih sukar untuk mempercayai terdapat warga negara yang tak cukup makan.

//  Laporan lengkap adalah seperti berikut…

MALAYSIA HAS LOWEST POVERTY RATE IN REGION

Kuala Lumpur -  The Central Intelligent Agency (CIA) World Factbook 2017 has reported Malaysia’s Poverty is the lowest when compared to other South East Asia Countries, said Communication and Multimedia Minister Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak. He said it was just 3.8% compared to Vietnam and Indonesia (11.3%), Thailand (12.6%), Laos (22%), the Philippines (25.2%) and Myanmar (32.7%).

"If compared to other countries with a high poverty life like Syria (82.8%), Madagascar (75.3%), and Zimbabwe (72.3%), I feel grateful with Malaysia’s success in ensuring the well-being of the people”, he said on his blog sskeruak.blogspot.my yesterday.

He also said, the report highlighted that Malaysia’s per capita gross domestic product was US$ 27,250 which was far better than those of its regional peers such as Thailand (US$ 16,858), Indonesia (US$ 11,780), the Philipines (US$ 7,700), Vietnam (US$ 6,400), Myanmar (US$ 6,000) and Laos (US$ 5,700) – Bernama

( Petikan The Star  pada muka surat 9 Bahagian
News Nibbles, Khamis 28 Disember 2017 )

Namun, yang terjadi adalah suara keluhan dan rintihan rakyat pula yang semakin meningkat dan perkara ini diakui sendiri oleh individu berpengaruh, yang merupakan seorang ahli politik tertinggi negara.

Suatu Pengakuan Tentang Nasib Rakyat

Kita tidak harus menafikan atau mempersoalkan fakta ini! Yang harus menjadi persoalan ialah, di tangan siapakah sejumlah lebih daripada produktiviti per kapita itu berada? Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik tersebut, ini bermakna, terdapat hanya sebahagian sahaja rakyat yang meraih pendapatan daripada produktiviti yang besar dan meninggalkan sebahagian besar lainnya menderita. Maka, tidak hairanlah dengan perkara yang terjadi baru-baru ini, sebiji buah durian telah dijual pada harga sekitar RM 20, padahal sebahagian besar rakyat lainnya, hanya dapat melihat atau menghidu baunya sahaja.

Ketidak seimbangan ekonomi seperti ini telah mengakibatkan jurang perbezaan ekonomi menjadi semakin melebar dalam kalangan rakyat. Dan kiranya graf antara pendapatan per kapita dan peratusan rakyat diplotkan, kita akan dapat kesimpulan mudah betapa ekonomi negara ini telah dirosakkan oleh perbuatan rasuah sebahagian besar individu berkepentingan. Akibatnya, kejadian seperti jenayah, permasalahan sosial, keretakan hubungan kekeluargaan dan akhirnya kerosakan projek-projek pembangunan, menjadi sesuatu yang tidak dapat dielak. Perkara ini terjadi apabila hampir setiap individu terlibat, telah dicengkam dengan bebanan hutang berlebihan.

Kejadian jenayah rompak, samun dan 
pembunuhan berlaku tak kira kaum. 

Apakah yang telah berlaku di negeri ini dan apakah yang bakal terjadi? Pelajaran daripada surah As-Sabak akan memberi kita pengajaran penting tentang corak kehidupan yang harus kita lalui, agar nikmat yang Tuhan kurniakan kepada penduduk negeri ini, dapat diagihkan secara lebih merata dan kesudahan yang baik dapat dilalui. Sama-samalah kita perhatikan himpunan ayat-ayat berikut:-


Sunday, January 7, 2018

SURAH AS-SABAK


بسم الله الرحمن الرحيم

Pelajaran daripada beberapa ayat dalam Surah As-Saba' selepas ini, harus menjadi titik mula dalam memahami suatu persoalan iaitu mengapa perlu kita sediakan diri kita dengan melakukan kesiap-siagaan terhadap bencana yang bakal terjadi.  Keadaan negeri Sabak suatu masa dahulu, tidak jauh bezanya dengan negeri-negeri yang terdapat di negara ini. Penulis mengambil contoh negeri Perak Darul Ridzuan kerana di negeri ini terdapat sistem perhubungan jalanraya yang panjang yang terbentang dari sempadan daerah Sabak Bernam, Selangor di bahagian selatan hingga ke Pengkalan Hulu di bahagian utara. Terdapat juga kawasan pertanian rancak berhampiran Cameron Highland yang mengamalkan kaedah pertanian intensif. Selain itu, wujud aliran sungai yang panjang yang menjadi tulang belakang kepada pembentukan negeri Perak Darul Ridzuan.

Amaran Kemerosotan Bekalan Makanan
dan Kualiti Pemakanan

Beberapa tahun sudah, kita dikejutkan dengan kepanasan melampau di negeri ini yang dikatakan tempias daripada kesan El-Nino. Kesan daripada fenomena ini, kita telah menyaksikan kenaikan harga makanan asas seperti gandum, jagung dan juga kenaikan harga hasil laut seperti ikan, sesiput laut dan lain-lain lagi. Semua ini terjadi bermula daripada kekurangan bekalan dan peningkatan permintaan terhadap sumber makanan itu sendiri. Peningkatan harga bekalan makanan asas, juga memberi kesan terhadap harga buah-buahan. Jumlah keluarga yang terpaksa mencatu makanan harian mereka juga telah meningkat dan kadar kemiskinan di negeri ini juga telah bertambah. Sekalipun kenyataan ini telah dibantah oleh kepimpinan yang mentadbir negeri ini, pihak pondok sendiri telah menerima tambahan permintaan keahlian pondok yang tentunya... bagi mendapatkan keperluan asas hidup mereka.

Dalam keadaan masyarakat dunia berterus-terusan melakukan sesuatu yang memudharatkan kehidupan mereka sendiri, kita sebagai umat Islam harus bersyukur kerana memiliki panduan dalam tangan, untuk mengelak bencana serta membawa kesan pemulihan dalam aktiviti kehidupan kita. Untuk tujuan itu, marilah kita bersama-sama mempelajari ayat-ayat Tuhan tentang perkara yang telah dilakukan oleh penduduk negeri Sabak suatu masa dahulu.



Monday, January 1, 2018

NEGERI YANG BAIK TUHAN MAHA MENGAMPUNI




Perak Darul Ridzuan adalah negeri lahirnya penulis. Negeri yang baik, barkah dari Tuhan Maha Mengampuni.  Namun pemerintah negeri ini dan mana-mana negeri juapun, tidaklah sampai ke tahap menjanjikan segala perkara untuk diselesaikan, demi untuk kesejahteraan hidup rakyat. Istilah "government knows better" masih dipraktikkan sekalipun telah lama berlalu zaman penjajahan. Oleh itu, kita harus bersedia melakukan persediaan semampu kita sendiri, dalam menghadapi bencana yang dijangka bakal terjadi. Dan bukan tugas kita untuk menjelaskan bentuk bencana yang bakal terjadi, melainkan melakukan persiapan sekadar yang mampu.

Sebenarnya kesan besar telah berlaku adalah sekarang ini. Baru kita sedari bahawa kita kini, selama ini, turut memberi sumbangan kepada proses entropi, yang kita kini, tidak akan dapat mengelak daripada kesan bencana yang bakal terjadi. Sebagai contoh, dalam menghadapi keadaan cuaca panas yang semakin menjadi-jadi, memang tidak salah untuk kita nyatakan bahawa perkara demikian adalah kesan sejagat. Namun manusia sejagat juga tidak harus dipersalahkan kiranya mereka menyatakan bahawa pemerintah dan rakyat negeri ini, harus juga dipertanggung-jawabkan atas kejadian cuaca panas yang turut menimpa mereka. 

Kiranya kita perkecilkan skop kepada saiz yang lebih kecil daripada itu iaitu untuk negeri Perak Darul Ridzuan, kita akan menghadapi permasalahan yang hampir serupa juga. Pembangunan di Pengkalan Hulu, sedikit sebanyak menimbulkan kesan yang besar terhadap penduduk di sepanjang sungai Perak hingga ke Teluk Intan. Begitu juga usaha-usaha pertanian di Seberang Perak dan Cameron Highland, dapat memberi kesan pemanasan kepada penduduk sekitarnya.

Kita akan terus dapat melihat pengabaian berterusan terhadap amaran-amaran yang telah dikeluarkan oleh saintis kajibumi dan juga terhadap tanda-tanda besar sebagaimana yang terkandung dalam kitab suci. Tugas kita kini bukan lagi untuk menyedarkan orang ramai atau pihak-pihak berkepentingan, tetapi lebih menjurus untuk tujuan menyelamatkan diri sendiri. Sempena dengan ini marilah kita sama-sama mengambil pelajaran daripada surah As-Sabak, tentang bagaimana suatu usaha pembangunan negara, secara tidak disedari dan tidak diduga, akhirnya mengakibatkan kemusnahan dan kerosakan kepada bendang-bendang pertanian mereka. Mereka akhirnya terpaksa berhijrah kerana usaha mendapatkan makanan di negeri sendiri menjadi sesuatu yang menyukarkan.

Kerosakan yang berlaku sudah terlalu besar
sekarang ini. Usaha 'kecil' seperti ini tidak akan
mengubah apa-apa.

Tuesday, December 26, 2017

TENTANG PERSEDIAAN YANG HARUS DIPERHATIKAN


Suasana yang membolehkan kita berfikir dengan baik adalah suasana tenang. Selalunya waktu terbaik untuk mendapatkan ketenangan adalah waktu malam. Apajua yang penulis telah nyatakan tentang kekecohan yang terjadi, sebenarnya terdapat jalan penyelesaian kiranya kita semua dapat berfikir dengan baik dan bertindak atas prinsip kesabaran.

Lihatlah perkara yang telah terjadi di negara ini, tentang kerosakan persekitaran yang membawa kepada kerosakan cuaca, gelombang sosial yang terjadi atas kedegilan kita semua, yang masih mengagungkan cara hidup penuh kesyirikan. Sistem ekonomi kapitalis yang membawa akibat kebanjiran pendatang asing - sehingga mendatangkan masalah kepada rakyat negara ini. Kesempitan hidup sehingga mengakibatkan sebahagian rakyat negara ini mulai sakit otak.

Apabila kita membaca akhbar atau mendengar berita saluran perdana, sila tumpukan kepada permasalahan jenayah dan krisis ekonomi yang semakin menjadi-jadi. Semuanya seolah-olah memberi gambaran bertentangan berbanding kerancakan ekonomi yang dilaporkan oleh golongan pemerintah. Kita tidak bercakap dengan cadangan itu dan ini, untuk membaik pulih keadaan tetapi lebih kepada usaha untuk mendapatkan kaedah yang lebih sesuai berbanding cara penyelesaian sedia ada. Dalam hal ini, kebergantungan kepada tindakan hasil usaha atau buah fikiran, yang selama ini kita laksanakan haruslah sentiasa dikaji semula. Tidak dapat tidak, kembali kepada sesuatu yang bersifat supernatural sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak dapat dielak.

Siapakah yang dapat memberi kaedah terbaik supaya masalah perubahan cuaca dapat diselesaikan? Kemudian sebahagian kita menyatakan bahawa bukankah Tuhan Maha Berkuasa dan dapat mengubahnya dalam sekelip mata? Namun dapatkah kita memenuhi suatu tuntutan sangat kecil kepadaNya iaitu dengan hanya memohon keampunanNya? Masalahnya, sebahagian kita tidak bersedia untuk itu dan masih tetap berpegang dengan keegoan diri, enggan mengakui kekuasaanNya. Lalu Tuhan biarkan kita semua untuk menyelesaikan sendiri berdasarkan kepandaian kita sendiri. Jadi, lakukanlah sendirian kamu kalau kamu mampu? Kemudian Tuhan menghendaki untuk kita melakukannya agar kita turut dapat mempelajari sesuatu. Sesuatu yang kita tidak akan dapat mempelajarinya daripada kitab-kitab lain selain daripada kitab ini.

Keruntuhan Struktur Sosial Sebagai Kesan Sampingan

Di sana sini, kita dapat mendengar sebahagian kita mengeluh dengan kenaikan kos hidup. Lalu di sana sini juga kita dapat mendengar ahli-ahli politik dan pembuat dasar atau polisi negara dijadikan sasaran tuduhan tidak berasas. Mungkin ada benarnya, namun memikirkan secara analitik dan kritis akan mendedahkan kita kepada punca atau penyebab yang memeranjatkan. Bermula segalanya adalah atas kecuaian kita semua.

Beberapa tahun dahulu, tidak seorangpun menyedari tentang permasalahan ekonomi yang melanda rakyat negara ini secara khususnya dan sebahagian besar umat manusia yang tinggal di muka bumi ini secara amnya. Bagai sekelip mata, tiba-tiba permasalahan ekonomi timbul sehingga mengakibatkan inflasi yang tak munasabah, yang akhirnya menjurus kepada permasalahan sosial. Pemimpin kita boleh sahaja meletakkan alasan bahawa permasalahan ekonomi yang melanda negara ini adalah  sesuatu yang bersifat fenomena sejagat. Sehingga persoalan sebenar iaitu apakah penyebab kepada permasalahan ekonomi yang bersifat sejagat itu?, akhirnya dilupakan begitu sahaja.

Pakar ekonomi mungkin menyatakan bahawa punca kepada permasalahan ekonomi adalah kesan domino daripada masalah gadai janji sub-Pr1ma. Mungkin ada yang menyebut tentang kenaikan kadar faedah yang tinggi sehingga menimbulkan kesan spekulatif yang memudharatkan. Pakar strategik pula menyatakan bahawa belanja peperangan yang tinggi oleh kuasa besar adalah penyebab kepada ketirisan besar dalam perbelanjaan negara. Walau apapun puncanya, semuanya itu menjurus kepada suatu kesan besar iaitu runtuhnya struktur sosial dalam kehidupan bermasyarakat bagi manusia. Kita yang terlalu pandai dalam meniru sistem ekonomi kapitalis, maka kita harus bersedia menanggung akibatnya. Sebenarnya penerangan panjang lebar telah penulis jelaskan sebelum ini tentang permasalahan yang terjadi dan perkara yang ingin penulis ajukan daripada pembacaan ini adalah untuk mengajak pembaca kembali kepada Tuhan, memulai langkah pemulihan berdasarkan pengajaran daripada kitab suciNya.

Apakah tindakan lanjutan yang harus diambil?

Pondok Al Jaafar diwujudkan setelah lanjutan daripada permasalahan yang mulai terjadi dalam kehidupan sosial masyarakat. Siapakah daripada kita, dapat menafikan bahawa permasalahan sosial seperti penagihan dadah dan memuncaknya bilangan kelahiran anak-anak luar nikah, telah menjadi suatu fenomena yang gagal dibendung. Dengan keupayaan ekonomi yang terhad serta kekurangan tenaga penggerak, maka usaha melebar luaskan misi Pondok juga menjadi terhad. Namun, kita akan merancang dan melaksanakan dan terus merancang, agar kehidupan di Pondok dapat disesuaikan dengan situasi semasa dan dapat berada dalam keadaan siap siaga, dalam usaha menghadapi perubahan yang bakal terjadi waktu yang terdekat ini. Tentunya sukar untuk kita, dapat menyediakan persiapan jangka panjang, kerana kekangan yang dihadapi dan ketidakupayaan kita dalam menjangka perkara jangka panjang yang bakal terjadi secara pasti.

Perkara yang paling dekat yang harus kita hadapi adalah darihal kekurangan bekalan air. Pengalaman beberapa tahun sudah, sudah cukup besar untuk memberi pengajaran kepada kita bagi melakukan persiapan dalam menghadapi ulangan kejadian kemarau sedemikian. Kiranya kejadian seperti ini berulang lagi, adalah dijangka keadaan kali ini adalah lebih parah berbanding keadaan dahulu. Kita boleh sedikit mendabik dada dalam mengadakan persiapan awal menghadapi kegawatan ekonomi yang dijangka bakal melanda.  Namun perkara yang lebih dikhuatiri adalah kegagalan ahli masyarakat sekitar dalam menghadapi perkara yang sama.

Lihatlah apakah persediaan ahli masyarakat 
yang ada di sekiling kita?

Menduplikasi amalan baginda RasululLah S.A.W adalah satu-satunya jalan agar kita dapat bersiap sedia menghadapi perubahan dunia yang bakal melanda. Sesuatu yang mendadak pasti akan terjadi dalam kehidupan bermasyarakat kita, bermula daripada kehidupan berkeluarga kita sendiri. Keluarga adalah unit asas bagi pembangunan sesebuah masyarakat. Runtuhnya nilai-nilai kekeluargaan adalah menjadi penyebab kepada runtuhnya sebuah masyarakat. Dalam hal sedemikian, maka tidak hairanlah kiranya sebahagian daripada kita telah menyediakan tembok sempadan yang tinggi, agar ahli keluarganya dapat diselamatkan daripada bahaya ancaman yang datang dari luar.

Keruntuhan unit keluarga datangnya daripada beberapa faktor seperti faktor ekonomi, hubungan sosial melalui penggunaan media sosial, penyalahgunaan media massa untuk tujuan yang bukan-bukan diikuti  campur tangan keluarga mertua dan sebagainya.

Faktor penggalak yang membawa kepada
keruntuhan struktur sosial. Pasangan 
boleh dipilih seperti memilih 'item'
daripada katalog.

Pada zaman yang manusia mengalami pelbagai ketagihan, akibat daripada beberapa faktor yang disebutkan, mereka sebenarnya memerlukan rawatan. Ketagihan alkohol seringkali terjadi disebabkan oleh masalah keretakan rumahtangga. Ketagihan drug pula berlaku apabila berlaku kejadian tekanan stress yang kuat yang menekan perasaan sehingga tidak terkawal. Ketagihan penggunaan peralatan media sosial terjadi disebabkan kurangnya kesedaran dan perhatian ahli keluarga dan ahli masyarakat terhadap individu berkenaan. Ketagihan berjudi hingga terketar-ketar tangan, adalah akibat daripada usaha untuk mendapatkan rasa seronok untuk memenangi pertaruhan. Suatu rasa yang mengatasi rasa kegembiraan menang itu sendiri.

Adakah mereka ini dapat berfikir apabila berlaku penjejasan terhadap air yang dibekalkan? Adalah terlalu lewat untuk memperbetul keadaan ketika itu. Lalu bagaimanakah kita dapat melakukan sesuatu apabila keadaan sedemikian telah terjadi? Namun, inilah perkara yang ditunggu-tunggu apabila ahli masyarakat tiada tempat lain yang nak dituju. Mereka akan memilih kehidupan pondok demi untuk kelangsungan hidup. Ekonomi negara telah musnah dan tidak dapat diperbaiki. Kejadian jenayah menjadi-jadi dan jenayah pembunuhan dapat berlaku hanya semata-mata atas tujuan mendapatkan makanan. Di manakah pemimpin negara tatkala rakyat amat-amat memerlukan pembelaan? Di manakah lagi program perumahan sub-Pr1ma yang dapat membantu. Bantuan rakyat 1 negara bukan lagi sesuatu yang boleh diharapkan. Ke manakah perginya kampit-kampit beras yang sebelum ini dapat dibeli pada harga subsidi? Negara sudah tidak mampu mengagihkan wang kepada rakyat dan nilai wang menjadi sangat mengecil. Ke manakah perginya pakar-pakar ekonomi negara ketika itu yang sentiasa memberitahu asas ekonomi negara ini ‘masih’ kukuh dan tak mungkin runtuh begitu sahaja.

Mereka yang bercakap tentang perkara 
ini, bukan calang-calang orang!   

Memberitahu rakyat yang ekonomi negara tidak akan runtuh adalah suatu kebodohan yang amat tinggi. Perkara yang harus diberitahu kepada rakyat adalah langkah-langkah wajar yang harus dilakukan dalam menghadapi sistem ekonomi yang akan runtuh.

Keruntuhan ekonomi dunia sebenarnya sedang
dirancang. Mereka mahukan rakyat memberontak
melawan kerajaan masing-masing.


Wednesday, December 20, 2017

KANDUNGAN SURAH


Surah Al-Muzammil Dan Langkah Pemulihan

Sedikit Sebanyak Tentang Surah Al-Muzammil

73:01    Seruan Kepada Kesedaran

        i.    Kepelbagaian Terjemahan
        ii.   Seruan Yang Mengandungi Agenda Besar

73:02    Melaksanakan Projek Qiyamul Layl

        i.    Mengkaji Rahsia Al-Quran
        ii.   Berjaga Malam Mencekalkan Semangat

73:03    Separuh Malam Atau Kurang Sedikit

              Wajarkah Pelajar Di'bebani' dengan 
              Aktiviti Berjaga Malam?

73:04    Menelaah Al-Quran Secara Deretan-
             deretan Perkataan dan Ayat

        i.    Membaca Al-Quran Secara Deretan 
              Demi Deretan (Beransur-ansur)
        ii.   Bukan Secara Lompatan Demi Lompatan

73:05    Qiyamul Layl Untuk Menerima 
             Perkataan Yang Berat

        i.    Berat Pada Sudut Kesan
        ii.   Perkara Yang Tidak Harus 
              Mereka Lakukan

73:06   Tumpuan Malam Adalah Lebih Kuat

        i.    Berfikir Rahsia Penciptaan Alam
        ii.   Al-Quran Yang Diagih-agihkan
        iii.  Kembali Kepada Satu Iaitu Al-Quran
        iv.  Faktor Yang Menggagalkan Persediaan
              Untuk Bangun Malam

73:07    Siang Yang Panjang

        i.    Lakukan Perkara Lain Waktu Siang
        ii.   سبحا طويلا Dua Bentuk Terjemahan
              Yang Berbeza
        iii.  Kepelbagaian Tafsir Dan Terjemahan

73:08    Perbanyakkan Zikir Mengingati Nama Tuhan

        i.    Bangun Malam Untuk Menelaah Al-Quran
              dan Menyebut Nama Tuhan
        ii.   Pertolongan Diperolehi Dengan Banyak
              Mengharap Kepada Tuhan

Tuhan Yang Menguasai Segala Sesuatu

73:09   Tuhan Yang Menguasai Timur Dan Barat

        i.    Penyerahan Hanya Kepada Tuhan
              Semata-mata
        ii.   Musuh Yang Sedang Memerangi
              Masa Depan
        iii.  Bantuan Tuhan Yang Tidak Terduga
        iv.  Akhirnya Mereka Terpaksa Memilih
              Jalan Berlembut

73:10    Lakukan Kerja Yang Diperintahkan
             dan Bersabar

        i.    Bersabar Terhadap Kepimpinan Yang Buruk
        ii.   Permasalahan Yang Muncul Kini

73:11    Tinggalkan Golongan Pendusta – Sesat -
             Untuk Mereka Bersama Tuhan,
             Menanggung Beban

        i.    Bebani Aku dan Golongan Pendusta Itu
        ii.   Beban Yang Bertambah-tambah

73:12   Lingkaran Kehidupan Yang Memeritkan

        i.    Lilitan Dalam Kehidupan
        ii.   Lilitan Kehidupan Yang Akan Kembali
        iii.  Pembolotan Yang Menyusahkan Rakyat

Pemakanan Yang Memudharatkan 
Dan Kesan-kesan Lain

73:13   Pemakanan Yang Menyumbat 
            dan Memudharatkan

       i.    Contoh Pemakanan Sekeluarga
       ii.   Penguatkuasaan Yang Kurang Berkesan
       iii.  Kesan Bahan Tambah Yang Dapat 
             Membawa Kemudharatan
       iv.  Trend Pengambilan Makanan Masakini
       v.   Manipulasi Pasaran Dan Riba – Pengaruh 
             Terhadap Industri Makanan

73:14   Hari Bergegar Bumi Dan 
            Keruntuhan Gunung

       i.    Kejadian Tanah Rebah Dan 
             Gunung Runtuh
       ii.   Musnahnya Konkrit Lantaran Bahan 
             Ghull Serupa Yang Terdapat dalam 
             Makanan atau Minuman

73:15   Tujuan Perutusan Muhammad 
            RasululLah S.A.W. 

       i.    Projek-projek Kerajaan Fir'aun 
             Yang Merosakkan
       ii.   Sejarah Kehancuran Projek-Projek Fir'aun
             Lantaran Penggunaan Baja Berlebihan
       iii.  Bencana Akibat Keingkaran Fir'aun

73:16   Tuhan Yang Telah Merancang 
            Bencana Ke Atas Fir'aun

       i.   Nabi Musa A.S. Adalah Bekas Kakitangan
            Kerajaan Fir'aun
       ii.  Mukjizat Tuhan beserta Peranan
            Bahan Perosak Alam

73:17   Bencana Mulai Terjadi Zaman Anak-anak
            Muda Mula Beruban

       i.    Sikap Manusia, Tunggu Bencana Berlaku
             Baru Buat Kajian
       ii.   Al-Quran : Manual Transkrip Tatacara Hidup
       iii.  Penyebab Keruntuhan Dan Rambut Beruban

73:18   Langit Berkecai Berai Lantaran
            Bahan Penyebab Uban Pada
            Rambut Anak-anak Muda

       i.    Penyebab Makanan Yang Menyumbat, Juga 
             Penyebab Anak-anak Muda Beruban Juga 
             Penyebab Kepada Kejadian Gunung Runtuh 
             dan Langit Berkecai
      ii.    Peranan Ejen Penurun atau Peluntur Hebat
      iii.   Janji Tuhan Kejadian Tanah Jerlus, 
             Gunung Runtuh Pada Zaman Anak-anak 
             Muda Beruban
      iv.   Mengapakah Pula Ammonia?
      v.    Ammonia dalam Tubuh
      vi.   Penyelesaian Terhadap Pencemaran Ammonia
      vii.  Tanda-tanda Terdapat Lebihan Ammonia 
             Di Atmosfera
      viii. Mudharat Wap Ammonia Dalam 
             Jangkapanjang
      ix.   Ammonia dan Masa Depan Bumi

73:19   Inilah Pengajaran Yang Harus
            Dituruti Umat

      i.    Pengajaran Besar Untuk Umat
            Melakukan Sesuatu
      ii.   Kesedaran Menuju Kepada Jalan Tuhan

Panduan Pembacaan Al-Quran

73:20   Tuhan Maha Mengetahui Keupayaan
            Umat Manusia

      i.     Kesan Berjaga Malam
      ii.    Kurang Dari Dua Pertiga Malam
      iii.   Allah Yang Mengkadarkan Malam dan Siang
      iv.   Perbezaan Siang dan Malam Pada
             Pengamatan Saintifik
      v.    Membaca Yang Mudah Daripada Al-Quran
      vi.   Dia Mengetahui Ada Antaramu 
             Yang Bermasalah
      vii.  Dia Mengetahui Ada Yang Berperang
             Pada Jalan Tuhan
      viii. Oleh Itu Bacalah Yang Mudah 
             Semampumu
      ix.   Ganjaran Yang Baik Di sisi Tuhan
      x.    Mohonlah Olehmu Keampunan Tuhan

Pengajaran Keseluruhan Surah Al-Muzammil

Catatan Penulis

Kandungan Surah





Thursday, December 14, 2017

CATATAN PENULIS



Barang kali, pembaca merasa suatu yang asing lantaran penerangan daripada surah ini yang sedemikian rupa. RasululLah S.A.W. sendiri akan sentiasa menyampaikan apajua yang diketahui baginda dan As-Sunnah adalah menjadi suatu rujukan kefahaman RasululLah S.A.W. daripada ayat-ayat Tuhan, begitu juga dengan penulis. Memperolehi kaedah kefahaman atas pembacaan yang menjurus kepada suatu takwil atau penafsiran adalah suatu kerja yang sukar dan perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Penulis benar-benar memohon keampunan daripada Allah, terhadap apajua yang benar daripada penerangan-penerangan yang telah dibuat apatah lagi sekiranya mengandungi kesalahan atau kesamaran. Pintu muzakarah sentiasa dibuka supaya pengajaran yang benar benar-benar diperolehi daripada ayat-ayat Tuhan, sekiranya diizinkanNya. Sama-sama kita mencari suatu kesepakatan dalam beriman kepada ayat-ayat Tuhan. Bukankah Dia perintahkan supaya umat ini bersatu padu dengan Al-Quran?

Sekiranya penerangan surah-surah sebelum ini, membawa pembaca kepada huraian yang melibatkan golongan kapitalis serta penglibatan pemanipulasi-pemanipulasi kewangan seperti golongan Mason, serta perancangan mereka untuk menguasai pemerintahan di bumi ini; pembaca sebenarnya tidak harus khuatir kerana Tuhan Maha Mengetahui akibat perancangan mereka. Mereka akan mengakibatkan kerosakan besar kepada bumi ini, sehingga akhirnya kebanyakan daripada manusia menyedari perkara yang berlaku dan mereka akan kembali memilih petunjuk Tuhan untuk memperbetul kembali kehidupan mereka. Kehidupan yang selama ini telah mengakibatkan kepincangan-kepincangan sehingga membawa akibat yang buruk. Hari ini mungkin menjadi masalah kepada pembaca untuk menyampaikan mesej daripada perutusan Tuhan kepada manusia namun, keperitan yang mereka alami akan menyebabkan seruan dakwah yang pembaca sampaikan kepada mereka akan diterima dengan hati terbuka. Mudah-mudahan perkara sedemikian akan terjadi dengan izin Tuhan.

Antara Perkara Yang Perlu Dilakukan

Terdapat pengajaran yang disebutkan dalam Surah Jin darihal kesediaan umat ini dalam menghadapi fitnah Dajjal, yang akan hadir dalam kehidupan manusia dalam sedikit masa lagi. Perkara utama yang harus didahului adalah dengan membersihkan sebarang rumah ibadat daripada unsur-unsur kesyirikan. Rumat ibadat tidak harus dihalang untuk dijadikan tempat bagi  mengingati seluruh ayat-ayat kitab suci, apatah lagi suatu perintah itu mungkin dianggap sebagai tidak mesra pemerintah. 

Namun apakah lagi pengisian yang harus dilakukan setelah rumah ibadat dapat dilepaskan daripada unsur-unsur kesyirikan? Antara perkara yang diperintahkan adalah untuk membangunkan projek Qiyamul Layl. Projek Qiyamul Layl adalah bertujuan untuk menelaah Al-Qur'an berdasarkan disiplin turutan demi turutan. Pada siang harinya seseorang itu digalakkan mengingati Tuhan berdasarkan nama-namaNya dari pagi hingga ke petang. Dengan lain perkataan, projek ini adalah bertujuan supaya setiap individu kembali kepada mengingati Tuhan sepanjang masa dan juga sentiasa berusaha berfikir darihal ayat-ayat Tuhan. Inilah perubahan masyarakat Islam zaman RasululLah S.A.W. iaitu berubah daripada kehidupan lagha kepada kehidupan lebih bererti. Daripada kehidupan tanpa panduan kepada kehidupan berpandukan panduan Al-Qur'an. Namun dalam hal ini pendekatan kefahaman tentang Al-Qur'an adalah berbagai-bagai menurut kaedah pengajian setempat.

Jadi adakah harus kita meletakkan ukuran, bahawa kaedah kita adalah yang terbaik sehingga menidakkan kaedah yang diperkenalkan oleh kumpulan lainnya? Setiap kita harus meletakkan keyakinan bahawa setiap kaedah yang masing-masing lalui, adalah dalam ruang lingkup usaha kita dalam mematuhi perintah Tuhan dan bukannya atas tujuan sampingan yang lain. Telah menjadi budaya dalam pengajian pondok di Indonesia, mereka melaksanakan aktiviti saling menziarahi sesame mereka. Bukan sahaja mereka dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, bahkan mereka dapat berkongsi kefahaman mereka, tentang satu-satu perintah Tuhan, agar keberkatan dalam menjalani kehidupan dapat dinikmati bersama.

Antara Perkara Yang Perlu Dihindari

Kita sebenarnya masih dikhayalkan dengan
sesuatu sehingga kita binasa ... walhal riwayat
kehidupan ini sebenarnya telah hampir tamat.

Antara Perkara Yang Harus Difahami

Akhirnya kerajaan U.S. secara rasmi, mengakui
bahawa fenomena UFO - memang suatu yang wujud.




Friday, December 8, 2017

PENGAJARAN KESELURUHAN SURAH AL-MUZAMMIL


Surah yang diturunkan pada awal kerasulkan ini, menjurus kepada perkhabaran perkara yang pasti akan terjadi dan panduan langkah persiapan yang harus dilakukan oleh golongan beriman.

Kiranya surah-surah yang dibincangkan sebelum ini adalah tentang teguran kepada umat manusia beserta alasan-alasan munasabah, surah Al-Muzammil pula, memberitahu tentang akibat yang pasti bakal terjadi kiranya umat manusia masih berdegil dengan mengekalkan cara berkehidupan mereka.

Golongan beriman pula tidak diarahkan untuk cepat-cepat 'melompat' dengan beria-ia benar memberitahu golongan ingkar terhadap perkara yang pasti bakal terjadi. Mereka sebaliknya harus membuat persiapan rapi, agar bencana yang bakal menimpa golongan ingkar itu, tidak akan mengenai diri-diri mereka secara terus. Bencana sebenarnya mungkin turut mengenai mereka dan adalah diharap, kesan yang berlaku terhadap mereka adalah minimum.

Antara persiapan yang harus dilakukan adalah darihal kemandirian hidup. Siap siaga dalam bentuk keperluan hidup seperti makanan, ubatan dan kediaman yang dijangka dapat menyediakan tempat yang lebih selamat. Persiapan mereka haruslah sesuatu yang dapat disesuaikan mengikut suasana setempat.


Surah Al-Muzammil memberi amaran perkara besar yang bakal terjadi. Berikut adalah senarai perkara yang dijangka bakal mengenai setiap individu yang kurang berhati-hati:- 

i.      Tahap kesihatan yang semakin merosot akibat
         terlalu banyak pengambilan pemakanan yang
        mengakibatkan sumbatan.

ii.     Keadaan dan aktiviti udarakasa yang semakin
        mendatangkan bencana.

iii.    Pergerakan tanah dan keruntuhan bukit bukau.

iv.    Perubahan (naik dan turun) suhu bumi
        yang mendadak.

Sebagaimana yang pernah disebutkan sebelum ini, persediaan mula untuk mendapatkan bekalan makanan secara berterusan telah dimulai di Pondok Al Jaafar. Namun kami memerlukan idea berpanjangan yang berkesan, sama ada melalui 'brainstorming' dengan hujah-hujah perlu dan/atau berlandaskan ajaran yang diperolehi daripada Al-Qur'an. Dalam surah-surah selanjutnya selepas ini, akan memperincikan setiap tindakan yang perlu dilakukan yang disertai dengan penerangan ilmiah terhadap pilihan yang dibuat.

Antara perkara yang perlu dipelajari serta dipraktikkan adalah dengan merujuk kepada perkara-perkara asas kesiap-siagaan dalam menghadapi peristiwa luar jangka. Dalam hal ini, sekurang-kurangnya persediaan mental diperlukan dan pelajaran terhadap persiapan sedemikian dapat dipelajari di media massa seperti di Youtube dan sebagainya. Antara perkara-perkara yang harus dititik beratkan adalah
 

i.      Persediaan kewangan
 

ii.     Persediaan darihal kemudahan kesihatan,
 

iii.    Persiapan pemakanan yang dapat bertahan lama
 

iv.    Perbekalan air bersih dan udara bersih
        yang berpanjangan





Popular