SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Tuesday, November 6, 2018

SURAH AS-SABAK AYAT 19 -- PUNCA INFLASI


 ﻓﺍ ﺎ ﺪ ﻦ 


Lalu telah berkata mereka, Tuhan kami, perjauhilah olehmu antara perjalanan kami ...

(Maka kemakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur) lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami (di antara sebuah bandar dengan yang lain)”, 

Sebenarnya siapakah yang mahukan keadaan seperti ini? Mereka itu adalah ‘pemilik-pemilik’ lebuhraya ataupun peniaga-peniaga yang menerima bayaran besar daripada aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan perjalanan di atas lebuhraya. Sebagaimana yang penulis sebutkan sebelum ini, keadaan lebuhraya yang dibina sedemikian rupa sebagaimana yang dapat kita perhatikan, telah mengakibatkan inflasi besar-besaran terhadap produk keperluan pengguna lebuhraya. Keadaan ini akhirnya menular sehingga kepada produk-produk yang dijual di hentian yang dibina di luar daripada laluan berkenaan. Hal ini akhirnya juga telah menular sehingga kepada perniagaan di pekan-pekan yang lokasinya lebih jauh lagi, bahkan hingga sampai ke kampung-kampung. 

Statistik yang dikeluarkan oleh Public Bank dalam majalah Calibre keluaran bulan Oktober 2018 pada mukasurat 15, turut mengakui keadaan ini. Inflasi sekitar 0.8% sebulan (~10% setahun) terhadap barangan pengguna yang terjadi di negara ini, adalah disebabkan oleh kos pengangkutan yang tinggi. 

Semakin banyak laluan lebuhraya dibina, maka semakin banyak kenderaan yang akan melaluinya. Dengan lebih banyak hentian dibina dan kebiasaan pengguna lebuhraya membayar harga makanan pada harga tinggi, telah mengakibatkan terjadinya inflasi besar-besaran di seluruh negara. Perkara ini akhirnya telah menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah dan akhirnya turut menyumbang kepada permasalahan sosial.  


Sifat Tamak Pengusaha Yang 
Merupakan Suatu Kezaliman 

Harga tinggi yang terpaksa dibayar mengakibatkan semakin ramai rakyat berpendapatan rendah menghadapi tekanan hidup berpanjangan. Sebenarnya perkara ini terjadi atas ketaksuban mereka sendiri kerana sentiasa memilih pemimpin yang zalim. Pemimpin yang sentiasa menerima dokongan kuat daripada puak kapitalis, hanya menjadi pak sanggup untuk memenuhi nafsu gelojoh golongan berkenaan. Mereka ini memiliki keinginan sangat kuat ke tahap psikotik untuk memonopoli perniagaan dan melalui mereka jualah, pembuat polisi sanggup melaksanakan projek-projek pembinaan laluan untuk menjauhkan lagi jarak perjalanan. Atas alasan demi kemudahan rakyat kononnya, akhirnya mengakibatkan majoriti rakyat terpaksa menempuhkan kesukaran hidup.

Kesalahan yang paling memudharatkan adalah kesalahan berterusan yang dilakukan umat, tanpa mereka menyedari akibat akhir yang sangat memudharatkan. Sistem kapitalis yang dipaksa diamalkan di negara ini sebenarnya menjanjikan mudharat jangka panjang yang menggerunkan. Tidak ramai menyedari bahawa perubahan parti pemerintah yang memimpin negara ini, sebenarnya terjadi gara-gara tekanan hidup rakyat akibat daripada mengamalkan sistem kapitalis. Sebaik sahaja parti yang memerintah bertukar, tidak banyak perkara yang dilakukan benar-benar dapat memberi kesan ketara yang dapat meringankan bebanan hidup rakyat. Jumlah hutang negara yang semakin bertambah sebenarnya jauh melebihi jumlah yang diselewengkan oleh kepimpinan politik sebelum ini. Kenyataan seperti ini pastinya akan dibantah oleh majoriti mereka yang berfikiran singkat. Mereka sebenarnya mewakili pandangan majoriti rakyat negara ini. Tiada apa yang dapat dilakukan melainkan setiap individu yang sedar akan perkara ini, melakukan siap siaga sendiri untuk menghadapi suatu keadaan yang dikenali sebagai kegawatan. Mereka juga harus memberi kesedaran kepada pihak lain dengan cara yang penuh berhemah, berpandukan ayat-ayat Tuhan, tentang persediaan yang harus dilakukan.

Monopoli perniagaan oleh golongan kapitalis, menempuh perjalanan jauh dengan kelajuan tinggi, bilangan kemalangan yang banyak dan semakin meningkat, capaian terhadap produk pada harga yang lebih mahal; semua ini adalah hasil akhir suatu manifestasi ketamakan dan kegelojohan. Adakah hasil seperti ini yang sebenarnya negara kita perlukan? Sebenarnya negara memerlukan pertumbuhan ekonomi mapan sekalipun perlahan. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi yang hanya lebih mengenyangkan golongan kapitalis, bukanlah suatu manifestasi kesabaran dan kesyukuran. Menempuh setiap perjalanan yang pendek pada kelajuan sederhana pastinya dapat mengurangkan risiko kemalangan. Malangnya perkara seperti ini seolah-olah hanya ‘digemari’ oleh golongan yang bersangatan sabar dan bersangatan syukur. Dan mereka sendiri telah lakukan suatu dorongan yang seolah-olah ajaran agama seperti ini hanya sesuai diamalkan oleh golongan tua sahaja.





No comments:

Post a Comment

Popular