SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Thursday, November 19, 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH

TIADA KEKUATAN TANPA PERPADUAN
TIADA PENGAJIAN TANPA AL - QURAN
TIADA ILMU TANPA AMALAN
TIADA KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN

AWAL ITU *** SYARIAT
TENGAH ITU *** TAREKAT
AKHIR ITU *** HAKIKAT



Sinopsis


Pondok AL’ JAAFAR sebuah pusat pengajian yang berkonsepkan pondok tradisional Melayu untuk pengajian Al-Quran asas dan mula ditubuhkan pada Jun 2006 bertempat di Kampung Gunung Panjang di dalam daerah Kinta Perak. Nama AL’ JAAFAR diterapkan atas pengertian, pertama….mengekalkan nostalgia seorang insan yang pada zaman hayatnya berjuang dalam erti yang tidak tahu susah payah dan penat lelah. Meneroka setiap daerah untuk tujuan mendirikan sebuah pondok pengajian demi menyumbang bakti terhadap anak Bangsa dan Agama. Meredah segala halangan dan tabah menerima segala ujian namun kita hanya merancang yang menentukan tetap jua ia NYA. Saudara JAAFAR ISMAIL ialah seorang pendidik yang berwibawa telah kembali kerahmatullah pada 7 Jun 2007 dengan cita-cita yang tidak kesampaian untuk mendirikan sebuah pusat pengajian. Beliau meninggalkan enam orang anak yang kini menjadi anak yatim. Bertitik tolak dari sinonim ini maka kami berhasrat menyambung impian arwah untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian Al-Quran yang diimpikan beliau. Nama JAAFAR yang kedua diterapkan lantaran mempunyai hubung kait dengan sejarah pejuang agama Islam di zaman Khalifah yang empat. Sebagai tanda mengingati para pejuang terdahulu anak Al-Marhum baginda SAIDINA ALI telah dipilih untuk menjadi simbol nama pondok pengajian yang dirancang. Jelasnya disini lembaga pengurusan pusat pengajian yang baru bersepakat mengekalkan pondok AL’ JAAFAR sebagai nama tetap dan muktamat. Ketepatan nama dan erti sebuah pondok pengajian adalah lambang kesinambungan dan permuafakatan untuk anjakan paradigma kepada masyarakat dan pelajar.

Melalui kata sepakat diperingkat awal penubuhan kelas pengajian diadakan disebuah rumah yang diamanahkan oleh pemiliknya khusus untuk tujuan ini. Setahun masa berlalu kelas pengajian Al-Quran beroperasi dan hasilnya amat membanggakan. Sambutan dan komitmen dari masyarakat setempat begitu menggalakkan. Kemasukan pelajar baru melebihi dari apa yang dijangkakan, maka kami sekali lagi terpaksa mencari alternatif baru untuk membendung situasi ini. Hasil dari permuafakatan itu maka kami seluruh warga pondok berhasrat untuk membina sebuah penempatan baru bagi menggantikan pondok pengajian AL’ JAAFAR yang sedia ada.

Objektif


Pondok pengajian ditubuhkan atas tujuan pendedahan ilmu penghidupan dan kefahaman beragama kapada anak bangsa. Kaedah yang diguna pakai ialah menerap dan membudayakan konsep Al-Quran dan As Sunnah untuk dijadikan pakaian dalam rutin kehidupan seharian. Mempamer dan menunjukkan contoh gaya hidup sihat dalam kemajuan teknologi dan kepesatan pembangunan masa kini sehingga berasa selesa dan tidak kekok memperbudayakan Al-Quran dan As sunnah. Jelasnya kemodenan dunia bukan penghalang untuk kita terus memperbudaya dan mempelajari Al-Quran. Persaingan yang sihat perlu kita pelajari, tangani dan mempraktikkan secara berterusan. Antara perkara yang perlu kita laksanakan ialah mengenali punca masalah kewujudan jurang perbezaan ekonomi dan sosial diantara kita. Menangani permasalahan ini adalah tanggungjawab bersama dan perlu dilakukan secara teratur, bijak dan berterusan. Memonopoli kefahaman dan amalan dalam kontek berterusan adalah faktor terpenting dalam merealisasikan objektif ini. Memartabatkan Al-Quran dan As Sunnah serta mengamalkannya adalah antara laluan yang difikirkan dapat mengurangi dan membendung fenomena sosial yang begitu berleluasa dimasa kini.

Produk


Dengan terbinanya penempatan baru ini kami warga pondok yakin dapat melahirkan masyarakat yang berdedikasi, berkeyakinan diri dan bermoral tinggi dalam menerapkan pelajaran kefahaman Al-Quran secara sepenuh masa. Kami juga memuatkan ilmu pengetahuan kefahaman kemasyarakatan bagi para pelajar menyiapkan diri untuk seiring dengan arus kemodenan. Celik Al-Quran serta memperbudayakannya mempunyai natijah yang cukup luas samada dari sudut ilmu, kefahaman, mahu pun agama. Dari sudut agama…InsyaAllah pondok akan berusaha untuk melahirkan seberapa ramai pelajar yang hafal Al-Quran dari kalangan Hafiz dan Hafizah, Qari dan Qariah serta insan yang berkemahiran dalam bidang kefahaman Islam dan hukum. Dari sudut kenegaraan dan kemasyarakatan… insyaAllah pondok pengajian juga akan cuba sedaya upaya melahirkan pelajar dan masyarakat yang berpotensi berwibawa menjadi pelapis dalam apa jua bidang kehidupan. Kemahiran dan potensi pelajar yang bakal dilahirkan berkait rapat dengan prasarana semasa. Komitmen dari setiap lapisan masyarakat, bantuan dari orang perseorangan, bantuan dari ahli-ahli koporat, syarikat-syarikat mahu pun dari Kerajaan Negeri dan Pusat. Diperingkat awal bagi pelajar serta masyarakat yang mengikuti kelas pengajian di pondok ini akan terserlah kewibawaannya melalui nilai kefahaman, budi bahasa, komunikasi dan pengalaman ilmu ikhtiar hidup. Tanggungjawab menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai piagam dan moto terhadap pelajar dan masyarakat akan terlaksana dengan sepenuhnya dengan sokongan dari setiap lapisan masyarakat … insyaAllah.

Aktiviti


Memandangkan pelajar hafiz yang tinggal menetap di pondok dan mempunyai ruang waktu yang cukup untuk berbuat sesuatu aktiviti yang bermanafaat, maka lembaga pengurusan pondok telah merancang mengadakan beberapa aktiviti usahawan serta sesuai dengan keadaan dan saranan kerajaan masa kini. Para pelajar akan diberi pendekatan dan tunjuk ajar dalam bidang pengendalian penternakan dan pertanian mengikut taraf dan keupayaan tersendiri. Pelaksanaan subjek ini perlu dipraktikkan demi masa depan dan dapat merapatkan jurang ekonomi masyarakat dan bangsa yang begitu jelas dan ketara perbezaanya. Walau pun perancangan aktiviti ini dilahirkan dengan cara muzakarah dan pakatan, namun sokongan dan sumbang bakti dari setiap lapisan masyarakat amat diperlukan. Bantuan modal dari orang perseorangan atau berkelompok sangat diharapkan demi merealisasikan perancangan aktiviti ini. Aktiviti usahawan yang telah dirancang dan sudah bergerak mula adalah seperti berikut:…

1. Ternakan Kambing Kampung
2. Ternakan Ayam Kampung
3. Ternakan Ikan Keli
4. Tanaman Sayur-Sayuran

Ternakan kambing telah pun dimulakan dalam kuantiti yang kecil sebagai percubaan dan mengkaji kaedah-kaedah yang terbaik untuk diternak secara komersial. Ternakan percubaan ini telah dimulakan dari bulan Januari 2009 dan membuahkan hasil dari sudut ilmu pengetahuan, ilmu permasalahan perternakan dan ilmu pengalaman pengendalian ternakan. Memandangkan persaingan global masa kini maka kami pihak pengurusan pondok berpendapat bahawa aktiviti ternakan ini boleh diperbesarkan dan boleh mendatangkan hasil yang lumayan dari sudut ekonomi dan berdaya saing melahirkan usahawan-usahawan yang berpotensi. Demi merealisasikan rancangan ini kami seluruh warga pondok berharap kiranya ada orang perseorangan atau pun syarikat-syarikat yang sudi untuk membantu serta melabur demi menambah bilangan kambing yang tersedia ada.

Kaedah pelaburan ternakan kambing


Semua pelabur diberi mandat dan vito untuk memantau perkembangan dan prestasi kerja yang dilaksanakan oleh anak-anak pondok demi memastikan aktiviti ini dilakukan secara telus. Walau pun anak pondok diasuh dengan nilai Al-Quran namun pemantauan perlu diadakan dari masa kesemasa… InsyaAllah…para pelabur tidak akan mengalami kerugian andai kata wujudnya kerjasama antara pelabur dan pengendali kerja. Para pelabur akan mendapat imbalan dari pelaburanya melalui sistem PAWAH. Pelaburan asal adalah milik pelabur dan anak dibahagi dua iaitu pelabur dan pondok. Bahagian pondok akan dibahagi dua iaitu sebahagian untuk anak pondok yang berkerja dan sebahagian untuk pentadbiran pondok. Dari sudut penghidupan, pelabur akan mendapat keuntungan berbentuk kewangan dan dari sudut yang lain pelabur secara langsung telah menyumbang bantuan kapada penubuhan pondok.

Kaedah pelaburan ternakan Ayam Kampung


Ternakan ayam kampung juga telah pun dimulakan dalam kuantiti yang kecil di dalam kawasan pondok. Harapan kami juga semoga ada kiranya para pelabur sudi melabur untuk tambahan bagi bilangan ayam yang tersedia ada. Dalam aktiviti ini pelabur diberi mandat dan vito untuk untuk menjadi pemborong dan menjual hasil yang di usahakan oleh anggota pondok selagi mendatangkan kebaikan dikedua belah pihak. Hasil pelaburan dari aktiviti ini juga akan dibahagikan mengikut sistem pawah.

Kaedah pelaburan Ternakan Ikan Keli


Ternakan ikan keli sedang dalam kajian dan masih menunggu pelabur yang ingin melabur. Pihak pondok hanya mampu menyediakan tempat kolam ternakan untuk tujuan ini dan tenaga kerja. Prasarana kolam dan pemasaran hasil dari aktiviti ini adalah milik pelabur.

Kaedah pelaburan dalam bidang Pertanian


Tanaman sayuran adalah diutamakan dalam subjek ini, aktiviti ini telah pun dipraktikkan secara kecil-kecilan dan hasilnya hanya mampu dijadikan penampungan makanan seharian. Andaikata ada pelabur mendambakan hasil dari aktiviti ini dan berminat untuk memperbesarkannya maka kami sangatlah berbesar hati dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.


"SABAR MENANTI KEDATANGANNYA"




PONDOK-AL-JAAFAR

PENGENALAN


Pondok AL JAAFAR pengajian Al-Quran (ASAS) telah di tubuhkan pada Jun 2006 di atas pendaftaran Sakinah Enterprise.

(No. Syarikat: ) yang beralamat di Kampung Gunung Panjang, Gopeng Perak.

Pondok didirikan di atas harapan dapat memenuhi keperluan Masyarakat setempat. Asalnya Pondok adalah sebuah rumah yang dahulunya didiami oleh warga tempatan yang bernama Ustazah Khadijah dan kini beliau telah kembali ke rahmatullah. Arwah telah mewasiatkan kepada warisnya agar rumah tersebut diwakafkan untuk dijadikan sebuah Pondok pengajian al Quran. Kini salah seorang warisnya mencadangkan saya (Ustaz Tarudi) untuk merealisasikan harapan/ hajat arwah.

Pondok ini terletak berdekatan dengan Pekan Gopeng dan jaraknya lebih kurang 5 km, 500meter dengan masjid Gunung Panjang dan juga berhampiran dengan Pusat Pelancongan Gua Tempurung dengan jarak 2 km jauhnya.

Pondok ini dipelopori hanya 6 orang pelajar setempat pada awalnya dan kemudian jumlah pelajar telah meningkat kepada empat puluh dua (42) orang, yang mahir dalam pengajian AL-QURAN. Tujuh (7) orang pelajarnya telah berjaya menjadi tahfiz AL-QURAN. Pelajarnya terdiri daripada pelbagai peringkat umur yang lahirnya daripada masyarakat setempat dan juga dari daerah luar. Jumlah terkini pelajar pada tahun 2018 adalah 70 orang dan warga tetap pondok adalah 24 orang.

OBJEKTIF

Pondok Al Jaafar ditubuhkan bagi tujuan mendidik masyarakat agar dapat memperbaiki pemasalahan tajwid dan makhrash serta menangani masalah masyarakat yang tidak pandai membaca Al Quran. Selain itu dapat juga menyahut seruan kerajaan dalam menangani masalah sosial yang amat membimbangkan, contohnya gejala lumba haram, masalah buang anak, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Jadi dengan adanya pondok Al Jaafar dapatlah kiranya menarik golongan belia menghayati al Quran dan sekaligus dapatlah memartabatkan bacaan Al Quran agar generasi akan datang menjadi generasi yang mencintakan budaya menghayati Al Quran.



AJK PONDOK-AL-JAAFAR
PENGETUA
AYAHANDA Ustaz Mohamad Tarudi Bahari
No telefon : 0115-9711600



BENDAHARI
Pn. Sharifah binti Ibrahim
No telefon : 017-3869841



SETIAUSAHA
Pn. Norlina binti Daud
No telefon : 017-4211308


SETIAUSAHA 2
En. Iesham bin Mohamed Idris
No telefon : 019-4786075



GURU ASAS TAJWID DAN MAKHRAJ HAFALAN

AYAHANDA
(Dip. Pengajian Tinggi Islam, Gerisek, Surabaya)
(Sekolah Pondok Guntur 1, Ponorogo, Jawa Timur )


GURU FARDHU  'AIN

Haji Meor Bahanudin Suliman Shah bin Osman
( 4 Senawi )


GURU NAHU DAN SOROF

Ustaz Hizam
()

GURU BAHASA INGGERIS
Pn. Noor Aini binti Zainal Abidin
(B. Sc. & Educ (Hons))


PRODUK

Maka dengan adanya pusat pengajian seperti ini akan lahirnya lebih ramai anak bangsa yang celik AL-QURAN seterusnya dapatlah memartabatkan AL-QURAN sehingga menjadi panduan dan pegangan hidup ke arah penghidupan yang lebih teratur dan beretika, dengan berlandaskan AL-QURAN dan AS SUNNAH. Dari penerapan dan kefahaman AL-QURAN dan AS SUNNAH mudah-mudahan dapat mengurangi atau memcegah gejala sosial masa kini dan juga pertelingkahan dan permusuhan di antara sesama Muslim. Dari penubuhan ini juga mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat menyumbang tenaga-tenaga professional seperti cendikiawan dalam bidang kefahaman AL-QURAN, QARI dan QARIAH mahupun HAFIZ dan HAFIZAH untuk negeri dan Negara INSYAALLAH.

KUPASAN TERKINI AYAT

Sila klik untuk membaca kupasan terkini ayat Al-Quran.



























Popular