ﻭﻗﺎﻟﻮﺍﺍﺗﺨﺬ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﻟﺪﺍﺳﺒﺤﻨﻪ
Dan telah berkata mereka, telah
mengambil Ia oleh Allah akan anak, Mahasuci Ia.
Dan mereka (orang-orang musyrik): “Allah
mempunyai anak”, Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu),
Bagaimanakah nasib pengakhiran sesebuah ajaran
agama yang diperlaku sedemikian rupa? Iaitu sistem hidup pengkastaan. Mereka
yang miskin dijadikan golongan hina dan dianggap sebagai beban kepada
masyarakat dan golongan atasan pula sentiasa berusaha meninggikan kedudukannya,
bahkan ada yang mendakwa telah sampai ke tahap dewa atau anak tuhan. Sistem hidup
sebegini telah berlaku ke atas masyarakat silam dan kesan-kesan arkeologi
bersejarah telah membuktikan perkara sedemikian.
Apa yang ingin penulis nyatakan adalah,
bermula daripada penggerogotan agama demi kepentingan golongan penguasa,
sekiranya dibiarkan, akhirnya akan membuka ruang kepada pembentukan masyarakat
berkasta. Kini kasta yang diwujudkan adalah sesuatu yang bersifat ekonomi
dengan golongan atasan membawa polisi yang menindas keseluruhan ahli
masyarakat. Pelbagai masalah timbul dan permasalahan yang berlaku tidak memberi
gambaran bahawa kehidupan dunia berada dalam kekuasaan Tuhan.
Sistem ekonomi riba yang dihalalkan menjadi sebab
wujudnya kasta ekonomi. Kesyirikan dalam agama pula
menjadi sebab wujudnya kasta pendewaan.
Apabila golongan agama sendiri menjadi perosak
agama, maka tunggulah kekecewaan ahli masyarakat terhadap ajaran agama yang
sejak sekian lama mereka anuti. Ahli agama menjadi perosak agama lalu ke
manakah lagi luahan harus ditujukan? Umumnya umat akan meninggalkan ajaran
agama sedikit demi sedikit dan kebahayaan akan terjadi apabila mereka mula
mempertikai agama berdasarkan logik akal yang terhad. Sama ada ahli agama itu
menyedari atau tidak, mereka sebenarnya turut terlibat dalam kerja merosakkan
agama dan seluruh sistem hidup akan terkesan kerananya.
Kesan pengkastaan yang diwujudkan dalam agama
yang berlaku, telah mengakibatkan hak beribadah dalam rumah ibadat terpilih,
hanya ditujukan kepada golongan eksklusif sahaja. Semua ini adalah langkah awal
yang menjurus kepada pemisahan umat berdasarkan status. Kesan besar yang
berlaku adalah, akan terdapat rumah-rumah ibadat yang hanya akan dibuka pada
masa-masa tertentu bahkan hanya kepada golongan sasaran tertentu sahaja. Rumah
ibadah bukan lagi tempat berkumpulnya umat manusia dari pelbagai latar
belakang sama ada untuk tujuan beribadah atau untuk mengadu hal.
Kesan jangka panjang adalah, rumah ibadah akan
semakin kurang dikunjungi umat. Kiranya kita buat perbandingan rumah ibadat
antara gereja dan masjid dan kita bandingkan keadaan tandas rumah-rumah ibadat
berkenaan, kita akan dapati secara umumnya tandas-tandas dalam gereja adalah
lebih bersih dan tersusun rapi berbanding keadaan tandas masjid. Ini
menunjukkan tandas di gereja kurang digunakan berbanding tandas di masjid
sehingga kurang berbau. Masjid masih menerima kunjungan ramai berbanding gereja
kerana ayat-ayat Tuhan lebih bebas untuk disampaikan di masjid. Namun kiranya
polisi pemisahan umat telah juga dilakukan di masjid dan masjid dijadikan
tempat eksklusif kepada golongan tertentu, akan sampai masanya masjid menjadi
sangat kurang dikunjungi dan keadaan tandas masjid tentunya akan menjadi lebih
bersih dan tersusun rapi sepertimana keadaan tandas gereja atau tandas dalam
bangunan yang kurang dikunjungi manusia. Walaupun perkara ini kelihatan tidak
begitu relevan untuk dibincangkan namun perkara ini sememangnya dapat memberi
gambaran keadaan yang telah berlaku.
No comments:
Post a Comment