SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Sunday, December 9, 2018

PENGAJARAN AWAL HIMPUNAN SURAH SETAKAT INI


Kecanggihan semata-mata bukanlah jawapan kepada permasalahan ekonomi, sosial dan pembangunan yang wujud di sesuatu negara. Semua ini terdapat contohnya dalam peradaban silam negeri Sabak yang telah musnah gara-gara keingkaran penduduk negeri itu sendiri. Umat ini terlalu berbangga dengan penghasilan peralatan berteknologi yang mereka perolehi, walhal semua itu tidak sepenuhnya dapat membantu mereka untuk mengelak bencana.

Antara teknologi dan persoalan ghaib, terdapat perkaitan yang dapat dihubungkan melalui kisah-kisah pembangunan pada zaman Nabi Daud A.S. dan juga Nabi Sulaiman A.S. Walaupun masyarakat umum pada masa ini tidak suka membincangkan hal-hal yang berkaitan perkara mistik, namun kejadian yang dianggap mistik sentiasa berlaku sepanjang zaman.

Apabila dibincangkan dengan lebih mendalam, kita dapati terdapat perkaitan antara teknologi silam dengan perkara-perkara yang dibincangkan oleh ahli teori konspirasi pada masa ini. Penulis tidaklah mendakwa dapat memberi penerangan secara tepat tentang kebenaran teori berkenaan, namun oleh kerana tiada jawapan mudah untuk menjelaskannya, perkaitan daripada kitab suci adalah panduan yang harus diteliti.

Penulis ada menyentuh tentang permasalahan ekonomi dunia dan bagaimana puak globalis telah merancang secara teliti untuk menguasai dunia ini. Bermula dengan memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis melalui penjajahan demi penjajahan, kini sistem ekonomi ini telah menampakkan kekalutannya sebagaimana yang telah dirancangkan. Mereka ini sebenarnya adalah watak-watak yang seringkali disebut oleh ahli-ahli teori konspirasi. Dan nampaknya kebanyakan daripada ketua-ketua negara seringkali mengelak daripada mengakuinya.

Kiranya dahulu, kemajuan dan pembangunan negara diukur dengan kemasukan dana asing melalui pelaburan dan penjualan bond-bond, pada masa ini pembangunan seperti yang terjadi pada zaman itu sebenarnya telah berlalu. Perolehan daripada penjualan komoditi, daripada apajua jenis komoditi negara, telahpun merosot dengan ketara. Rakyat daripada negara asing juga seperti rakyat negara ini, semakin kurang kemampuan untuk berbelanja. Sekalipun sektor pembuatan digembar-gemburkan memberi pulangan lebih lumayan, semua itu hanya sesuatu yang bersifat sementara. Buktinya, semakin ramai rakyat negara ini yang bekerja, hanya memikirkan jumlah hutang yang perlu dibayar setiap bulan dan akibatnya perbelanjaan terhadap tanggung jawab sosial juga akan semakin berkurangan. 

Dalam menghadapi keadaan ini, mahu tidak mahu, pihak pemerintah akan terpaksa mengurangkan pemberian bantuan dan subsidi kepada rakyat. Ataupun mereka memilih untuk menambah lagi hutang negara. Kita sebagai rakyat harus peka dengan keadaan ini. Sebenarnya persiapan harus dilakukan awal-awal lagi dan kiranya pembaca mula mengambil langkah persiapan pada ketika ini, pada ketika keadaan sudah semakin meruncing, sebenarnya persediaan yang dilakukan sudah hampir terlewat.









No comments:

Post a Comment

Popular