SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Sunday, October 28, 2018

CABARAN TERHADAP AL-QURAN TENTANG TEKNOLOGI PEMBINAAN LEBUHRAYA


Salah satu sifat Al-Qur'an adalah mengajar kepada manusia perkara-perkara yang belum mereka ketahui. Pengetahuan tentang pembinaan lebuhraya, jenis tanah yang perlu dibakar, batuan yang harus dipilih - sebenarnya manusia telah mengetahui semua perkara itu dan mereka sebenarnya tidak memerlukan sebarang panduan daripada kitab suci untuk tujuan itu? Perkara yang manusia tidak ketahui adalah keperluan pembinaan jalanraya atau lebuhraya yang dapat dilalui dengan aman pada bila-bila masa tidak kira siang atau malam. Contohnya, teknologi pembuatan jalanraya masakini sebenarnya, masih tidak dapat digunakan untuk menghalang pertambahan kejadian rompakan atau ancaman samseng jalanan di laluan berkenaan.

Pembinaan lebuhraya bukan sekadar bertujuan untuk seseorang atau sesuatu itu dapat 'cepat sampai' tetapi haruslah mengambil kira keberkesanan dalam aktiviti pemindahan produk-produk keperluan. Tak guna untuk kita bina lebuhraya atau apajua sistem laluan, sekiranya penduduk di sekitar laluan berkenaan hidup serba dhaif serta tidak dapat mengambil manfaat daripada laluan itu dengan mudah. Pembinaan jalanraya atau lebuhraya perlu mengambil kira faktor alam sekitar, sebagai contoh - laluan berkenaan tidak harus dibina berhampiran empangan.  Gegaran berterusan daripada kenderaan, sekalipun dikatakan kecil, sebenarnya dapat mengakibatkan kegagalan mikroksutuktur kepada dinding empangan dalam tempoh yang sangat panjang.

Adakah laluan jalanraya yang dibina terpaksa menembusi gunung sehingga kestabilan lereng-lereng gunung dapat terjejas? Membanyakkan terowong-terowong untuk menembusi gunung atau bukit, bukanlah kerja yang baik. Gunung dan bukit telah dicipta Tuhan, bukanlah untuk tujuan seperti itu. Pembangunan yang melibatkan perubahan struktur bukit atau gunung perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati. Kawalan terhadap perubahan struktur atau mikrostruktur tanah, perlu sentiasa dilakukan dan perkara sedemikian sebenarnya memerlukan kos penyenggaraan yang tinggi.

Manifestasi Tidak Bersyukur Daripada 
Pembinaan Laluan Lebuhraya

Penulis sebelum ini ada menyentuh tentang sikap yang ditunjukkan sebahagian manusia yang ingin memonopoli harta melalui jalan perniagaan berhampiran laluan lebuhraya. Oleh kerana laluan utama lebuhraya di negara ini "dimiliki" oleh golongan kapitalis, mereka telah membentuk sikap mereka sendiri melalui pemilikan perniagaan yang mereka laksanakan daripada penggunaan lebuhraya berkenaan oleh ramai pengguna.

Tender yang dilaksanakan melalui persaingan yang tinggi terhadap apajua aktiviti perniagaan di lebuhraya, telah diambil kesempatan oleh pengendali lebuhraya untuk mereka dapatkan keuntungan yang besar. Ianya seolah-olah seperti memasang bubu dalam aliran air sungai yang sempit dan deras. Oleh kerana pengguna tidak memiliki pilihan yang banyak semasa perjalanan mereka di lebuhraya, mereka terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap sebarang perkhidmatan atau produk yang mereka perlukan. Akibatnya harga produk seperti makanan dan juga buah-buahan perlu didapatkan pada harga yang sangat tinggi sehingga mencecah tiga kali ganda berbanding dengan harga yang ditawarkan di tempat-tempat lain.

Perniagaan di lebuhraya menjadi aktiviti yang sangat menguntungkan. Semakin panjang lebuhraya maka semakin ramai pengguna yang melaluinya dan keuntungan perniagaan akan menjadi semakin tinggi. Perniagaan bercorak francaisee adalah perniagaan yang sangat digemari untuk dijalankan di sepanjang laluan lebuhraya. Maka tidak hairanlah kiranya mereka lebih mengharap agar laluan lebuhraya dapat diperpanjang lagi, agar mereka dapat meraih keuntungan yang lebih besar. Perkara seperti ini akhirnya mewujudkan monopoli pasaran.

Pihak pembekal utama pula sanggup menawarkan bekalan pada harga sangat rendah yang tidak sanggup dibekalkan oleh petani-petani biasa dan pemilik-pemilik premis di hentian lebuhraya pula tergamak menjual pada harga sangat tinggi sehingga menyusahkan pengguna-pengguna lebuhraya. Akhirnya, yang menerima nasib malang adalah para petani yang berada di pinggir-pinggir laluan. Mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya keupayaan mereka dalam penyediaan hasil pertanian dan mereka ditindas melalui harga penjualan pada harga lebih rendah oleh pembekal utama. Perkara seperti ini sebenarnya telah diabaikan oleh pihak pemerintah sejak sekian lama.

Penglibatan Badan Korporat Dan 
Golongan Kapitalis

Untuk tujuan perjalanan lebih jauh, sehingga mengabaikan keluaran suatu sumber atau perbekalan setempat, jarak laluan melalui lebuhraya telahpun diperpanjang lagi. Tak cukup dengan satu lebuhraya yang panjang, lebuhraya timur-barat juga telahpun dibangunkan. Ditambah satu lagi pada masa ini dengan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo. Perjalanan lebih jauh dengan angan-angan untuk mendapatkan keuntungan lebih besar pada masa akan datang, sebenarnya harus dimulai dengan dana yang sangat besar. Dana yang diperolehi daripada pelabur-pelabur luar, sebenarnya terpaksa diperolehi melalui suatu cagaran berdaulat yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Di sinilah munculnya badan korporat yang sanggup mencagarkan ‘pemilikan’ lebuhraya kepada pihak ketiga, yang kebanyakannya merupakan pelabur asing. Mereka ini hanya mahukan keuntungan tanpa memperduli akibat yang ditanggung oleh sebahagian besar rakyat negara ini pada masa akan datang. Kesan sampingan lain akibat aktiviti meredah hutan, menebuk gunung dan penggalian mineral secara berlebihan sebenarnya dapat mengakibatkan kesan jangka panjang yang memudharatkan. Sesiapapun tidak dapat menafikan bahawa telah terdapat banyak kejadian tanah runtuh, tebing pinggiran yang mengelongsor akibat kelembapan yang tinggi pada kandungan tanah berkenaan setiap kali kejadian hujan. Selain daripada permasalahan ekonomi, berapa banyakkah kejadian kemalangan telah berlaku, akibat kegilaan sebahagian remaja yang suka berlumba?

Kerana 'stress', mereka menghabiskan usia
remaja mereka mendapatkan hiburan 
di atas lebuhraya.

Laluan lebuhraya semakin diperpanjang lagi. Bahkan di sesetengah negara, lebuhraya yang dibina telah menelusuri sungai di pinggiran bukit atau gunung, untuk menghubungkan bandar-bandar hantu yang masih belum berpenghuni sekalipun projek berkenaan telah berjaya disiapkan. Perkara ini tentunya memerlukan perbelanjaan sangat tinggi dan turut memberi kesan kepada ekologi setempat. Pembaziran yang besar dalam projek-projek pembangunan, tidak dapat tidak akhirnya mengakibatkan inflasi yang akhirnya menyusahkan kehidupan rakyat.




Sunday, October 21, 2018

LALUAN YANG AMAN


. ﻭ ﻗﺪﺭﻧﺎ ﻓﻴﻬﺎ ﺍﻟﺴﻴﺭ 
 ﺳﻴﺮﻭﺍ ﻓﻴﻬﺎ ﻟﻴﻟﻰ ﻭ ﺍﻳﺎﻣﺎ ﺍﻣﻧﻴﻦ      

Dan telah menentukan Kami padanya laluan. Berjalanlah oleh kamu padanya siang dan malam dengan aman

Bagaimana rupa laluan yang disediakan? Adakah laluan itu digunakan untuk tujuan berlumba atau digunakan sewajarnya untuk tujuan pengangkutan? Adakah laluan untuk haiwan-haiwan yang melintas turut disediakan, supaya ‘mereka’ dapat melintasi jalanraya atau lebuhraya dengan aman? Adakah laluan berkenaan dapat dilalui tanpa halangan atau sengaja diwujudkan pasar-pasar tol sehingga aliran trafik jadi tersekat. Adakah setiap kenderaan yang melalui laluan lebuhraya, telah dilengkapi dengan batasan had kelajuan tertentu supaya dapat dikurangi kemungkinan untuk terjadinya kemalangan? Kita tidak perlu terfikir untuk menyediakan kenderaan yang dapat “memegang” pemandu dan penumpang sehingga mereka tidak akan merasai perubahan momentum yang sangat besar. Cukup dengan memberi latihan penting supaya mereka dapat bersabar dan banyak bersyukur dalam kehidupan, terutama yang berkaitan dengan perjalanan di atas jalanraya (34:19). Selain daripada kemudahan “Google Maps” dan “Waze Al-Hafiz”, yang dapat memberi panduan optimum darihal tempoh dan jarak laluan, setiap pembinaan jalanraya perlu mengambil kira jarak optimum yang harus dicapai supaya kos pembinaan juga dapat dioptimumkan. Bagaimana dengan kemudahan tempat-tempat rehat, adakah di sana wujud tempat-tempat riadah supaya pemandu dapat rehat dan beribadah? Bagaimana dengan kos makanan yang disediakan di tempat-tempat tertentu? Adakah terlalu mahal buat pengguna-pengguna lebuhraya sehingga mereka banyak mengeluh di atas jalanraya? Adakah pembentukan sikap dan kesopanan di jalanraya telah dibentuk bermula dari bangku sekolah lagi? 



Saturday, October 13, 2018

SURAH AS-SABAK AYAT 18 -- NEGERI SABAK DAN KEADAAN LALUAN KETIKA ITU


ﻭ ﺟﻌﻠﻨﺎ ﻳﻴﻨﻬﻢ ﻭ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﻘﺮﻯ ﺍﻟﺘﻰ ﺑﺮﻛﻨﺎ ﻓﻴﻬﺎ ﻗﺮﻯ ﻇﻬﺮﺓ


Dan telah mengadakan Kami, antara mereka dan antara bandar yang telah memberkati Kami padanya, bandar-bandar yang jelas ...

Hubungan Jalan Darat Ke Negeri Yang Jauh

Contoh yang Tuhan tunjukkan pada Negeri Sabak suatu ketika dahulu, adalah tentang wujudnya suatu laluan yang sangat panjang dan menghubungkan dua negeri yang jauh – negeri Sabak di sebelah selatan dan sekitar Baitul Maqdis di sebelah utara, dan juga dengan terdapat wilayah-wilayah antaranya. Disebut sebagai Baitul Maqdis kerana tempat ini adalah suatu tempat yang diberkati sekitarnya sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Isra’ ayat 1. 

Penulis sendiri mengakui tidak dapat membayangkan teknologi pembinaan yang berlaku ketika itu, namun perjalanan sangat jauh itu dapat menempati jarak antara Johor Baharu hingga ke Songkla di Thailand. Ini bermakna negeri Sabak adalah negeri yang sangat luas dan telah wujud tamadun yang besar ketika itu. Jadi di manakah kesan peninggalan itu pada masa ini?  – Tidaklah dapat penulis jelaskan secara mendalam.

Kiranya kerajaan Nabi Sulaiman A.S. sebelum itu telah memiliki teknologi yang sangat canggih darihal penerbangan dan sebagainya, masakan tidak negeri Sabak sesudah itu telah memiliki kecanggihan dalam bidang pengangkutan meliputi pembinaan jalanraya dan kaedah-kaedah pemanduan yang seharusnya berlaku.




Saturday, October 6, 2018

BALASAN KERANA BERSANGATAN INGKAR


ﻭ ﻫﻞ ﻧﺟﺰﻯ ﺍﻻ ﻛﻔﻭﺭ

Dan tidak Kami membalas, melainkan (kepada) golongan bersangatan ingkar

dan sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada orang-orang yang sangat-sangat kafir.

Banyak bencana telah terjadi di dunia ini, namun balasan Tuhan adalah terhadap golongan bersangatan ingkar. Adakah boleh dikatakan Tuhan suka menyiksa manusia? Bahkan telah datang amaran-amaran, satu demi satu akibat keingkaran umat dan bencana akhirnya akan tertimpa kepada golongan sangat ingkar.

Kita tidak perlu pergi jauh dalam hal ini. Pada peringkat awal-awal perubahan cuaca terjadi, sebelum terjadinya bencana cuaca yang serius, kita telah dapati terdapat ramai tokoh-tokoh 'debunker' yang berusaha berbagai-bagai cara untuk menafikan, segala bentuk bencana sekarang ini, mempunyai kaitan dengan amaran Tuhan. Mereka cuba nafikan sekeras-kerasnya bahawa peningkatan kandungan karbon dioksida, mempunyai kaitan dengan bencana cuaca. Mereka mungkin benar, tetapi mereka tidak memiliki sebarang idea bahawa kitaran nitrogen yang terganggu di atas permukaan bumi ini sebenarnya turut memberi sumbangan yang amat besar.

Apabila berlaku permulaan bencana cuaca besar-besaran yang melibatkan banyak negara, golongan 'debunker' ini mulai senyap. Namun usaha pemulihan telah dijuruskan kepada keuntungan ekonomi yang dapat diperolehi daripada kempen hijau. Lalu kempen hijau dilaksanakan dengan mengubahsuai enjin kenderaan supaya lebih bersifat mesra alam. Begitu juga dengan penghasilan kenderaan elektrik yang kononnya amat tidak mencemari alam sekitar. Capaian terhadap kemudahan sedemikian dipermudahkan sehingga harga kenderaan baru berkenaan direndahkan. Namun adakah usaha demikian dapat menyelesaikan masalah?

Perubahan yang dilakukan oleh pakar-pakar teknologi, atas arahan pembuat polisi kewangan sebenarnya lebih mendatangkan keburukan kepada kehidupan manusia dan juga alam ini. Mereka sebenarnya hanya memikirkan keuntungan yang bakal mereka perolehi atas kesedaran kepimpinan dan ahli masyarakat berdasarkan permasalahan yang telah terjadi. Pada masa sama mereka ingin menjadi hero yang disanjung sebagai pihak yang amat perihatin tentang nasib yang terjadi akibat daripada kerosakan alam sekitar.

Marilah kita perhati dengan teliti, perkara yang bakal mereka lakukan dan akibat yang bakal terjadi berdasarkan panduan ayat-ayat Tuhan berikutnya.

Perubahan Polisi Kewangan Sebagai 
Sambutan Terhadap Kempen Hijau

Permukaan bumi semakin banyak mendatangkan masalah. Gelinciran tanah bukit atau gunung, kuantiti hujan dan kejadian hujan yang semakin banyak terjadi, banjir besar, ribut taufan dan kejadian puting berliung, kehangatan yang bertambah-tambah, kerosakan hidupan laut serta lautan, semua itu dijadikan alasan untuk melaksanakan kempen hijau. Lalu dipersalahkan kandungan gas karbon dioksida yang semakin meningkat di udarakasa dan dilupai punca-punca lain seperti pertambahan kandungan amoniakal nitrogen di permukaan bumi dan di udarakasa dan juga kadar pembebasan haba ke persekitaran yang tidak dapat dikawa rapi.

Kandungan wap metana yang tinggi yang dikatakan dapat memerangkap haba, dijadikan alasan supaya aktiviti penternakan dikurangkan. Pernah suatu ketika dahulu terdapat pihak berkuasa di Australia mengeluarkan tawaran kepada sesiapa yang dapat mengurangi bilangan unta-unta yang berkeliaran. mereka akan diberi hadiah. Najis unta dipersalahkan kerana dikatakan menjadi punca kepada banyaknya pembebasan wap metana yang dikatakan menjadi penyebab suhu di negara itu meningkat.

Sekarang ini gas karbon dioksida dipersalahkan kerana dikatakan menjadi punca kepada peningkatan suhu kehangatan sejagat. Perlepasan gas karbon dioksida didapati berpunca daripada asap kenderaan, untuk tujuan di dapur dan daripada aktiviti pembakaran di kilang-kilang. Maka pembuat polisi-polisi kewangan dunia mula melihat peluang ini dengan mencadangkan had karbon dioksida harus digunakan sebagai penentu kepada kawalan matawang negara-negara. Lalu dicadangkan bond berasaskan karbon, supaya negara-negara ahli, terikat untuk tidak sewenag-wenangnya melepaskan sebilangan kuantiti karbon dioksida ke persekitaran. Perlepasan gas karbon dioksida pastinya memerlukan bayaran tertentu. Kiranya sebelum ini mereka yang menggunakan tandas memerlukan bayaran, sedikit hari lagi mereka yang mahu melepaskan gas karbon dioksida daripada hembusan nafas mereka juga barangkali memerlukan bayaran tertentu. Bagaimana pula mereka yang mahu melepaskan angin daripada perutnya yang tentunya bukan sahaja mengandungi gas karbon dioksida bahkan wap metana?

Penghasilan Produk-produk Yang 
Dikatakan Mesra Alam

Insentif bakal diberi kepada pengusaha-pengusaha yang dapat menghasilkan mesinari bersifat mesra alam. Enjin kenderaan mesra alam, peralatan elektrik mesra alam, tanaman dan kaedah pertanian dan penternakan mesra alam, projek perumahan mesra alam dan akhirnya kepada penghasilan sampah sarap mesra alam. Adakah usaha seperti ini akan dapat membuahkan hasil dengan segera? Kiranya kerosakan alam yang terjadi selama ini adalah secara beransur-ansur dan atas perkara yang sebenarnya manusia tidak atau kurang sedari, jadi apakah langkah segera supaya pemulihan dapat berlaku dengan kadar yang lebih cepat? Apakah panduan yang harus dituruti? Adakah panduan ahli sains yang masih terkial-kial mencari jawapan ataupun panduan daripada kitab Tuhan? Kitab Tuhan yang telah sekian lama kita tinggalkan haruslah dirujuk kembali secara lebih teliti.

Kebanyakan bahan-bahan yang disebutkan di atas digunakan oleh manusia untuk tujuan tersendiri dan mesinari yang paling banyak melepaskan gas karbon dioksida adalah enjin kenderaan. Dengan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis berasaskan riba dan pajakan, kita dapati kesan sampingannya sekarang ini, bahawa aktiviti pengangkutan di atas jalanraya adalah merupakan aktiviti paling pesat. Manusia sanggup mengikat perut untuk tujuan membayar hutang kenderaan asalkan mereka dapat berada di atas jalanraya. Jalanraya menjadi tempat paling tercemar dengan perlepasan gas karbon dioksida, karbon monoksida, gas-gas berasaskan sulfur serta bahan cemar plumbum. Semua ini dikatakan menjadi sebab kepada kerosakan alam sekitar dan dapat menjejaskan kesihatan manusia. 

Manusia pula dikatakan amat-amat memerlukan pengangkutan. Lebih luas edaran suatu produk - yang sebenarnya memerlukan kos pengangkutan - lebih banyak transaksi dapat terjadi. Dalam hal ini perjalanan jauh diperlukan dan manusia telah memanfaatkan sistem laluan sedia ada untuk merancakkan lagi perniagaan mereka. Semua ini sebenarnya membentuk perubahan sikap manusia yang mahu memonopoli segala sesuatu yang berkaitan hasil usaha mereka. Marilah kita kaji kesan sedemikian kepada persekitaran kehidupan manusia yang sebenarnya terdapat contoh yang telah terjadi kepada penduduk negeri Sabak.

Penulis tidak setuju dengan kenyataan bahawa
pemanasan sejagat tidak berlaku. Tetapi penulis
sangat setuju, bahawa kempen pemanasan
sejagat digunakan untuk menipu.

Popular