و انهم ظنوا كما ظننتم
ان لن يبعث الله احدا
Dan bahawasanya mereka, telah menyangka mereka, sepertimana telah menyangka kamu, bahawa sekali-kali tidak, Ia membangkitkan oleh Allah akan seseorangpun.
Dan Bahawa Sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana Yang kamu sangka, Bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).
Sesungguhnya jin menuruti manusia dalam banyak perkara sehinggalah kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kepercayaan beragama. Sekiranya manusia memilih untuk ingkar kepada Tuhan, maka jin akan mempelajarinya daripada manusia untuk sama-sama mengingkari Tuhan. Dalam keadaan ini, tatkala sebilangan besar manusia menyembah teknologi maka jin akan turut mempelajari daripada manusia untuk menyembah teknologi. Sehingga kehidupan yang ditempuhi oleh jin adalah sepertimana kehidupan manusia, berkeluarga, berkerja dan menyandang pelbagai jawatan. Sebagaimana manusia, mereka tidak mahu menerima hakikat atau memikirkan soal-soal pembalasan. Sebab itulah, mereka terlibat dalam banyak kerja penganiayaan terhadap manusia, lantaran diarahkan manusia lain berbuat demikian. Perbuatan jahat mereka menutupi pintu hati mereka daripada beriman atau untuk menerima seruan keimanan. Oleh yang demikian, pendirian jin dalam beragama, adalah juga serupa sepertimana sebahagian besar manusia yang menuruti persangkaan belaka.
Dalam keadaan manusia banyak membincangkan perkara-perkara agama dan persoalan ghaib dengan merujuk kepada individu tertentu - yang suka memanipulasi keadaan, jin juga melakukan perkara-perkara yang serupa. Dengan berubahnya suasana dan generasi, sebahagian jin juga ‘mempelajari’ sesuatu daripada ‘agama’ mereka, sehingga kepada persoalan tentang kebangkitan akhirat. Sebagaimana masyarakat Arab dahulukala iaitu sebelum atau semasa awal kerasulan, rata-rata mereka tidak mengetahui tentang kebangkitan akhirat dan persangkaan sedemikian juga menular dalam kalangan jin. Oleh itu, bangsa jin tidak boleh dijadikan rujukan tentang perkara-perkara ghaib dan juga persoalan-persoalan tentang kehidupan akhirat. Dengan itu, tidak wajar manusia mempelajari perkara-perkara agama daripada bangsa jin melainkan mengarahkan sebahagian jin untuk mempelajari agama daripada individu tertentu dalam kalangan mereka.
i. Kebangkitan Di Alam Akhirat :
Suatu Pernyataan Yang Hilang
daripada Kamus Manusia dan Jin
Dalam melakukan pertimbangan terhadap perkara-perkara ghaib, sama ada dalam kehidupan manusia atau jin, mereka sering menghubung-kaitkan perkara-perkara ghaib dengan rutin kebiasaan seharian. Sebagai contoh, kematian tidak pernah menunjukkan kepada mereka erti kehidupan semula. Mereka tidak pernah menempuh pengalaman sehingga mendapati bapa-bapa mereka yang telah meninggal dunia, kembali semula kepada mereka dari tanah perkuburan - lalu mengkhabarkan kepada mereka keadaan di alam barzakh. Bahkan mereka tidak bersedia untuk menghadapi keadaan sedemikian sekiranya berlaku. Yang demikian itu, kebanyakan daripada manusia dan jin membenci kematian dan mereka enggan membincangkannya secara terang-terangan melainkan kepada mereka yang beragama dan mempercayai tentang perkara ghaib itu dengan keyakinan tertentu.
Manusia secara umumnya melihat pengalaman kematian sebagai pengalaman orang lain, sehingga mereka hanya mempercayai perkhabaran rasul-rasul tertentu, sekiranya rasul-rasul itu dapat menunjukkan mukjizat seperti menghidupkan orang yang telah lama mati sebagaimana mukjizat Nabi ‘Isa A.S. Hakikat tentang kejadian kebangkitan akhirat sebenarnya dapat diperolehi dengan meneliti pengalaman yang empunya diri, selalunya melalui amalan-amalan kerohanian tertentu seperti amalan bersuluk. Namun ketelitian seseorang dalam amalan seperti itu adalah amat perlu, dengan melalui panduan guru kerohanian tertentu, supaya kenyataan-kenyataan pengalaman yang disampaikan oleh seseorang selepas itu, tidak harus mendorong kepada sesuatu yang bertentangan dengan syari’at Tuhan.
ii. Ajaran Tatasusunan Dunia Baru

yang Menolak Kepercayaan
Kebangkitan di Akhirat
Kebangkitan di Akhirat
Asas kepercayaan ini telah ditulis pada wang kertas US satu dollar dengan perkataan “NOVUS ORDO SECLORUM” yang bermaksud “New Secular Order”, iaitu suatu kempen yang memisahkan antara agama dan pemerintahan dan meletakkan urusan agama di bawah pemerintahan. Wang kertas itu juga disertai dengan lambang piramid projek masonik yang hampir siap dengan gambar satu mata terapung-apung di atas piramid berkenaan. Demikian ini adalah projek besar mereka yang mereka inginkan, supaya projek ini sedia diterima oleh seluruh manusia. Wang kertas USD1 adalah wang yang sangat mudah beredar dalam kalangan rakyat dan juga penduduk dunia. Mereka kini telah berjaya meletakkan pentadbiran gereja terbesar Kristian Katolik di Vatican di bawah pentadbiran mereka dan mereka telah meletakkan simbol mata satu dan salib terbalik sebagai simbol baru dalam agama Kristian. Kini mereka telah bekerja keras untuk meletakkan pentadbiran umat Islam untuk berada di bawah pengaruh mereka.
Setakat ini mereka telah berjaya membangunkan mercu-mercu tanda yang mempamerkan lambang mereka di seluruh dunia dengan menara-menara di Amerika Syarikat, menara perniagaan Al-Wafi di Dubai, perkelahan Sunway di Malaysia dan terlalu banyak di tempat-tempat lain. Di setiap rumah, mereka telah memberitahu kehadiran mereka melalui rancangan-rancangan televisyen melalui keluaran Nickelodeon seperti persembahan karton Spongebox, Wonder Pet, tayangan keluaran Walt Disney yang menjurus kepada lambang satu mata, lantai petak dam dan sebagainya. Semua ini adalah menjurus kepada kawalan sepenuhnya, corak kehidupan manusia dari rumah sehingga ke tempat bekerja dan daripada kanak-kanak hingga kepada orang tua.
Kempen mereka hanya satu iaitu mengejar kenikmatan dunia dan menidakkan adanya balasan ganjaran di akhirat. Nampaknya kempen mereka mulai berjaya sehingga di mana-mana sahaja, manusia, sama ada daripada golongan remaja, dewasa sehingga golongan tua tidak suka membincangkan perkara-perkara yang menjurus perkara agama, bahkan majoriti daripada umat Islam kini telah tidak mengambil peduli tentang masalah sosial, jenayah dan kejadian murtad yang semakin menjadi-jadi.
Agenda New World Order adalah suatu agenda
yang telah disusun sejak sekian lama
yang telah disusun sejak sekian lama
No comments:
Post a Comment