الشمس والقمر بحسبان
Matahari dan bulan dengan perhitungan.
matahari dan bulan beredar Dengan peraturan dan hitungan Yang tertentu
Sebagai contoh, apabila kita berhadapan dengan ahli astronomi yang
dapat menceritakan secara terperinci tentang jasad-jasad kalestial di
angkasalepas dengan peralatan serba canggih; yang harus kita kagumi
adalah, semua objek angkasalepas itu adalah ciptaan Tuhan, yang telah
Tuhan ciptakan dengan kejituan tertentu. Kita tidak seharusnya terpegun
dengan peralatan yang digunakan oleh ahli astronomi berkenaan, mahupun
terhadap ahli astronomi itu sendiri, sekalipun ianya adalah individu
yang pakar tentang pekerjaannya. Ahli astronomi, hanyalah seorang
manusia, yang memperolehi ilmu pada sudut kefahamannya, yang sudah tentu
apa yang ditemuinya itu akan di atasi dengan pelbagai penemuan astronomi
yang lain pada masa akan datang.
Oleh itu, apabila kita berbincang tentang imej objek-objek angkasalepas dan sebagainya, setiap kita harus meletak kepercayaan bahawa sebarang penemuan astronomi, haruslah yang menjurus kepada sesuatu yang membuktikan kekuasaan Tuhan. Dengan demikian, setiap kita adalah diharap untuk sampai kepada suatu keadaan, yang kita sentiasa dapat merasakan bahawa diri kita adalah insan yang lemah dan sentiasa berada dalam genggaman kekuasaan Tuhan. Segala yang terdapat di cakerawala adalah agenda Tuhan sama ada secara tersembunyi atau nyata. Dan dengan itu, manusia sentiasa dapat mendidik dan menjurus dirinya untuk berasa senang dan mudah untuk mematuhi arahan Tuhan.
Oleh itu, apabila kita berbincang tentang imej objek-objek angkasalepas dan sebagainya, setiap kita harus meletak kepercayaan bahawa sebarang penemuan astronomi, haruslah yang menjurus kepada sesuatu yang membuktikan kekuasaan Tuhan. Dengan demikian, setiap kita adalah diharap untuk sampai kepada suatu keadaan, yang kita sentiasa dapat merasakan bahawa diri kita adalah insan yang lemah dan sentiasa berada dalam genggaman kekuasaan Tuhan. Segala yang terdapat di cakerawala adalah agenda Tuhan sama ada secara tersembunyi atau nyata. Dan dengan itu, manusia sentiasa dapat mendidik dan menjurus dirinya untuk berasa senang dan mudah untuk mematuhi arahan Tuhan.
i) Tempoh Pergerakan Bulan dan Matahari
Ceritera pernah mengkhabarkan seorang ilmuwan India, yang berada di
bawah pemerintahan kerajaan silam, telah diarahkan untuk mengira jarak
laluan bulan yang mengelilingi bumi dari timur ke barat. Dengan bersusah
payah, melalui kiraan matematik dan pemerhatian pada jarak yang jauh,
ilmuwan itu akhirnya telah berjaya mengira lokus laluan dan kelajuan
bulan. Kiraannya itu kemudian didapati tidak jauh berbeza dengan apa yang
ditemui masakini. Kemudian, ia diarahkan untuk membuat kiraan yang
serupa terhadap matahari. Pembaca tentunya akan terkedu sekiranya
ilmuwan India itu dapat memberi jawapannya. Bagaimanapun ilmuwan itu
telah memberi jawapan, bahawa kedudukan matahari sebenarnya adalah lebih
jauh dan terlalu sukar untuk dibuat pengiraan berbanding kedudukan
bulan dan matahari bergerak lebih laju berbanding bulan! Adakah jawapan
itu benar? Benar atau tidak jawapan yang diberi, tidaklah penting untuk
umat pada zaman itu. Jawapan yang diberi perlulah munasabah pada
pengamatan manusia zaman itu kerana mereka tidak memiliki peralatan
canggih sebagaimana yang mudah didapati pada zaman ini. Begitulah
keadaannya apabila penulis mahu memberi jawapan tentang bulan dan
matahari menurut kiraan tertentu. Semuanya itu adalah menjurus kepada
kepercayaan pembaca sendiri, yang turut telah diterima secara meluas
bahawa bulan sentiasa mengelilingi bumi dan bumi pula sentiasa
mengelilingi matahari. Sama ada benar atau tidak tanggapan pembaca dan
penulis selama ini, semua itu tidaklah penting, kerana yang penting
sekali, segala peralatan moden yang pembaca ketahui setakat ini telah
dapat membuktikan keserasian tanggapan sedemikian Sebenarnya, semua
tanggapan itu adalah benar pada pengamatan maya manusia masakini
semata-mata, kerana kita sebenarnya mendiami alam maya dan bukannya alam
buana atau nyata.
ii) Zodiak Yang Kini Berubah
Sekiranya dianggapkan sehari adalah ukuran untuk matahari mula berada
pada satu kedudukan di atas kepala dan kembali berada pada kedudukan
yang sama di atas kepala pada hari berikutnya; maka sehari seperti itu
dianggapkan mengambil tempoh selama 24 jam. Sehari seperti itu
sebenarnya adalah untuk ukuran manusia biasa dan tidaklah menurut ukuran
bumi berputar 360 darjah pada paksinya sendiri. Sehari yang tempohnya
24 jam, adalah ukuran manusia semata-mata, yang kemudiannya manusia
membahagikannya kepada 60 minit untuk tempoh sejam dan 60 saat untuk
tempoh seminit. Tempoh sesaat adalah dianggarkan tempoh satu denyutan
jantung. Persoalannya adalah, mengapakah manusia tidak merekacipta jam
yang 24 jam adalah tempoh 360 darjah putaran bumi sekali putaran pada
paksinya? Sekiranya demikian, tentunya manusia dapat mencipta jam
universal yang seluruh dunia mengalami detik arah jam yang sama pada satu
masa yang sama. Penulis memiliki suatu kekunci yang penting untuk
dijelaskan sedikit lagi, apabila manusia seluruh dunia bersetuju untuk
mengambil ukuran jam mereka, berdasarkan bandingan pengamatan mereka
kepada matahari, sedang masing-masing mereka berada di atas permukaan
bumi. Sebenarnya ukuran 24 jam sehari telah diamalkan sejak kerajaan
Nabi Sulaiman A.S., yang menguasai Babylon, Sumeria hingga ke Yaman.
24 jam ukuran manusia inilah yang mengakibatkan setahun bagi bumi
yang membuat sekali putaran mengelilingi matahari mengambil masa
365.2422 hari secara jitu. Ini juga bermakna, untuk setiap 10 ribu
tahun, pentarikhan kalender mengalami pengurangan sebanyak 78 hari untuk setahun Masehi yang kiraannya 365.25 hari. Dengan
lain perkataan setiap 128 tahun, akan terdapat kiraan 1 kalender dalam
setahun, yang satu bulannya perlu ditambah sehari. Namun amalan ini telah ditinggalkan sehingga zodiak kini telahpun berubah.
iii) Ulangan Tempoh Matahari dan Bulan
Bulan didapati mengelilingi bumi untuk satu pusingan pada pengamatan
manusia dalam tempoh sekitar 29 hari, 12 jam, 44 minit. Tempoh ini
dikatakan agak jitu untuk mendapatkan ulangan padanan dengan tahun
matahari selama 19 tahun suria ataupun 19 tahun 7 bulan menurut kiraan
tahun lunar. Piawaian ukuran ini menepati kebanyakan kalendar lunarsuria
seperti kalender China dan juga kalendar Yahudi. Kalendar Julian zaman
awal Masehi dikatakan memiliki padanan yang berulangan setiap 19 tahun,
namun ukuran (365.25 hari setahun) untuk kalendar ini telah berubah dan
digantikan dengan kalendar Gregorian (365.2425 hari setahun).
No comments:
Post a Comment