و اذكر اسم ربك و تبتل اليه تبتيلا
Dan ingat-ingatlah olehmu akan nama Tuhanmu dan kamu bersikap tekun kepadaNya setekun-tekunnya.
dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan.
Demikian itu adalah matlamat golongan yang beriman, Allah dan sentiasa menuju Allah. Jalan mendekatkan diri kepada Tuhan adalah dengan cara yang Dia sendiri syorkan iaitu mendalami pengajaran dan berusaha untuk mematuhi setiap perintahNya. Kita bahkan biasa mendapati di negara-negara umat Islam di mana pengajian Islam telah dimulai daripada kanak-kanak lagi sehingga mencapai baligh. Kemudian setiap individu itu diarahkan untuk melaksanakan perkara-perkara yang diwajibkan sehingga dapat meningkat ke tahap pengajian yang lebih tinggi. Pengajian tinggi seperti pengajian pondok Az-Zaitun di Indonesia adalah merupakan contoh pengajian agama yang dikemaskini sehingga terbentuknya madrasah Islam yang terkenal di Nusantara. Agama tidak begitu mengajari umatnya untuk membina perkara-perkara keduniaan namun apabila dilihat keadaan pusat pengajian sedemikian, dapat kita simpulkan bahawa sistem pendidikan yang mereka bentuk, walaupun bermula dengan dana kutipan yang mereka sendiri lakukan akhirnya dapat membentuk sebuah pengajian ulung menandingi universiti-universiti yang dibina dengan dana kerajaan sepenuhnya. Dunia mereka sudah menampakkan sedikit kejayaan. Perkara keduniaan telah memburu mereka bukan sebaliknya.
Dari sebuah pondok kini menjadi
sebuah maahad yang besar.
i. Bangun Malam Untuk Menelaah Al-Quran
dan Dan Menyebut Nama Tuhan
Pengajar-pengajar mereka mendidik pelajar-pelajar mereka untuk melakukan amalan menghidupkan malam sehinggalah mereka dapat menghasilkan jiwa-jiwa yang cekal dan berusaha memperbaiki keadaan kehidupan mereka. Mereka sebenarnya contoh kepada pendidik-pendidik masyarakat. Pengajian-pengajian Islam yang ditubuhkan di Pakistan, menyediakan ruang pendidikan kepada anak-anak yatim dan miskin pelarian Afghanistan akibat pencerobohan Uni-Soviet. Di atas penderitaan mereka, mereka masih dapat menubuhkan sebuah madrasah yang memberi didikan kepada anak-anak mereka sehinggalah kepada kepentingan jihad. Setelah kebangkrapan komunis Russia yang berjuang selama 10 tahun yang akhirnya terpaksa berundur dari Afghanistan, Amerika Syarikat telah melihat bahawa mereka ini adalah ancaman kepada dunia Barat dan berusaha merencana tipudaya sehingga membawa kepada penyerangan Afghanistan sekali lagi.
Tenaga-tenaga muda Taliban Afghanistan kini menghadapi tentera Amerika Syarikat. Kecekalan mereka sanggup bertahan dalam menghadapi tentera Bersekutu Barat adalah hasil daripada ibadah malam yang mereka laksanakan. Peperangan taktikal telah berlalu dalam tempoh yang lama dan sehingga kini Amerika Syarikat telah mengeluarkan terlalu banyak biaya untuk peperangan. Sehingga ke suatu masa, perbelanjaan ketenteraan Amerika Syarikat melebihi USD 1,000,000, 000,000 dan wang mereka menjadi semakin mengecil berbanding wang negara-negara lain. Jumlah itu sekiranya ditukarkan kepada setiap seratus ringgit, disusun sehingga mencapai ketebalan ½ kaki dan secara melintang, dapat disusun sejauh lebuhraya dari Johor Baharu hingga ke Padang Besar.
Tentunya Amerika Syarikat akan sampai suatu tahap yang mana mereka tidak sanggup untuk bertahan dan tidak sanggup untuk berundur lantaran malu dikatakan tewas. Namun sekiranya Amerika Syarikat tewas sepertimana Soviet Russia, dunia seterusnya berada di ambang bahaya akibat perluasan wilayah Islam yang akan menguasai dunia seluruhnya, lantaran terbukti mereka jualah tentera yang paling gagah di dunia ini dapat menewaskan semua kuasa besar dunia.
Tentera Taliban Afghanistan yang gagal
ditewaskan tentunya menjanjikan bahaya
yang bersangatan kepada seluruh dunia.
ii. Pertolongan Diperolehi Dengan Banyak
Mengharap Kepada Tuhan
Ketekunan pejuang-pejuang pada jalan Tuhan mengingati Tuhan sepanjang masa semampu mereka dan kekuatan yang mereka perolehi kesan daripada qiamul layl, berjaya melemahkan kekuatan perbelanjaan ketenteraan musuh serta latihan-latihan fizikal yang musuh mereka telah lalui. Trauma serta ketakutan musuh mereka, adalah dengan terserlahnya bilangan kejadian bunuh diri dalam kalangan musuh serta penggunaan dadah yang berat untuk menghilangkan kegelisahan dan rasa takut yang berpanjangan. Serangan-serangan singkat dan mengejut membuatkan musuh mereka sering membilang detik-detik kematian. Mereka sebenarnya lebih takutkan ledakan pertama berbanding pertempuran terbuka. Lebih banyak ledakan pertama sudah memadai untuk mereka menjadi gila. Akhirnya mereka kembali ke negara mereka dalam keadaan banyak menghabiskan belanja rawatan trauma yang mereka alami. Mereka sebenarnya tidak pernah menang sejak di Vietnam, Afghanistan, Iraq dan kini di Palestin. Perbelanjaan melebihi USD1 trillion dollar dalam tempoh 10 tahun peperangan (sehingga 2011) adalah merupakan perbelanjaan yang cukup besar berbanding semua peperangan sebelum ini. Sekalipun jumlah korban tentera tidak begitu ramai, perbelanjaan strategik seperti kemusnahan peralatan peperangan serta perbelanjaan sara hidup sekitar 140000 bilangan tentera setiap hari, telah menyebabkan wang dollar Amerika Syarikat semakin mengecil dan membawa keperitan kepada kehidupan rakyat.
Rakyat mereka kemudiannya berarak di bandaraya New York membantah percaturan Wall Street dalam peperangan.
Mereka terlalu banyak berbelanja untuk
tujuan peperangan.
Rakyat mereka kemudiannya berarak di bandaraya New York membantah percaturan Wall Street dalam peperangan.
Rakyat Amerika yang semakin kesusahan.
No comments:
Post a Comment