Terdapat berbagai-bagai versi Islam. Ada
Islam Sunnah, ada Islam Syi’ah dan pelbagai jenis Islam lagi. Semuanya mengaku
menyembah Allah. Bahkan terdapat berbagai-bagai versi Allah yang semuanya
menjurus kepada Allah yang berlainan. Allah zaman nabi, menurunkan wahyu yang tidak
membenarkan sebarang aktiviti perniagaan yang disulami dengan aktiviti riba.
Allah zaman ini pula dikatakan mengizinkan amalan riba untuk dilaksanakan di negara
ini seolah-olahnya ianya suatu pengecualian. Allah manakah yang harus disembah? Adakah Allah yang
sedia wujud pada zaman nabi atau Allah baru yang wujud pada zaman ini.
Terdapat pelbagai versi Islam, masing-masing
mereka menyembah Allah yang berlainan.
Perkara ini tentunya menjurus kepada konsep
peribadatan. Di negara yang aktiviti riba dihalalkan bahkan dinamai sebagai salah
satu aktiviti dalam sistem perbankan Islam, perkataan riba telah ditukarkan
kepada perkataan lain yang berbau syar’ie. Sebaik sahaja aktiviti riba
dihalalkan, muncul pula pengumpulan dana sukuk bagi menyokong aktiviti riba
yang sedia wujud, yang pasarannya dibuka kepada golongan kapitalis tanpa mengira apajua agama mereka. Akibat
besar yang terjadi selepas itu adalah penguasaan kerohanian umat demi untuk
menjayakan agenda kapitalis. Suatu agenda yang telah sekian lama dirancang
melalui 'ulama-ulama' yang dilatih khas. Kita akan melihat kesannya dalam sedikit
masa lagi.
Untuk memahami kejadian yang bakal berlaku
kepada umat manusia secara umumnya dan kepada umat Islam secara khususnya, kita
harus merujuk kembali kepada kandungan kitab suci umat ini iaitu Al-Qur’an.
Namun dalam hal ini, cara bacaan Al-Qur’an manakah yang harus kita rujuk? Sejak
dahulu lagi syari’at Islam dijadikan alasan untuk umat ini bermusuhan. Bermula
atas tujuan dunia yang berselindung di sebalik perkara hudud hingga kepada
pertikaian dalam hal selawat kepada ahli keluarga RasululLah S.A.W., akhirnya
umat ini kehilangan rujukan dalam agama mereka sendiri, iaitu memahami
Al-Qur’an menurut cara bacaan yang benar dan bukannya bacaan menurut cara yang
sengaja dijadikan rumit untuk difahami.
Kesimpulan
Kiranya kira teliti cara pengambilan kefahaman ayat-ayat Al-Qur’an menurut kefahaman jelas memperjelas, dari satu salinan ayat sebelum kepada ayat yang disalin sesudah itu (nasakh), kita akan dapati terlalu banyak pelajaran baru yang dapat diambil daripada suatu himpunan ayat.
Berapa ramaikah mereka yang menyalahi agama,
semata-mata kerana cara bacaan yang tidak benar?
Kesimpulan
Kiranya kira teliti cara pengambilan kefahaman ayat-ayat Al-Qur’an menurut kefahaman jelas memperjelas, dari satu salinan ayat sebelum kepada ayat yang disalin sesudah itu (nasakh), kita akan dapati terlalu banyak pelajaran baru yang dapat diambil daripada suatu himpunan ayat.
No comments:
Post a Comment