SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Monday, December 3, 2018

PENGAJARAN UNTUK YANG BERSANGATAN SABAR, BERSANGATAN SYUKUR


ﻮﺭ    

Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar (terdapat) tanda-tanda, bagi setiap yang bersangatan sabar, bersangatan syukur.

Sesungguhnya kisah mereka yang tersebut mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang ‘sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.

Mengapakah pengajaran seperti ini yang kita perolehi? Mengapa tidak disebut bahawa, apabila corak pemerintahan di negara ini bertukar atau pengamalan Islam liberal dilaksanakan, maka negara akan dikatakan menjadi lebih maju. Lebih banyak bangunan-bangunan serba canggih yang terbiar kosong akan didirikan dan semakin ramai rakyat akan menjadi kaya dengan hutang. Mengapa tiada pengajaran yang menjurus kepada galakan supaya rakyat harus lebih banyak berhutang sehingga mereka akan menjadi lebih rajin bekerja? Mengapakah tiada galakan untuk umat ini berlumba-lumba mendapatkan harta dengan jalan itu? Bukankah dengan banyak harta, tidak akan menyebabkan mereka hidup melarat dan tidak pula mereka perlu meminta-minta? Apabila lebih ramai rakyat berlumba-lumba mendapatkan harta dengan jalan berhutang, bukankah bank-bank sepatutnya turut menjadi kaya raya?

Lihatlah sekarang ini, apabila rakyat yang diperkayakan dengan hutang sehingga dapat memiliki pelbagai jenis kenderaan yang dikatakan serba canggih. Lihatlah apabila sistem jalanraya atau lebuhraya yang telah dikemas kini, telah mengakibatkan berlaku perlanggaran undang-undang, bahkan telah mengakibatkan ramai yang terlibat dengan kemalangan. Lihatlah kepada sistem monopoli sekarang ini sehingga mengakibatkan perniagaan milik tempatan terpaksa ditutup dan perniagaan asing pula yang telah dibela untuk memberi pendapatan tetap kepada penjawat-penjawat sesetengah institusi kerajaan.

Sepatutnya penjawat-penjawat agama harus mengajari umat ini bahawa sistem riba berdasarkan perbankan Islam adalah sesuatu yang sangat baik. Kejayaan paling besar adalah apabila kita dapat gadaikan institusi kewangan milik umat Islam kepada mereka yang bukan beragama Islam. Kemuncak kemajuan ekonomi umat Islam pula adalah apabila kita dapat tempatkan sebahagian besar mereka untuk mendiami rumah-rumah kotak di bawah jambatan. Bukankah itu merupakan natijah ajaran agama mereka yang paling benar yang harus dituruti umat?

Mereka yang bersangatan sabar dengan jarak laluan yang pendek antara perjalanan mereka, serta tempoh pemanduan yang agak lama, tidak harus diberi tempat dalam pembangunan negara. Mereka yang tidak sanggup berhutang bank serta sanggup berdikit-dikit sehingga berjaya, sebenarnya harus dikatakan telah terkeluar dari budaya kerja masyarakat negara ini. 

Selain daripada restoran, warung-warung, kedai-kedai runcit harus sentiasa dibuka 24 jam. Bank-bank harus beroperasi seperti kilang iaitu bekerja sepanjang masa dan negara harus wujudkan matahari mereka sendiri pada sebelah malam. Masa tidur harus dipendekkan dan melaksanakan ibadat malam seperti qiyamul lail haruslah dianggap membuang masa. Mereka yang bersangatan syukur dengan kurniaan rezeki yang sedikit dan kemudahan yang terhad, harus dijadikan seperti pelarian di negara sendiri. Mereka yang memilih untuk berpenghidupan melalui manifestasi bersyukur di negara ini, harus dijadikan sebagai peminta sedekah yang sentiasa melukut di tepi gantang. Mereka yang bersangatan sabar dalam perjalanan, jangan sekali-kali dibenarkan melalui laluan lebuhraya. Kesabaran menghadapi kerenah masyarakat, tidak harus diterima sebagai pencetus kehidupan sosial yang baik. Setiap ahli masyarakat haruslah dipersenjatai dengan pelbagai senjata agar mereka dapat menyelesaikan masalah pertikaian antara mereka secepat mungkin.





No comments:

Post a Comment

Popular