SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Saturday, October 6, 2018

BALASAN KERANA BERSANGATAN INGKAR


ﻭ ﻫﻞ ﻧﺟﺰﻯ ﺍﻻ ﻛﻔﻭﺭ

Dan tidak Kami membalas, melainkan (kepada) golongan bersangatan ingkar

dan sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada orang-orang yang sangat-sangat kafir.

Banyak bencana telah terjadi di dunia ini, namun balasan Tuhan adalah terhadap golongan bersangatan ingkar. Adakah boleh dikatakan Tuhan suka menyiksa manusia? Bahkan telah datang amaran-amaran, satu demi satu akibat keingkaran umat dan bencana akhirnya akan tertimpa kepada golongan sangat ingkar.

Kita tidak perlu pergi jauh dalam hal ini. Pada peringkat awal-awal perubahan cuaca terjadi, sebelum terjadinya bencana cuaca yang serius, kita telah dapati terdapat ramai tokoh-tokoh 'debunker' yang berusaha berbagai-bagai cara untuk menafikan, segala bentuk bencana sekarang ini, mempunyai kaitan dengan amaran Tuhan. Mereka cuba nafikan sekeras-kerasnya bahawa peningkatan kandungan karbon dioksida, mempunyai kaitan dengan bencana cuaca. Mereka mungkin benar, tetapi mereka tidak memiliki sebarang idea bahawa kitaran nitrogen yang terganggu di atas permukaan bumi ini sebenarnya turut memberi sumbangan yang amat besar.

Apabila berlaku permulaan bencana cuaca besar-besaran yang melibatkan banyak negara, golongan 'debunker' ini mulai senyap. Namun usaha pemulihan telah dijuruskan kepada keuntungan ekonomi yang dapat diperolehi daripada kempen hijau. Lalu kempen hijau dilaksanakan dengan mengubahsuai enjin kenderaan supaya lebih bersifat mesra alam. Begitu juga dengan penghasilan kenderaan elektrik yang kononnya amat tidak mencemari alam sekitar. Capaian terhadap kemudahan sedemikian dipermudahkan sehingga harga kenderaan baru berkenaan direndahkan. Namun adakah usaha demikian dapat menyelesaikan masalah?

Perubahan yang dilakukan oleh pakar-pakar teknologi, atas arahan pembuat polisi kewangan sebenarnya lebih mendatangkan keburukan kepada kehidupan manusia dan juga alam ini. Mereka sebenarnya hanya memikirkan keuntungan yang bakal mereka perolehi atas kesedaran kepimpinan dan ahli masyarakat berdasarkan permasalahan yang telah terjadi. Pada masa sama mereka ingin menjadi hero yang disanjung sebagai pihak yang amat perihatin tentang nasib yang terjadi akibat daripada kerosakan alam sekitar.

Marilah kita perhati dengan teliti, perkara yang bakal mereka lakukan dan akibat yang bakal terjadi berdasarkan panduan ayat-ayat Tuhan berikutnya.

Perubahan Polisi Kewangan Sebagai 
Sambutan Terhadap Kempen Hijau

Permukaan bumi semakin banyak mendatangkan masalah. Gelinciran tanah bukit atau gunung, kuantiti hujan dan kejadian hujan yang semakin banyak terjadi, banjir besar, ribut taufan dan kejadian puting berliung, kehangatan yang bertambah-tambah, kerosakan hidupan laut serta lautan, semua itu dijadikan alasan untuk melaksanakan kempen hijau. Lalu dipersalahkan kandungan gas karbon dioksida yang semakin meningkat di udarakasa dan dilupai punca-punca lain seperti pertambahan kandungan amoniakal nitrogen di permukaan bumi dan di udarakasa dan juga kadar pembebasan haba ke persekitaran yang tidak dapat dikawa rapi.

Kandungan wap metana yang tinggi yang dikatakan dapat memerangkap haba, dijadikan alasan supaya aktiviti penternakan dikurangkan. Pernah suatu ketika dahulu terdapat pihak berkuasa di Australia mengeluarkan tawaran kepada sesiapa yang dapat mengurangi bilangan unta-unta yang berkeliaran. mereka akan diberi hadiah. Najis unta dipersalahkan kerana dikatakan menjadi punca kepada banyaknya pembebasan wap metana yang dikatakan menjadi penyebab suhu di negara itu meningkat.

Sekarang ini gas karbon dioksida dipersalahkan kerana dikatakan menjadi punca kepada peningkatan suhu kehangatan sejagat. Perlepasan gas karbon dioksida didapati berpunca daripada asap kenderaan, untuk tujuan di dapur dan daripada aktiviti pembakaran di kilang-kilang. Maka pembuat polisi-polisi kewangan dunia mula melihat peluang ini dengan mencadangkan had karbon dioksida harus digunakan sebagai penentu kepada kawalan matawang negara-negara. Lalu dicadangkan bond berasaskan karbon, supaya negara-negara ahli, terikat untuk tidak sewenag-wenangnya melepaskan sebilangan kuantiti karbon dioksida ke persekitaran. Perlepasan gas karbon dioksida pastinya memerlukan bayaran tertentu. Kiranya sebelum ini mereka yang menggunakan tandas memerlukan bayaran, sedikit hari lagi mereka yang mahu melepaskan gas karbon dioksida daripada hembusan nafas mereka juga barangkali memerlukan bayaran tertentu. Bagaimana pula mereka yang mahu melepaskan angin daripada perutnya yang tentunya bukan sahaja mengandungi gas karbon dioksida bahkan wap metana?

Penghasilan Produk-produk Yang 
Dikatakan Mesra Alam

Insentif bakal diberi kepada pengusaha-pengusaha yang dapat menghasilkan mesinari bersifat mesra alam. Enjin kenderaan mesra alam, peralatan elektrik mesra alam, tanaman dan kaedah pertanian dan penternakan mesra alam, projek perumahan mesra alam dan akhirnya kepada penghasilan sampah sarap mesra alam. Adakah usaha seperti ini akan dapat membuahkan hasil dengan segera? Kiranya kerosakan alam yang terjadi selama ini adalah secara beransur-ansur dan atas perkara yang sebenarnya manusia tidak atau kurang sedari, jadi apakah langkah segera supaya pemulihan dapat berlaku dengan kadar yang lebih cepat? Apakah panduan yang harus dituruti? Adakah panduan ahli sains yang masih terkial-kial mencari jawapan ataupun panduan daripada kitab Tuhan? Kitab Tuhan yang telah sekian lama kita tinggalkan haruslah dirujuk kembali secara lebih teliti.

Kebanyakan bahan-bahan yang disebutkan di atas digunakan oleh manusia untuk tujuan tersendiri dan mesinari yang paling banyak melepaskan gas karbon dioksida adalah enjin kenderaan. Dengan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis berasaskan riba dan pajakan, kita dapati kesan sampingannya sekarang ini, bahawa aktiviti pengangkutan di atas jalanraya adalah merupakan aktiviti paling pesat. Manusia sanggup mengikat perut untuk tujuan membayar hutang kenderaan asalkan mereka dapat berada di atas jalanraya. Jalanraya menjadi tempat paling tercemar dengan perlepasan gas karbon dioksida, karbon monoksida, gas-gas berasaskan sulfur serta bahan cemar plumbum. Semua ini dikatakan menjadi sebab kepada kerosakan alam sekitar dan dapat menjejaskan kesihatan manusia. 

Manusia pula dikatakan amat-amat memerlukan pengangkutan. Lebih luas edaran suatu produk - yang sebenarnya memerlukan kos pengangkutan - lebih banyak transaksi dapat terjadi. Dalam hal ini perjalanan jauh diperlukan dan manusia telah memanfaatkan sistem laluan sedia ada untuk merancakkan lagi perniagaan mereka. Semua ini sebenarnya membentuk perubahan sikap manusia yang mahu memonopoli segala sesuatu yang berkaitan hasil usaha mereka. Marilah kita kaji kesan sedemikian kepada persekitaran kehidupan manusia yang sebenarnya terdapat contoh yang telah terjadi kepada penduduk negeri Sabak.

Penulis tidak setuju dengan kenyataan bahawa
pemanasan sejagat tidak berlaku. Tetapi penulis
sangat setuju, bahawa kempen pemanasan
sejagat digunakan untuk menipu.

No comments:

Post a Comment

Popular