ﻮ ﻤﻦ ﻳﺰﻍ ﻤﻨﻬﻢ ﻋﻦ ﺍﻤﺮﻨﺎ ﻨﺬﻗﻪ ﻣﻥ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﺴﻌﻳﺮ
Dan barangsiapa yang ia menyeleweng daripada mereka tentang urusan Kami, Kami rasakan akannya daripada azab yang membakar.
Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.
Dalam ayat ini, azab yang dikenakan kepada golongan menyeleweng adalah daripada bangsa jin. Bentuk azab yang dinyatakan dalam ayat ini adalah secara segera. Penulis tidaklah dapat menjelaskan bentuk azab yang ditimpakan kepada golongan jin yang menyeleweng itu. Keistimewaan yang Tuhan kurniakan kepada Nabi Sulaiman A.S. adalah merupakan kehinaan terhadap bangsa jin. Bangsa jin telah diperintahkan untuk bekerja sebagai hamba abdi di hadapan Nabi Sulaiman A.S. sehingga mereka menyangka bahawa azab yang menimpa mereka, apabila mereka ingkar perintah, adalah kesan amalan sihir yang baginda lakukan. Baginda tidak mengamalkan sihir bahkan syaitanlah yang mengamalkan sihir sebagai satu manifestasi keingkaran kepada Tuhan.
Kurniaan Tuhan kepada Sulaiman A.S.
bukanlah sihir.
bukanlah sihir.
i. Hikmah Penguasaan Nabi Sulaiman
A.S. Terhadap Bangsa Jin Suatu
Ketika Dahulu.
Penulis telah jelaskan sebelum ini
tentang teknologi Nabi Daud A.S. dalam usaha baginda memanipulasi logam besi
dengan cara melembutkannya. Seterusnya penulis telah nyatakan tentang perkara
yang dilakukan oleh Nabi Sulaiman A.S. melalui teknologi bangsa jin yang
baginda kuasai. Mengapakah pemberitaan seperti ini diperolehi daripada
Al-Qu’ran? Di manakah peranan umat Islam selama ini dalam usaha mempelajari dan
menggunakan teknologi daripada Nabi Daud A.S. dan Nabi Sulaiman A.S. untuk
tujuan penerbangan dan sebagainya?
Akhirnya setelah keagungan kekhalifahan umat Islam lenyap, mereka masih
ditakuk lama dan tidak memperolehi apa-apa daripada Al-Qur’an untuk tujuan
tersebut. Ilmu tentangnya diperolehi sendiri oleh golongan ingkar melalui
aktiviti penyelidikan dan pembangunan mereka. Atas kelemahan umat Islam sendiri
pada masa ini, mereka masih kekal dijajah daripada penjajahan minda hinggalah
kepada penjajahan ekonomi.
Namun teknologi yang diusahakan
oleh golongan ingkar dalam kalangan manusia pada masa ini, masih dapat
dikatakan rendah serta ketinggalan zaman berbanding teknologi yang diusahakan
oleh bangsa Jin. Kelebihan teknologi bangsa jin yang seringkali disaksikan oleh
sebahagian manusia masa kini, seringkali disalah anggap sebagai teknologi makhluk
asing yang datang dari luar planet bumi. Manusia terutama daripada golongan
bukan Islam, tidak memiliki cukup idea tentang latar belakang teknologi
sedemikian rupa ataupun tentang latar belakang ‘makhluk asing’ itu sendiri.
Dengan berbekalkan petunjuk Tuhan melalui Al-Qur’an, perkara sedemikian sebenarnya
terdapat penjelasan yang agak teliti.
Menyampaikan perkara tentang
‘makhluk asing’ ini kepada manusia seluruhnya dikatakan akan mengakibatkan
letupan minda. Tiba-tiba sahaja dikatakan terdapat makhluk canggih selain
manusia, yang telah mendahului manusia darihal teknologi penerbangan dan
penjelajahan ke jasad kalestial angkasa lepas seperti bulan. Kecanggihan
teknologi makhluk asing sedemikian rupa telah cuba ditakrif sebagai “bahawa
makhluk ini adalah lebih pintar, lebih bertamadun dan lebih arif tentang alam
berbanding manusia sendiri”. Seterusnya ditimbulkan persoalan yang awal-awal
lagi telah diduga iaitu apakah agama mereka? Kiranya mereka beragama, siapakah
yang mereka sembah? Adakah mereka bersolat menghadap kiblat seperti kita?
Adakah mereka menyembah Jesus? Kiranya mereka tidak beragama, mengapa pula perlu
manusia, yang dikatakan kurang canggih berbanding mereka untuk hidup beragama?
Mengapakah manusia yang kurang canggih memerlukan pakaian yang menutupi tubuh
mereka, sedangkan makhluk asing yang bertelanjang bulat itu dapat maju jauh
lebih canggih berbanding manusia? Dan pertikaian paling penting sekali, sejauh
manakah kebenaran kitab suci umat ini yang menyatakan bahawa manusia adalah
rekaciptaan Tuhan paling sempurna? Kiranya perkara tentang kecanggihan makhluk
asing itu diterima manusia, tentunya akan terdapat ramai daripada umat beragama
dikatakan akan murtad kerana menerima pakai kata-kata makhluk asing, yang
menganggap bahawa agama adalah suatu dogma semata-mata. Dapatkah Al-Qur’an
menjawab persoalan-persoalan ini? Sebenarnya Al-Qur’an telah memberi gambaran
tentang perkara 'makhluk asing' ini sejak zaman Nabi Sulaiman A.S. lagi.
Masih ingat futej ini? Kiranya perkara
yang disampaikan makhluk ini diterima
manusia, tentunya akan mencabar
ajaran agama.
yang disampaikan makhluk ini diterima
manusia, tentunya akan mencabar
ajaran agama.
ii. Mengapa Teknologi Bangsa Jin Yang
Digunakan Nabi Sulaiman A.S. Sehingga
Kini Masih Tidak Diwarisi Oleh
Mana-mana Pentadbiran Manusia?
Digunakan Nabi Sulaiman A.S. Sehingga
Kini Masih Tidak Diwarisi Oleh
Mana-mana Pentadbiran Manusia?
Kesombongan daripada petunjuk Tuhan
melalui Al-Qur’an, menyebabkan umat ini tidak memperolehi teknologi yang telah
Nabi Sulaiman A.S. manfaatkan dan juga pelbagai bentuk teknologi masakini yang
dipelopori oleh golongan ingkar. Pada hari ini, umat ini terutamanya umat Islam
telah mengambil Al-Qur’an sebagai sesuatu yang ‘mahjoora’ iaitu dipindahkan
ataupun dijauhi. Usaha memahami Al-Qur’an dan mengambil pelajaran tertentu daripada
ayat-ayat tertentu dianggap sebagai perbuatan bid’ah. Akhirnya bid’ah besar
terjadi kepada umat ini apabila menganggap bahawa penemuan saintis-saintis
Barat adalah suatu yang harus dijadikan ukuran untuk mengesahkan kebenaran
Al-Qur’an.
No comments:
Post a Comment