Perancangan Rahsia Oleh 'Kumpulan Rahsia'
Campurtangan bangsa Jin dalam institusi agama seringkali dijadikan suatu yang rahsia. Kita sangat sukar mendapatkannya dalam saluran rasmi milik kerajaan mana-mana negara. Pilihan yang ada adalah melalui laman yang disediakan oleh ahli-ahli teori konspirasi. Sikap pemimpin yang berusaha menolak penjelasan tentang perkara ini, akhirnya akan mengakibatkan wujudnya kumpulan-kumpulan pendokong teori konspirasi. Mereka akan berbincang antara mereka dengan suatu perbincangan yang serius yang akhirnya sampai kepada suatu kesimpulan yang kelihatan seakan karut. Penulis dalam menghadapi perkara ini suka untuk melihat, bahawa perkara yang terjadi dengan wujudnya sebilangan besar ahli teori konspirasi adalah bertujuan untuk mendapatkan jawapan seberapa hampir yang boleh terhadap persoalan – “apakah yang menjadi punca kepada sesuatu kejadian atau situasi itu berlaku?” dan “apakah perkara-perkara yang dijangka akan berlaku berdasarkan keadaan yang telah terjadi itu?”. Seterusnya, atas penerimaan yang pelbagai itu, "apakah persiapan yang harus dilakukan dalam menghadapi kejadian yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang?".
Ahli Teori Konspirasi Yang
Dijadikan Momokan.
Sebagai contoh, dalam menghadapi peristiwa 11 September, yang telah diketahui awal-awal lagi oleh pihak Rumah Putih sebelum berlakunya kejadian berkenaan, Presiden Amerika Syarikat telah menyelar golongan pendokong teori konspirasi sebagai pihak yang mereka-reka cerita pembohongan. Ahli-ahli teori konspirasi tentang 11 September (yang belum lagi muncul ketika itu), sudah dianggap sebagai pihak yang akan terseleweng dan dikatakan bakal cuba mengelirukan rakyat Amerika Syarikat dan penduduk dunia. Seolah-olah mereka itu adalah sekumpulan orang gila yang bakal muncul dengan idea gila, yang idea mereka tidak harus didengari.
Osama bin Laden Hanyalah Kambing Hitam
Dalam Peristiwa 911
Namun benar, setelah beberapa persoalan demi persoalan timbul daripada peristiwa itu dan Rumah Putih gagal memberi jawapan yang memuaskan hati ramai pihak, maka kemunculan pendukung-pendukung teori konspirasi 9/11 adalah sesuatu yang sudah dijangka. Mereka sebenarnya bukanlah pihak yang sangat sesat dengan idea-idea yang sangat mengarut. Hanya mereka berbincang sesama mereka tentang perkara yang mungkin menjadi penyebab kepada peristiwa yang terjadi dan perbincangan juga meliputi peristiwa sebenar kejadian. Akhirnya mereka sampai kepada kesimpulan yang merbahaya bahawa Rumah Putih sendiri terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Amerika Syarikat.
Kemudian mereka mula mencanang dengan suatu canangan yang besar bahawa keterlibatan pemimpin Amerika Syarikat adalah didorong oleh penguasaan Yahudi yang mahukan korban besar dilaksanakan, untuk melaksanakan perkara yang sedia terjadi sekarang ini. Maka bermulalah kisah-kisah pelik yang tidak pernah terfikir oleh manusia biasa tentang peristiwa itu. Sebenarnya bukan perkara mudah untuk meyakinkan golongan kebanyakan tentang sesuatu yang bukan pengalaman biasa mereka, kerana perkara berkenaan bukanlah merupakan sesuatu yang mudah untuk mereka terima. Mereka memerlukan penjelasan dan rujukan-rujukan yang boleh diterima pakai. Usaha kepimpinan untuk menutup kisah sedemikian antara alasannya adalah agar masyarakat tidak menjadi heboh sehingga menimbulkan kekalutan. Dalam beberapa kes, mereka sendiri sebenarnya terlibat dalam beberapa konspirasi atas tujuan tertentu. Sebenarnya mereka sendiripun tidak bersedia kiranya keterlibatan mereka diketahui ramai pihak.

No comments:
Post a Comment