ﻓ ﺎﺗﺒﻌﻪ ﺍﻻ ﻓﺮﻳﻘﺎ ﻣﻦ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ
Lalu
telah mengikuti mereka akannya kecuali sebahagian daripada golongan beriman.
iaitu mereka menurutinya, kecuali
sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada
hasutannya).
Ayat
ini menjelaskan bahawa perencanaan menurut persangkaan Iblis, pastinya akan
dituruti oleh umat ini kecuali sebahagian kecil golongan beriman. Adapun
sebahagian golongan yang mengaku beriman lainnya, sesungguhnya akan ada yang turut terikut-ikut dengan persangkaan Iblis sedemikian.
Strategi
yang digunakan oleh Iblis sedemikian rupa pastinya merupakan strategi yang
dapat mengelirukan umat manusia. Ribuan tahun, ia telah memerhatikan manusia
sejak keengganannya untuk sujud kepada jasad Adam A.S. lantaran takbur.
Lantaran itu ia amat berpengalaman terhadap umat manusia berbanding umat
manusia itu sendiri. Oleh itu hanya perlindungan Allah sahaja yang boleh kita
harapkan dalam menghadapi spesis ini.
Ajaran Iblis Dengan Strategi Yang
Mengelirukan
Setelah Tuhan menjatuhkan hukum sesat terhadap Iblis, sesungguhnya ia telah bersumpah untuk mendudukkan manusia atas jalan Tuhan yang lurus – iaitu jalan kebenaran, iaitu ia pasti akan menunjukkan kepada manusia jalan kebenaran terlebih dahulu. Ini sesuai dengan perkataannya yang telah direkodkan dalam Al-Qur’an melalui surah Al-A'raf ayat 16. Kemudian ia akan datang dari segenap arah untuk mendatangkan kekeliruan terhadap umat manusia.
Jangan terperanjat, Iblis juga
menunjukkan jalan kebenaran...
Salah
satu bentuk ajaran Iblis adalah separuh benar dan separuh palsu. Tentunya
ajaran demikian adalah ajaran yang amat mengelirukan. Terdapat perpatah dalam
Bahasa Inggeris yang lebih dikenali sebagai “disinfo” melalui kaedah “know the
fact then manipulate the truth”. Kaedah ini digunakan untuk tujuan menyatakan
sesuatu yang benar sebagai palsu dan begitu juga sebaliknya. Permainan
kata-kata digunakan untuk tujuan menghalalkan aktiviti mereka membawa kerosakan
kepada umat. Berikut ini adalah contoh penggunaan kata-kata yang sengaja
dijadikan suatu kekeliruan.
Baru-baru
ini, ramai ahli teori konspirasi dihebohkan tentang aktiviti “chemtrail” yang
dilakukan oleh pihak tertentu yang katanya untuk tujuan kebaikan demi penjagaan
alam. Hanya kerana sebutan “chemtrail” digunapakai, sesiapa sahaja yang
membincangkannya akan dituduh sebagai ahli teori konspirasi dan dianggap gila.
Maka tiba-tiba sahaja lahir golongan “debunker” yang mahu memperbetulkan
keadaan dan menyalahkan golongan teori konspirasi sebagai pihak yang tersasar.
Namun apabila penggunaan istilah “chemtrail” ditukar kepada “tropospheric
aerosol” tiba-tiba sahaja mereka yang menyebutnya, dianggap sebagai
berpelajaran. Walhal apalah bezanya sangat antara “chemtrail” yang disemburkan
oleh pesawat berbanding dengan perlepasan “tropospheric aerosol” yang juga disemburkan oleh pesawat yang meluncur di lapisan troposfera.
Oleh kerana hanya sedikit daripada golongan beriman tidak terpedaya dengan persangkaan Iblis sedemikian, kebanyakan daripada mereka juga adalah termasuk yang terpedaya atau terikut-ikut dengan strategi Iblis. Perkara ini terjadi disebabkan oleh penguasaan golongan Iblis yang menguasai media massa, sehingga sesiapa sahaja yang menerima perkhabaran sedemikian, pasti akan terikut-ikut untuk mempercayainya. Contoh yang baru penulis berikan di atas adalah merupakan kejadian untuk mengatasi kerosakan lapisan langit, yang kerosakan itu telah terjadi sejak revolusi perindustrian mula diperkenalkan. Revolusi perindustrian yang telah terjadi, adalah merupakan kesan kempen penyediaan dana yang besar melalui aktiviti ekonomi berasaskan riba, yang juga dibenarkan berlaku dalam sistem ekonomi kapitalis. Melalui media masa, golongan pengikut Iblis sentiasa berusaha meyakinkan orang ramai bahawa tindakan mereka sejak dahulu lagi, adalah demi kebaikan kehidupan orang ramai. Atas alasan memulihkan lapisan langit yang telah rosak, golongan Iblis sebenarnya mengambil kesempatan ini untuk merosakkan tubuh umat manusia.
Negara ini diperintah oleh orang sakit!!!!
Golongan Iblis Yang Diumpan Melalui Penguasaan Harta Benda