Rekaciptaan mesin pertama yang
dapat berada di udara pada zaman ini dikatakan telah dimulai oleh Wright
bersaudara. Tetapi benarkah mereka berdua yang datang dari bangsa Eropah adalah
pemula dalam penghasilan pesawat yang dapat terbang? Berikut ini adalah suatu
klip video yang menyatakan tentang penghasilan objek pertama zaman moden yang berupaya terapung
di udara. Rekayasanya telah dimulai sekali lagi oleh seorang bangsa India pada
zaman penjajahan British di India.
Teknologi mesin yang dapat terapung pada
zaman ini dikatakan berasal daripada
rekaciptaan Vimana silam.
Teknologi
Pesawat Tak Dikenalizaman ini dikatakan berasal daripada
rekaciptaan Vimana silam.
Sekiranya kita dapat kumpulkan
pakar-pakar fizik untuk duduk bersama dan berbincang tentang kemungkinan
wujudnya pesawat-pesawat tak dikenali – UFO, rata-rata mereka akan segera menyangkal
sebarang kemungkinan teknologi berkenaan merupakan sesuatu yang boleh dicapai. Pelbagai
istilah seperti refleksi cahaya, anomali dan belon cuaca, sentiasa digunakan
untuk merujuk apajua fenomena-fenomena pelik seperti ini dan istilah-istilah
itu telah menjadi perkara biasa kita dengari. Penyangkalan seperti ini telah
menjadi suatu kebiasaan sejak dahulu lagi sejak zaman rasul-rasul terdahulu.
Pada zaman ini pula, perkara ini
terjadi disebabkan
oleh kesombongan mereka dalam
mempertahankan
pendirian ilmu yang mereka pelajari
sejak di bangku
sekolah rendah “Hukum Termodinamik”
lagi.
(Primary School of Thermodynamic
Law)
Apabila wujud bukti-bukti bergambar
tentang pesawat yang dikatakan milik ‘makhluk asing’, mereka akan segera
membuat kesimpulan cepat seperti CGI, gambar yang diedit, ‘fake’, sekadar
dakwaan ahli teori konspirasi yang tak kesudahan dan sebagainya. Ironinya
‘makhluk-makhluk asing’ itu pula cuba untuk diwujudkan dalam tayangan-tayangan
hiburan untuk mendapatkan pulangan lumayan daripada orang ramai. Perkara yang ingin penulis jelaskan
dan harus menjadi pendirian kita semua ialah, bahawa ‘makhluk asing’ atau
apa-apa jua persembahan yang dikaitkan dengan pesawat UFO, tidak harus diterima
bulat-bulat sebagai makhluk asing dan juga tidak harus ditolak bulat-bulat
sehingga dikatakan tidak wujud, tidak pernah wujud dan tidak akan wujud untuk
selama-lamanya.
Menolak kewujudan ‘makhluk asing’
ini tidak akan membawa apa-apa faedah, kerana suatu fenomena yang dikatakan ‘menyanggah’
hukum fizik pada tahap ilmu pengetahuan manusia masakini sebenarnya, sentiasa akan
dapat ditonjolkan ‘kebenaran’nya oleh pengkaji-pengkaji yang memiliki minat mendalam
tentangnya. Begitu juga menerima kebenaran tentang ‘makhluk asing’ ini sebagai
benar-benar makhluk asing, dikhuatiri akan menjurus seseorang kepada pertikaian
tentang kekuasaan Tuhan serta kebenaran kandungan kitab suci itu sendiri.
Futej yang semakin lama semakin sukar
untuk dinafikan.
Oleh itu penulis menasihati pembaca
agar mengambil pendirian sangat berhati-hati tentang hal ini kerana apajua yang
didapati dalam penulisan ini adalah lebih merupakan pandangan peribadi penulis.
Penulis tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk menerima dan tidak pernah
juga melarang mana-mana pihak untuk menolaknya. Kerana perkara yang akan
dijelaskan kepada pembaca selepas ini adalah sesuatu yang lebih mencabar minda
pembaca sendiri, berbanding perkara yang telah dijelaskan sebelum ini. Penulis
khuatirkan perkara yang akan dijelaskan kemudian nanti akan mengakibatkan
sesuatu yang dikatakan sebagai ‘letupan minda’ kepada pembaca sendiri.
No comments:
Post a Comment