Selain daripada kesan bencana cuaca, kita juga mengalami kesan permasalahan pengagihan ekonomi yang serius di negara ini. Namun yang dilaporkan dalam akhbar dalam dan luar negara adalah perkara sebaliknya. Baru-baru ini, Agensi Pusat Inteligensia - CIA Amerika Syarikat telah melaporkan dalam bukunya “WORLD FACTBOOK – 2017” bahawa Malaysia memiliki kadar kemiskinan paling rendah berbanding beberapa negara ASEAN. Dengan perolehan Keluaran Dalam Negara Kasar – KDNK, produktiviti per kapita rakyat Malaysia dikatakan melebihi USD 27,000. Kiranya dinilaikan dalam ringgit Malaysia pada penghujung tahun lalu, produktiviti per kapita dapat dikatakan sebagai RM 108,000 dan dengan itu, produktiviti purata bulanan mereka yang bekerja di negara ini adalah sekitar RM 9000. Dengan jumlah produktiviti sedemikian yang memberi gambaran lebih pendapatan, tentunya lebih sukar untuk mempercayai terdapat warga negara yang tak cukup makan.
// Laporan lengkap adalah seperti berikut…
MALAYSIA HAS LOWEST POVERTY RATE IN REGION
Kuala Lumpur - The Central Intelligent Agency (CIA) World Factbook 2017 has reported Malaysia’s Poverty is the lowest when compared to other South East Asia Countries, said Communication and Multimedia Minister Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak. He said it was just 3.8% compared to Vietnam and Indonesia (11.3%), Thailand (12.6%), Laos (22%), the Philippines (25.2%) and Myanmar (32.7%).
"If compared to other countries with a high poverty life like Syria (82.8%), Madagascar (75.3%), and Zimbabwe (72.3%), I feel grateful with Malaysia’s success in ensuring the well-being of the people”, he said on his blog sskeruak.blogspot.my yesterday.
He also said, the report highlighted that Malaysia’s per capita gross domestic product was US$ 27,250 which was far better than those of its regional peers such as Thailand (US$ 16,858), Indonesia (US$ 11,780), the Philipines (US$ 7,700), Vietnam (US$ 6,400), Myanmar (US$ 6,000) and Laos (US$ 5,700) – Bernama
( Petikan The Star pada muka surat 9 Bahagian
News Nibbles, Khamis 28 Disember 2017 )
Namun, yang terjadi adalah suara keluhan dan rintihan rakyat pula yang semakin meningkat dan perkara ini diakui sendiri oleh individu berpengaruh, yang merupakan seorang ahli politik tertinggi negara.
Suatu Pengakuan Tentang Nasib Rakyat
Kita
tidak harus menafikan atau mempersoalkan fakta ini! Yang harus menjadi
persoalan ialah, di tangan siapakah sejumlah lebih daripada produktiviti per
kapita itu berada? Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik
tersebut, ini bermakna, terdapat hanya sebahagian sahaja rakyat yang meraih
pendapatan daripada produktiviti yang besar dan meninggalkan sebahagian besar
lainnya menderita. Maka, tidak hairanlah dengan perkara yang terjadi baru-baru
ini, sebiji buah durian telah dijual pada harga sekitar RM 20, padahal
sebahagian besar rakyat lainnya, hanya dapat melihat atau menghidu baunya
sahaja.
Ketidak seimbangan ekonomi seperti ini telah mengakibatkan jurang perbezaan ekonomi menjadi semakin melebar dalam kalangan rakyat. Dan kiranya graf antara pendapatan per kapita dan peratusan rakyat diplotkan, kita akan dapat kesimpulan mudah betapa ekonomi negara ini telah dirosakkan oleh perbuatan rasuah sebahagian besar individu berkepentingan. Akibatnya, kejadian seperti jenayah, permasalahan sosial, keretakan hubungan kekeluargaan dan akhirnya kerosakan projek-projek pembangunan, menjadi sesuatu yang tidak dapat dielak. Perkara ini terjadi apabila hampir setiap individu terlibat, telah dicengkam dengan bebanan hutang berlebihan.
Ketidak seimbangan ekonomi seperti ini telah mengakibatkan jurang perbezaan ekonomi menjadi semakin melebar dalam kalangan rakyat. Dan kiranya graf antara pendapatan per kapita dan peratusan rakyat diplotkan, kita akan dapat kesimpulan mudah betapa ekonomi negara ini telah dirosakkan oleh perbuatan rasuah sebahagian besar individu berkepentingan. Akibatnya, kejadian seperti jenayah, permasalahan sosial, keretakan hubungan kekeluargaan dan akhirnya kerosakan projek-projek pembangunan, menjadi sesuatu yang tidak dapat dielak. Perkara ini terjadi apabila hampir setiap individu terlibat, telah dicengkam dengan bebanan hutang berlebihan.
Kejadian jenayah rompak, samun dan
pembunuhan berlaku tak kira kaum.
Apakah yang telah berlaku di negeri ini dan apakah yang bakal terjadi? Pelajaran daripada surah As-Sabak akan memberi kita pengajaran penting tentang corak kehidupan yang harus kita lalui, agar nikmat yang Tuhan kurniakan kepada penduduk negeri ini, dapat diagihkan secara lebih merata dan kesudahan yang baik dapat dilalui. Sama-samalah kita perhatikan himpunan ayat-ayat berikut:-
No comments:
Post a Comment