Terminologi Bagi Suatu Rekacipta
Rekaciptaan sebenarnya memerlukan
teknologi. Peralatan yang digunakan dalam pembangunan sesuatu teknologi
memerlukan terminologi-terminologi khusus, yang pada kebiasaannya sukar difahami
oleh golongan kebanyakan. Contohnya seperti penggunaan cakera komunikasi yang
dapat memancar dan menerima maklumat dalam bentuk gelombang elektromagnet.
Oleh kerana itu, penggunaan terminologi-terminologi seperti ini dalam Al-Qur’an
memerlukan perkataan-perkataan keserupaan yang dapat dijelaskan sebagai
‘tasyabahat’ atau ‘mutashabihan’.
Penulis mengambil contoh mudah tentang terminologi cakera komunikasi pada zaman ini, yang dapat disaksikan oleh kebanyakan kita. Di negara kita, mereka yang memiliki kemudahan saluran Astro di rumah mereka, telah meletakkan cakera komunikasi mereka di bahagian bumbung rumah mereka. Masyarakat biasa menyebutnya sebagai ‘mangkuk’ Astro sedangkan perkataan mangkuk sebenarnya lebih sinonim sebagai peralatan untuk tujuan hidangan makanan. Menyebut perkataan ‘mangkuk’ Astro adalah lebih mudah difahami oleh kebanyakan kita berbanding penggunaan terminologi ‘cakera komunikasi’. Dan adalah tidak salahpun kiranya perkataan-perkataan tertentu seperti itu telah digunapakai dalam Al-Qur’an.

Cakera satelit yang gambarnya diabadikan
pada stem di Singapura lebih dikenali
sebagai mangkuk Lee Kuan Yew oleh
masyarakat biasa.
sebagai mangkuk Lee Kuan Yew oleh
masyarakat biasa.
Kita kembali kepada persoalan golem atau makhluk tamathil. Perkataan tamathil - (ﺗﻣﺜﻴﻞ) daripada perkataan ‘mathala’ iaitu ‘seumpama’ atau ‘sebanding’ merujuk kepada rekaciptaan suatu makhluk yang bentuknya seumpama sesuatu – dalam kes ini adalah seumpama manusia. Pada zaman ini, teknologi yang terlibat dalam hal seperti ini adalah teknologi robotik. Apatah lagi pada zaman ini, manusia telah cukup ‘canggih’ dan mereka merekacipta ‘pasangan’ mereka untuk tujuan mengadakan hubungan seks bagi menggantikan pasangan sebenar yang telah Tuhan ciptakan untuk mereka.
Tamathil Yang Dapat Dipergunakan
Tamathil Yang Dapat Dipergunakan
Pada zaman Nabi Sulaiman A.S,
makhluk tamathil telah digunakan untuk tujuan melakukan kerja-kerja yang tidak
sanggup atau tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia. Sebenarnya makhluk
tamathil juga dapat digunakan sebagai pengendali pesawat-pesawat, bahkan dapat
juga digunakan untuk mengemudi pesawat angkasa lepas ataupun bergerak di luar
daripada kapal angkasa. Kiranya kerja-kerja seperti ini dilakukan oleh manusia,
mereka perlukan pakaian khas supaya tubuh mereka tidak terdedah kepada situasi
hampagas. Bagi pesawat-pesawat Jin yang berupaya bergerak pada kelajuan sangat
tinggi serta mengalami perubahan momentum sangat besar, mereka memerlukan
makhluk tamathil yang dapat bertahan terhadap daya yang besar. Bahkan terdapat
makhluk tamathil yang dapat dijadikan bersifat supermagnet sehingga dapat
melayang di udara kerana tertarik kepada pesawat di atasnya yang juga bersifat
supermagnet.
Tidak pernah ada hidupan nyata yang
mampu melompat setinggi dan selaju ini.
Jadi persembahan apakah ini?
Penggunaan tamathil memerlukan
kawalan. Alat perhubungan turut perlu dilengkapkan dalam subjek ini agar
sebarang pergerakannya dapat dikawal rapi. Penulis telah nyatakan sebelum ini
bahawa penggunaan media komunikasi seperti ini memerlukan peraturan ketat yang
harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Makhluk tamathil ini
tidak harus digunakan untuk tujuan merompak, menyamun dan sebagainya.
Tamathil yang sentiasa dikemaskini,
pasti akan menyerupai pergerakan
manusia suatu masa nanti.
pasti akan menyerupai pergerakan
manusia suatu masa nanti.
No comments:
Post a Comment