هماز مشاء بنميم
Yang
suka mencela, berjalan ke sana ke mari menyebarkan khabar berita.
Yang
suka mencaci, lagi Yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk
memecah belahkan orang ramai), -
KESESATAN KEEMPAT : YANG SUKA MENCELA, KE SANA
KE SINI UNTUK MENDAPATKAN DAN
MENYEBARKAN BERITA
i.
Suka
Sangat Menimbun Harta
Sifat
mencela dan sebab-sebab seseorang itu mengambil pendirian suka
mencela sebenarnya diterangkan dalam surah Al-Humazah yang ada
hubungkaitnya dengan pemilikan harta. Dengan hartanya (kenderaannya)
ia ke hulu dan ke hilir mendapatkan perkhabaran berita serta
mencanangnya. Pada zaman ini, perkhabaran dapat berlaku dengan
berbagai-bagai kaedah. Selain daripada perutusan melalui posmen,
perkhabaran secara harian tercatat pada kertas-kertas akhbar yang
dicetak dan diedarkan secara harian. Semuanya memerlukan pergerakan
yang aktif. Secara khususnya ayat ini ditujukan kepada
penceramah-penceramah atau wartawan-wartawan yang bergerak dari satu
tempat ke tempat-tempat yang lain untuk mendapatkan dan membawa
khabar berita. Berita yang dibawa adalah berita tentang sumpahan dan
tindakan menghina, banyak menyampaikan berita-berita dusta dan
sebagainya.
ii. Mereka Adalah Wartawah-wartawan,
Penceramah-penceramah dan Pemilik
Berita
Penceramah-penceramah dan Pemilik
Berita
Kita
dapati penguasaan berita dunia dikuasai oleh Yahudi melalui
firma-firma perniagaan yang melibatkan komunikasi. Dalam menguasai
perhatian orang ramai, mereka sanggup melaporkan berita-berita palsu
yang sentiasa diulang-ulangkan. Mereka mempelajarinya daripada Hitler
pada suatu masa dahulu bahawa kepalsuan yang diulang-ulangkan adalah
suatu kebenaran. Untuk jangka pendek, berita sedemikian akan dianggap
sebagai benar dan rakyat mereka akan menyokong polisi
penguasa berita untuk suatu tempoh masa.
iii.
Contoh-contoh Berita Palsu
Sebagai
contoh, apabila mereka merencana peristiwa 11 September suatu masa
dahulu, matlamat mereka adalah membunuh umat Islam seberapa ramai
yang boleh. Media massa mereka segera melaporkan suatu tuduhan
bahawa kejadian itu didalangi oleh 'pengganas' Islam dan penyampaian
berita tentang kejadian letupan menara berkembar WTC dan pusat
strategik yang lain, diulang tayang sehingga beberapa ratus kali.
Penyaksian sedemikian akan segera dipercayai oleh rakyat Amerika
Syarikat dan dunia pada keseluruhannya. Pihak kepimpinan mereka tidak
memerlukan mandat rakyat untuk menyerang Afghanistan dan Iraq.
Penyerangan berterusan sejak dahulu lagi yang mengakibatkan lebih
sejuta kematian umat Islam telah berlaku sebagaimana yang
dirancangkan. Selang beberapa ketika setelah kesahihan peristiwa
serangan 11 September dipertikaikan oleh ahli-ahli profesional dalam
kalangan mereka sendiri, terbukti pentadbiran Amerika Syarikat tidak
dapat mempertahankan tuduhan peristiwa berkenaan didalangi oleh umat
Islam. Namun mereka tidak mempedulikan semua itu, yang pastinya
mereka telah berjaya membunuh jutaan umat Islam di Afghanistan dan
Iraq dan menguasai negara-negara berkenaan untuk memuaskan hati kejam
mereka. Itulah satu-satunya matlamat mereka, sekalipun dengan cara
menipu rakyat mereka sendiri. Kini musuh-musuh Islam berasa amat
selamat kerana mereka menyangka mereka berjaya membatalkan
perancangan Tuhan sebagaimana yang pernah dinyatakan dalam keterangan
Al-Hadith tentang peristiwa akhir zaman.
Fitnah
terhadap pejuang-pejuang agama tempatan juga berlaku dalam bentuk
provokasi
yang menampakkan seolah-olah pejuang-pejuang berkenaan adalah
pembelot bangsa dan negara. Dengan demikian kedudukan pejuang-pejuang
agama akan dimanipulasikan
sebagai musuh rakyat. Selagi berita-berita berkenaan tidak
menimbulkan kesan, langkah menghindari dalam membuat sebarang ulasan
haruslah diambil kira. Oleh itu, umat ini perlu sensitif terhadap
berita yang disebarluaskan kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah
kepada mereka. Mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga dan
langkah perlu, untuk menghindari diri mereka daripada menjadi mangsa
percaturan manifesto pihak lain. Bukan
dengan cara mengabaikan sahaja fitnah-fitnah berkenaan tetapi dengan
cara yang amat berhemah yang tentunya amat sukar dihadapi.
No comments:
Post a Comment