ﻮ ﻇﻠﻤﻭﺍ ﺍﻧﻔﺴﻬﻢ
Dan telah berlaku zalim mereka akan diri-diri mereka
Dan mereka berlaku zalim kepada diri mereka sendiri;
Apalah faedahnya memonopoli perniagaan dan kemudiannya mengenakan harga yang tinggi setelah monopoli dilakukan. Pihak lain sama ada di luar daerah ataupun di luar kawasan yang juga mengamal monopoli, akhirnya turut sama meletakkan harga yang tinggi terhadap produk keluaran mereka. Tidak ada faedahnya monopoli dilakukan kerana akhirnya semua pekerja turut terpaksa menuntut bayaran yang tinggi sebagai gaji bulanan mereka, bagi mengatasi masalah perbelanjaan bulanan dalam suasana inflasi. Melalui monopoli perniagaan, para peniaga menaikkan lagi harga produk keperluan, supaya mereka dapat untung lebih. Lebihan untung yang mereka perolehi akhirnya terpaksa digunakan kembali untuk memenuhi tuntutan peningkatan gaji oleh para pekerja. Dengan pertambahan gaji para pekerja, kemampuan untuk berbelanja lebih akan terjadi dan sekali lagi harga produk keperluan ditingkatkan lagi oleh para peniaga atas desakan permintaan. Akhirnya, pekerja menuntut tambahan gaji lagi untuk mengatasi harga baru yang tinggi. Perkara ini terus berlaku secara berulang-ulang sehingga akhirnya tiada sebarang faedah untuk orang ramai menabung wang bagi menghadapi masa hadapan.
Dengan tiadanya tabungan, yang wujud hanya hutang. Oleh kerana inflasi tidak dapat dielakkan, orang ramai akhirnya akan memilih untuk berhutang lagi bagi mengatasi masalah perbelanjaan mereka. Sekiranya tidak berhutang sekalipun, mereka memilih untuk membelanjakan sehabisnya setiap gaji atau pendapatan yang mereka perolehi sebelum harga produk naik lebih tinggi dalam jangkamasa terdekat. Inflasi akhirnya menjadi ‘spiral’ dan setiap alasan perbekalan dijadikan sebab untuk inflasi terus sahaja meningkat sekalipun kemampuan berbelanja semakin berkurangan.

Perkara Yang Dijangka Bakal
Terjadi Di Negara Ini
Fenomena berhutang dan terus berhutang dan terus berhutang lagi, telah melanda negara ini sejak sistem kapitalis diperkenalkan sebelum merdeka lagi. Dan nampaknya sistem ini telah berada di kemuncaknya sebelum menjunam sehingga membawa kemelaratan hidup kepada sebahagian besar rakyat dalam sedikit masa lagi. Harapan yang tinggal, hanya kepada barisan kepimpinan baru untuk memperbetul keadaan atau mereka memilih untuk berlaku perubahan pemerintahan sekali lagi.
Penulis kurang bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa perubahan kepimpinan yang terjadi baru-baru ini, adalah semata-mata disebabkan oleh rasa tidak puas hati rakyat negara ini atas penyelewengan dan kepentingan peribadi individu-individu tertentu, yang berada dalam barisan kepimpinan. Perjuangan mementingkan diri sendiri adalah merupakan salah satu ‘residue’ dalam pengamalan sistem ekonomi kapitalis dan perkara ini akan terus terjadi selepas ini. Sekalipun pernah diramal suatu ketika dahulu bahawa perubahan kepimpinan akan berlaku, namun selagi sistem kapitalis tidak dihentikan, kita akan terus dapat menyaksikan beberapa perubahan kepimpinan akan terjadi lagi dalam waktu yang terdekat.
No comments:
Post a Comment