ﻳﺠﺒﺎﻝ ﺍﻭﺑﻰ ﻣﻌﻪ ﻭ ﺍﻟﻄﻴﺮ ﻭ ﺍﻟﻨﺎ ﻟﻪ ﺍﻟﺤﺪﻳﺪ
Wahai gunung-gunung, ulang-ulangilah olehmu bersamanya, dan akan burung-burung itu dan Kami lembutkan baginya, akan besi.
(sambil Kami berfirman), “Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!” Dan Kami juga telah melembutkan besi baginya;
Apakah perkaitan antara gunung, burung dan besi? Hal ini berkaitan keupayaan Nabi Daud A.S. memperolehi besi daripada bijih besi dan hal yang sebenarnya, teknologi yang baginda gunakan, mengatasi kaedah yang sedia diamalkan secara meluas masa kini. Pada masa itu, belum ada asas-asas ilmu moden sepertimana yang telah dibangunkan oleh umat masa kini. Teknologi yang dikenal pasti pada masa itu adalah teknologi bangsa Jin lantaran mereka telah berada di bumi ini lebih dahulu daripada manusia.
Futej ini dikatakan diperolehi dari NASA. Siapakah
yang menembak dan siapakah yang ditembak?
Siapakah mereka ini yang memiliki teknologi
yang hebat sebegini, kalau bukan bangsa Jin yang
telah mendahului kemajuan manusia?
i. Bukan Bermaksud Untuk Mengagungkan
Teknologi Bangsa Jin
Penulis tidak bermaksud untuk mengagung-agungkan teknologi bangsa Jin, kerana mereka juga seperti manusia, mempelajari sedikit demi sedikit berdasarkan pengalaman mereka. Sehingga akhirnya mereka menghasilkan suatu teknologi, yang manusia masakini merasakannya sebagai canggih. Ayat-ayat Al-Qur’an daripada surah As-Sabak, yang akan kita pelajari dalam beberapa ayat selepas ini, bukanlah bertujuan untuk mendedahkan rahsia cara mana mereka membangunkan teknologi. Tetapi lebih kepada pengambilan langkah berhati-hati, bagaimana suatu pembangunan itu harus dilaksanakan dan dijagai.
yang menembak dan siapakah yang ditembak?
Siapakah mereka ini yang memiliki teknologi
yang hebat sebegini, kalau bukan bangsa Jin yang
telah mendahului kemajuan manusia?
i. Bukan Bermaksud Untuk Mengagungkan
Teknologi Bangsa Jin
Penulis tidak bermaksud untuk mengagung-agungkan teknologi bangsa Jin, kerana mereka juga seperti manusia, mempelajari sedikit demi sedikit berdasarkan pengalaman mereka. Sehingga akhirnya mereka menghasilkan suatu teknologi, yang manusia masakini merasakannya sebagai canggih. Ayat-ayat Al-Qur’an daripada surah As-Sabak, yang akan kita pelajari dalam beberapa ayat selepas ini, bukanlah bertujuan untuk mendedahkan rahsia cara mana mereka membangunkan teknologi. Tetapi lebih kepada pengambilan langkah berhati-hati, bagaimana suatu pembangunan itu harus dilaksanakan dan dijagai.
“Al-Qur’an bukanlah buku teknologi tetapi buku panduan darihal agama, tentang corak kehidupan yang harus manusia lalui.”
Yang menjadi rosaknya sebuah pembangunan negara atau negeri itu, bukanlah atas sebab mereka mengamalkan suatu kaedah yang dikatakan sebagai ketinggalan, tetapi atas sebab-sebab sikap penduduk itu sendiri yang condong untuk menolak panduan Tuhan dalam berpenghidupan, serta membesarkan hawa nafsu sendiri. Akibatnya, secanggih manapun sesuatu teknologi itu diamalkan, perkara pasti yang bakal terjadi ialah, teknologi berkenaan tidak akan dapat digunakan untuk menghalang kemusnahan tempat-tempat kediaman serta diri-diri mereka sendiri.
ii. Umat Beragama Bukanlah Yang Menyembah Teknologi.
Kita tidak perlu pergi jauh untuk menyaksikan perkara seperti ini. Sebagai contoh, penggunaan media sosial tanpa kawalan, telah membawa bencana sosial yang besar di negara ini. Bukan salah teknologi, bukan salah peralatan tetapi salah diri sendiri, salah kepimpinan yang tidak pernah melebar luaskan tunjuk ajar, cara guna yang betul terhadap peralatan yang diserahkan kepada mereka. Tentang undang-undang yang perlu dimaklumi dan dipatuhi, tentang catatan rekod perhubungan yang dilakukan, bukan setakat untuk tujuan pengebilan sahaja tetapi juga sebagai bahan bukti, semuanya itu telah diabaikan begitu sahaja. Kiranya dahulu, bukan sahaja pemilikan kenderaan memerlukan lesen, pemilikan radio dan televisyen juga memerlukan lesen. Namun di manakah lesen seperti itu sekarang ini untuk penggunaan peralatan komunikasi? Kiranya berkomunikasi melalui radio HF memerlukan lesen dan tatacara tertentu, penggunaan media sosial berasaskan talian internet juga sebenarnya harus dikawal rapi. Mereka yang tidak tahu undang-undang atau tidak beradab sopan, tidak harus diserahkan kepada mereka, kuasa mengendalikan peralatan media sosial.
Akhir sebuah rancangan sedemikian adalah keruntuhan sistem kekeluargaan yang merupakan unit asas sesebuah masyarakat. Umat yang terhasil daripada salah guna teknologi komunikasi adalah mereka yang menyembah hawa nafsu serta mengutamakan keseronokan dunia. Mereka tidak perduli dengan peningkatan mendadak kelahiran anak-anak luar nikah, perpindahan harta manusia dengan jalan tidak benar, pencerobohan maklumat kritikal dan sebagainya. Bahkan bagi mereka yang berkedudukan, mereka tidak perduli tentang nasib kareer politik mereka sendiri, kerana tetap membiarkan fitnah tersebar merata-rata dengan membiarkan keburukan bermaharajalela.
Dalam hal ini, sebahagian ahli masyarakat kini, telah tidak berupaya mengawal diri mereka sendiri. Kita memerlukan campur tangan dan kawalan pihak pemerintah untuk melakukan perubahan mendadak dalam mengawal penggunaan teknologi sedemikian. Masakan tidak, kejadian zina secara ‘online’ akan menjadi wabak yang tidak dapat dibendung, atau kita akan menyaksikan sebuah kemusnahan dalam hubungan sosial yang tiada lagi jalan mudah untuk diperbaiki.
Teknologi yang tidak dikawal rapi, akhirnya
hanya menjanjikan suatu kemusnahan.
iii. Pelbagai Terjemahan Bagi Perkataan ﺍﻭﺑﻰ
Yang Harus Diperhatikan
Bermula penerangan penulis adalah daripada perkataan ﺍﻭﺑﻰ sebagaimana yang didapati daripada ayat, yang menjadi tajuk muka surat ini.
a. Terjemahan Asal Pertama Sebagai Ulangan Sebutan.
Berdasarkan kebanyakan terjemahan, pembaca akan dapati usaha Nabi Daud A.S. melakukan pekerjaan melembutkan besi, adalah berkaitan dengan perkataan ﺍﻭﺑﻰ yang dapat dirujuk sebagai mengulang-ulangi sebutan seperti zikir atau tasbih kepada Tuhan. Pada ayat sambungan selanjutnya, perbuatan mengulang-ulangi sebutan sedemikian juga dilakukan oleh burung-burung, yang dikatakan terlibat secara langsung. Tentunya keadaan ini dapat difahami sebagai mukjizat yang Allah S.W.T. kurniakan kepada Nabi Daud A.S. Demikianlah bentuk terjemahan utama dalam kebanyakan terjemahan yang ditemui.
b. Terjemahan Kedua Sebagai Bertasbih (Kepada Tuhan)
Dalam terjemahan lain pula, perkataan ﺍﻭﺑﻰ diterjemahkan terus sebagai bertasbih kepada Tuhan. Demikian itu cara terjemahan ﺍﻭﺑﻰ telah mengambil tafsiran secara ayat dengan ayat menerusi rujukan terus daripada surah Al-Anbiya ayat 79. Kefahaman yang diperolehi secara ringkasnya, dapat dijelaskan sebagai “Tuhan mengarahkan gunung-gunung untuk menuruti Nabi Daud A.S. menyebut zikir atau bertasbih memuji Tuhan. Begitu juga dengan burung-burung melakukan perbuatan yang serupa”. Penulis dan mungkin juga pembaca, tidak akan dapat menjelaskan bagaimana sebenarnya amalan berzikir atau bertasbih yang dilakukan oleh gunung-gunung dan burung-burung itu.
iv. Teknologi Melembutkan Besi
Sebutan seterusnya dalam ayat ini adalah berkaitan dengan kurniaan Tuhan kepada nabi Daud A.S. iaitu keupayaan baginda melembutkan besi. Adakah perkara tersebut berkaitan? Mungkin pembaca memiliki fahaman tersendiri. Namun, antara perkara yang difahami penulis bahawa satu-satu perkataan dalam ayat Al-Qur’an, adalah saling berhubung kait antara perkataan sebelum dengan perkataan sesudah, oleh itu suatu kefahaman dapat dihasilkan daripada perkaitan berkenaan. Berdasarkan kenyataan terdapat dua bentuk terjemanan yang berbeza, yang sebenarnya sangat mendekati, marilah kita rujuk terjemahan secara harafiah yang diambil terus dari kata Bahasa Arab.
Perkataan ﺍﻭﺑﻰ datang daripada perkataan asal ﺍﻭﺑ yang bererti ulangan bunyi yang dapat diringkaskan dengan sebutan “bergema”. Corak terjemahan menjadi lebih sesuai dengan adanya perkataan selepas itu iaitu tentang burung yang dikatakan melakukan perkara yang serupa. Burung, pada rujukan pendengaran manusia, tidaklah mengeluarkan suara seperti sebutan yang manusia fahami. Burung hanya mengeluarkan bunyi yang disebut sebagai kicauan. Gema berulangan atau kicauan terhasil daripada getaran yang menghasilkan bunyi berterusan. Dalam hal ini ulangan yang membentuk bunyi, dalam bahasa Melayu disebut sebagai nada dan bahasa saintifiknya dikenali sebagai frekuensi.
Bunyi yang terhasil pada pertembungan frekuensi yang berkoheren, turut dipanggil gema.
Adakah perkataan ﺍﻭﺑﻰ bermaksud berfrekuensi bersama atau beraruhan bersama? Saya serahkan kepada pembaca sendiri untuk menilai secara kritis.
Bagaimana pula peranan burung-burung kiranya perkataan ﺍﻭﺑﻰ menjurus kepada makna beraruhan atau bergema dengan sumber bunyi yang dijanakan daripada sesuatu? Kefahaman himpunan ayat daripada surah ini harus mengambil kira secara menyeluruh, perkara-perkara yang turut disebutkan beberapa ayat selanjutnya dalam himpunan ayat daripada surah ini. Iaitu tentang rekabentuk yang dihasilkan menurut perintah Nabi Sulaiman A.S. Telah menjadi sebutan biasa pada masa ini bahawa ﺍﻟﻄﻴﺮ bukan sahaja merujuk kepada burung-burung, bahkan juga kepada sebarang objek yang dapat berada di udara seperti kapal terbang, jet pejuang, helikopter atau juga dron.
Batu yang dipotong membentuk acuan menggunakan
peralatan yang mengeluarkan bunyi pada keamatan
dan frekuensi tertentu. Futej ini menggambarkan
teknologi silam, jadi siapakah yang mempeloporinya?