SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Sunday, October 28, 2018

CABARAN TERHADAP AL-QURAN TENTANG TEKNOLOGI PEMBINAAN LEBUHRAYA


Salah satu sifat Al-Qur'an adalah mengajar kepada manusia perkara-perkara yang belum mereka ketahui. Pengetahuan tentang pembinaan lebuhraya, jenis tanah yang perlu dibakar, batuan yang harus dipilih - sebenarnya manusia telah mengetahui semua perkara itu dan mereka sebenarnya tidak memerlukan sebarang panduan daripada kitab suci untuk tujuan itu? Perkara yang manusia tidak ketahui adalah keperluan pembinaan jalanraya atau lebuhraya yang dapat dilalui dengan aman pada bila-bila masa tidak kira siang atau malam. Contohnya, teknologi pembuatan jalanraya masakini sebenarnya, masih tidak dapat digunakan untuk menghalang pertambahan kejadian rompakan atau ancaman samseng jalanan di laluan berkenaan.

Pembinaan lebuhraya bukan sekadar bertujuan untuk seseorang atau sesuatu itu dapat 'cepat sampai' tetapi haruslah mengambil kira keberkesanan dalam aktiviti pemindahan produk-produk keperluan. Tak guna untuk kita bina lebuhraya atau apajua sistem laluan, sekiranya penduduk di sekitar laluan berkenaan hidup serba dhaif serta tidak dapat mengambil manfaat daripada laluan itu dengan mudah. Pembinaan jalanraya atau lebuhraya perlu mengambil kira faktor alam sekitar, sebagai contoh - laluan berkenaan tidak harus dibina berhampiran empangan.  Gegaran berterusan daripada kenderaan, sekalipun dikatakan kecil, sebenarnya dapat mengakibatkan kegagalan mikroksutuktur kepada dinding empangan dalam tempoh yang sangat panjang.

Adakah laluan jalanraya yang dibina terpaksa menembusi gunung sehingga kestabilan lereng-lereng gunung dapat terjejas? Membanyakkan terowong-terowong untuk menembusi gunung atau bukit, bukanlah kerja yang baik. Gunung dan bukit telah dicipta Tuhan, bukanlah untuk tujuan seperti itu. Pembangunan yang melibatkan perubahan struktur bukit atau gunung perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati. Kawalan terhadap perubahan struktur atau mikrostruktur tanah, perlu sentiasa dilakukan dan perkara sedemikian sebenarnya memerlukan kos penyenggaraan yang tinggi.

Manifestasi Tidak Bersyukur Daripada 
Pembinaan Laluan Lebuhraya

Penulis sebelum ini ada menyentuh tentang sikap yang ditunjukkan sebahagian manusia yang ingin memonopoli harta melalui jalan perniagaan berhampiran laluan lebuhraya. Oleh kerana laluan utama lebuhraya di negara ini "dimiliki" oleh golongan kapitalis, mereka telah membentuk sikap mereka sendiri melalui pemilikan perniagaan yang mereka laksanakan daripada penggunaan lebuhraya berkenaan oleh ramai pengguna.

Tender yang dilaksanakan melalui persaingan yang tinggi terhadap apajua aktiviti perniagaan di lebuhraya, telah diambil kesempatan oleh pengendali lebuhraya untuk mereka dapatkan keuntungan yang besar. Ianya seolah-olah seperti memasang bubu dalam aliran air sungai yang sempit dan deras. Oleh kerana pengguna tidak memiliki pilihan yang banyak semasa perjalanan mereka di lebuhraya, mereka terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap sebarang perkhidmatan atau produk yang mereka perlukan. Akibatnya harga produk seperti makanan dan juga buah-buahan perlu didapatkan pada harga yang sangat tinggi sehingga mencecah tiga kali ganda berbanding dengan harga yang ditawarkan di tempat-tempat lain.

Perniagaan di lebuhraya menjadi aktiviti yang sangat menguntungkan. Semakin panjang lebuhraya maka semakin ramai pengguna yang melaluinya dan keuntungan perniagaan akan menjadi semakin tinggi. Perniagaan bercorak francaisee adalah perniagaan yang sangat digemari untuk dijalankan di sepanjang laluan lebuhraya. Maka tidak hairanlah kiranya mereka lebih mengharap agar laluan lebuhraya dapat diperpanjang lagi, agar mereka dapat meraih keuntungan yang lebih besar. Perkara seperti ini akhirnya mewujudkan monopoli pasaran.

Pihak pembekal utama pula sanggup menawarkan bekalan pada harga sangat rendah yang tidak sanggup dibekalkan oleh petani-petani biasa dan pemilik-pemilik premis di hentian lebuhraya pula tergamak menjual pada harga sangat tinggi sehingga menyusahkan pengguna-pengguna lebuhraya. Akhirnya, yang menerima nasib malang adalah para petani yang berada di pinggir-pinggir laluan. Mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya keupayaan mereka dalam penyediaan hasil pertanian dan mereka ditindas melalui harga penjualan pada harga lebih rendah oleh pembekal utama. Perkara seperti ini sebenarnya telah diabaikan oleh pihak pemerintah sejak sekian lama.

Penglibatan Badan Korporat Dan 
Golongan Kapitalis

Untuk tujuan perjalanan lebih jauh, sehingga mengabaikan keluaran suatu sumber atau perbekalan setempat, jarak laluan melalui lebuhraya telahpun diperpanjang lagi. Tak cukup dengan satu lebuhraya yang panjang, lebuhraya timur-barat juga telahpun dibangunkan. Ditambah satu lagi pada masa ini dengan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo. Perjalanan lebih jauh dengan angan-angan untuk mendapatkan keuntungan lebih besar pada masa akan datang, sebenarnya harus dimulai dengan dana yang sangat besar. Dana yang diperolehi daripada pelabur-pelabur luar, sebenarnya terpaksa diperolehi melalui suatu cagaran berdaulat yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Di sinilah munculnya badan korporat yang sanggup mencagarkan ‘pemilikan’ lebuhraya kepada pihak ketiga, yang kebanyakannya merupakan pelabur asing. Mereka ini hanya mahukan keuntungan tanpa memperduli akibat yang ditanggung oleh sebahagian besar rakyat negara ini pada masa akan datang. Kesan sampingan lain akibat aktiviti meredah hutan, menebuk gunung dan penggalian mineral secara berlebihan sebenarnya dapat mengakibatkan kesan jangka panjang yang memudharatkan. Sesiapapun tidak dapat menafikan bahawa telah terdapat banyak kejadian tanah runtuh, tebing pinggiran yang mengelongsor akibat kelembapan yang tinggi pada kandungan tanah berkenaan setiap kali kejadian hujan. Selain daripada permasalahan ekonomi, berapa banyakkah kejadian kemalangan telah berlaku, akibat kegilaan sebahagian remaja yang suka berlumba?

Kerana 'stress', mereka menghabiskan usia
remaja mereka mendapatkan hiburan 
di atas lebuhraya.

Laluan lebuhraya semakin diperpanjang lagi. Bahkan di sesetengah negara, lebuhraya yang dibina telah menelusuri sungai di pinggiran bukit atau gunung, untuk menghubungkan bandar-bandar hantu yang masih belum berpenghuni sekalipun projek berkenaan telah berjaya disiapkan. Perkara ini tentunya memerlukan perbelanjaan sangat tinggi dan turut memberi kesan kepada ekologi setempat. Pembaziran yang besar dalam projek-projek pembangunan, tidak dapat tidak akhirnya mengakibatkan inflasi yang akhirnya menyusahkan kehidupan rakyat.




No comments:

Post a Comment

Popular