والسماً رفعها ووضع الميزان
Dan langit, telah mengangkat Ia akannya dan telah menegakkan Ia akan timbangan
dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan
Bahawa langit dan bumi ini dahulunya adalah suatu yang bercantum
(21:30). Kemudian Tuhan memisah antara keduanya membentuk atmosfera
dan bermula hidupan adalah dari / daripada air.
i) Proses Pembentukan Planet
Bumi
bermula daripada pembentukan kabut debu. Pembentukan bumi adalah
melalui proses cantuman butiran-butiran debu yang sedia terdapat di
angkasa sekitar waktu itu yang anggaran masa adalah 4.5 bilion tahun
dahulu. Sedikit demi sedikit perlanggaran jasad-jasad angkasa saling
menghempas sehingga butiran-butiran itu terkumpul membentuk objek kepal
yang lebih besar. Semua bahan asas yang terdiri daripada 114* jenis
zarah yang berlainan telah sedia di ruangan sana, namun zarah-zarah itu
tidaklah terkumpul secara setempat. Semakin lama objek kepal itu semakin
membesar sehingga akhirnya terbentuklah bumi ini. Keadaan asal bumi dan
bulan adalah merupakan suatu yang tidak dapat dibezakan. Putaran sudut
bumi yang besar memungkinkan bahagian yang lain terpisah sehingga
pembentukan baru di angkasa bermula dan menjadi bulan sekarang ini.
Sehingga kini sebahagian saintis menganggap bahawa bulan adalah
merupakan sebuah planet kembar bagi bumi yang mulai terbentuk sekitar
waktu yang sama. Terdapat juga sebahagian saintis berpendapat bahawa
bulan adalah suatu yang terasing yang pernah datang dahulu dan melanggar
bumi ini sebelum mengelilinginya.
ii) Pemisahan Lapisan Langit
Bumi
bermula setiap zarah yang berada padanya adalah bertenaga tinggi dan
sebahagian besar permukaannya adalah seperti suatu cairan. Penyejukan
berlaku sedikit demi sedikit serentak dengan kejatuhan batu-batuan dari
angkasalepas. Batuan-batuan yang bertebaran dari angkasalepas, adalah
merupakan baki ledakan supernova yang berlaku ke atas bintang yang
sangat besar yang jauh di angkasa dalam, suatu masa dahulu. Pelbagai
batuan meteoroid daripada pelbagai jenis sama ada granit, grafit,
kuartza, galena, silika, pirit besi dan lain-lain lagi akhirnya
membentuk timbunan-timbunan keras di permukaan bumi dan menutupi cairan
yang sedia terdapat di permukaan bumi. Batuan-batuan itu selalunya boleh
didapati wujud secara terasing pada tempat-tempat berlainan di atas
permukaan bumi.
Apabila permukaan semakin menyejuk, permukaan
bumi semakin mengeras dan bumi mulai diselimuti dengan lapisan
atmosfera yang sangat nipis yang terdiri daripada wap-wap seperti
hidrogen fosfat, hidrogen sulfat, hidrogen nitrat dan sebagainya, yang
terhasil daripada letusan volkano dan luluhawa. Semua jenis wap
ini dapat berada kekal di atmosfera sekitar beberapa kilometer
ketinggian disebabkan sifat fizikalnya yang memiliki berat molekul yang
tinggi. Wap air tidak mudah berada di atmosfera dan selalunya
terlepas ke angkasalepas, kerana keadaannya yang ringan. Warna bumi pada
suatu waktu berkeadaan pudar seperti selepas kejadian terbakar, tidak
menunjukkan keadaannya berwarna-warni kerana air belum memainkan
peranannya dan bumi masih berkeadaan panas. Semakin banyak aktiviti
volkano berlaku, maka semakin banyak silika dan wap ammonia
dilepaskan ke permukaan bumi. Tindakbalas wap-wap panas yang berlaku
akhirnya menyingkirkan air. Sebahagian air itu dipegang oleh unsur
silika sehingga semakin lama, permukaan bumi ini menjadi semakin lembab.
iii) Lapisan Langit Yang Semakin Ditinggikan
Wap-wap
yang terkandung dalam udarakasa seperti hidrogen fosfat, sulfat dan
nitrat juga dapat bertindak sebagai perangkap kepada sebatian-sebatian
yang mengandungi unsur oksigen, nitrogen dan flourin melalui ikatan
hidrogennya sehingga ketebalan lapisan atmosfera bumi
meningkat kepada beberapa belas kilometer. Wap-wap berasid yang sedia
wujud dengan banyaknya di atmosfera bumi memungkinkan wujudnya takungan
tasik-tasik berasid sehingga membolehkan pembentukan garam fosfat,
sulfat, nitrat di permukaan bumi. Pembentukan banyak timbunan garam,
mengakibatkan bumi semakin kurang berasid. Dengan lain perkataan air
semakin mudah mengambil tempat di permukaan bumi dalam bentuk sebatian
terhidrat.
Pada peringkat permulaan, air tidak dapat kekal di
atmosfera bumi disebabkan oleh faktor keringanannya dan unsur air yang
dapat wujud adalah pada batuan-batuan terhidrat. Hidupan anearobik
yang mula-mula terbentuk adalah di dasar tasik berasid, memperolehi
sumber tenaga dari bahan sulfur yang disingkarkan melalui aktiviti
volkano. Hidupan itu bermula daripada hidupan primer seperti
bakteria yang secara perlahan-perlahan, berevolusi membentuk hidupan
yang lebih kompleks. Hidupan yang memakan sulfur ini membebaskan
hidrogen sulfida. Pada ketika itu, gas hidrogen sulfida dan oksida
sulfur dapat berada di atmosfera kerana sebatian gas ini jauh lebih
berat berbanding wap air. Gas seperti oksida sulfur kini memasuki fasa
gas atmosfera dengan ketebalan atmosfera menjadi lebih tinggi
sekitar 50 km. Atmosfera bumi juga semakin sejuk kurang daripada 100
darjah celcius. Tasik-tasik berasid semakin banyak memerangkap air
sehingga keadaan berasid mulai semakin mencair. Bumi semakin memasuki
fasa baru dengan keadaan berwarna-warni yang semakin terserlah. Hidupan
yang ada kini mampu memakan sebatian berasas karbon dan menyingkirkan
gas karbon dioksida.
iv) Bumi Yang Dipenuhi Dengan Gas Oksigen dan Nitrogen
Pelbagai
gas disingkarkan dari permukaan bumi. Sebahagian besar gas-gas terlepas
ke angkasalepas kerana keadaannya yang ringan. Hanya gas nitrogen dan
oksigen sahaja daripada jenis gas unsur, mampu terus berada di
atmosfera bumi ini. Gas ini terperangkap antara gas atmosfera
sedia ada seperti hidrogen sulfat, hidrogen fosfat dan hidrogen nitrat
melalui ikatan hidrogen yang sangat kuat antara molekul. Gas-gas
ini membentuk matriks ikatan yang saling menghalang mana-mana gas lain
yang mengandungi unsur nitrogen, oksigen dan flourin daripada terus terlepas
ke angkasalepas. Bukan itu sahaja, gas-gas yang lebih ringan seperti
hidrogen klorida, hidrogen florida serta bromida, turut tidak lagi dapat
terlepas ke angkasalepas. Gas oksigen dan nitrogen terhasil daripada
aktiviti tumbuh-tumbuhan dalam tasik berasid dan mikro organisma akuatik
mulai wujud apabila bumi memasuki fasa kehadiran hidupan yang menyerap
cahaya matahari sebagai sumber tenaganya. Gas-gas seperti oksigen dan
nitrogen, dapat berada pada kedudukan lebih tinggi sehingga ketebalan
atmosfera meningkat sehingga 100 km di atas sana.
v) Neraca Timbangan Pembentukan Lapisan Langit
Aktiviti pembentukan radikal bebas menjadi suatu yang sangat aktif di atmosfera dan permukaan bumi ketika itu. Kehadiran radikal bebas dan cahaya ultravoilet dari matahari menjadi penyebab hidupan gagal untuk berada di permukaan bumi yang terdedah. Untuk tujuan mengurangkan kesan radikal bebas dan sinaran pancaran matahari yang sangat kuat, atmosfera bumi perlu dilindungi dengan lapisan perlindungan tertentu. Peranan ini telah diambil alih oleh gas oksigen yang berjaya membentuk lapisan ozon yang sangat kurang ketumpatannya, berada pada jarak sekitar 80 km dari bumi ini. Lapison ozon ini adalah merupakan lapisan yang terhasil akibat pencahayaan ultravoilet dari matahari. Lapisan ini adalah lapisan yang sangat rapuh dan mudah terurai oleh gas-gas berasid seperti hidrogen fosfat, sulfat, nitrat serta wap ammonia itu sendiri yang sedia terdapat di bumi. Bumi memerlukan suatu suasana yang dapat mengurangkan partikel radikal bebas itu sendiri. Bahan itu adalah semburan elektron yang berterusan yang diperolehi dari matahari. Semburan partikel elektron dari matahari mengakibatkan bumi mengalami keadaan kilat dan petir yang dapat mengurangkan kesan keracunan radikal bebas. Dengan berkurangnya radikal bebas yang terdapat di permukaan bumi ini, akhirnya kewujudan lapisan ozon menjadi lebih stabil.
Aktiviti pembentukan radikal bebas menjadi suatu yang sangat aktif di atmosfera dan permukaan bumi ketika itu. Kehadiran radikal bebas dan cahaya ultravoilet dari matahari menjadi penyebab hidupan gagal untuk berada di permukaan bumi yang terdedah. Untuk tujuan mengurangkan kesan radikal bebas dan sinaran pancaran matahari yang sangat kuat, atmosfera bumi perlu dilindungi dengan lapisan perlindungan tertentu. Peranan ini telah diambil alih oleh gas oksigen yang berjaya membentuk lapisan ozon yang sangat kurang ketumpatannya, berada pada jarak sekitar 80 km dari bumi ini. Lapison ozon ini adalah merupakan lapisan yang terhasil akibat pencahayaan ultravoilet dari matahari. Lapisan ini adalah lapisan yang sangat rapuh dan mudah terurai oleh gas-gas berasid seperti hidrogen fosfat, sulfat, nitrat serta wap ammonia itu sendiri yang sedia terdapat di bumi. Bumi memerlukan suatu suasana yang dapat mengurangkan partikel radikal bebas itu sendiri. Bahan itu adalah semburan elektron yang berterusan yang diperolehi dari matahari. Semburan partikel elektron dari matahari mengakibatkan bumi mengalami keadaan kilat dan petir yang dapat mengurangkan kesan keracunan radikal bebas. Dengan berkurangnya radikal bebas yang terdapat di permukaan bumi ini, akhirnya kewujudan lapisan ozon menjadi lebih stabil.
vi) Kepentingan Pembentukan Lapisan Ozon
Dengan
terbentuknya lapisan ozon, pancaran tenaga tinggi berterusan dari
matahari dapat dihalang. Keberkesanan halangan ini, mengakibatkan suhu
bumi menjadi semakin sejuk. Dengan lapisan stratosfera yang terbentuk
yang berkeadaan sangat sejuk kurang dari suhu beku air, air mula dapat
terkumpul di atmosfera dan permukaan bumi. Kehadiran air yang
semakin banyak, akhirnya mengubah lanskap bumi kepada keadaan berwarna
warni dan tampak lebih indah. Air telah menghilangkan kesan keasidan
yang terdapat di permukaan bumi ini sehingga bumi menjadi neutral pada
pertimbangan keasidan. Dengan suasana yang baik, tanpa kehadiran
radikal bebas dan pancaran bahaya yang berterusan dari matahari,
akhirnya hidupan dapat bergerak naik ke permukaan bumi ini pada bahagian
daratan.
Kesinambungan kehidupan di bumi ini hanya dapat
berlangsung sekiranya suasana di bumi ini kekal dalam keadaan neutral.
Kehadiran haiwan adalah perlu supaya kehadiran gas karbon dioksida yang
sedia terdapat di permukaan bumi, tidak akan dihabiskan sehingga
mengakibatkan permukaan bumi menjadi terlalu sejuk. Begitu juga
kewujudan manusia adalah bertujuan menyeimbangkan suhu bumi agar tidak
terlalu sejuk.
No comments:
Post a Comment