ﺍﻟﻢﺗﻌﻠﻢﺍﻥﺍﷲﻟﻪﻣﻠﻚ
ﺍﻟﺴﻤﻮﺕﻭﺍﻻﺭﺽ
ﻭﻣﺎﻟﻜﻢﻣﻦﺩﻭﻥﺍﷲﻣﻦﻭﻟﻰﻭﻻﻧﺼﻴﺮ
Adakah telah tidak engkau mengetahui bahawa Allah bagiNya kerajaan lelangit dan bumi dan tiada bagi kamu daripada selain Allah daripada (sebarang) pelindung dan tidak (juga) penolong?
Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapa pun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.
Ayat sebelum ini menjelaskan tentang kekuasaan Tuhan atas segala sesuatu, mengiringi ayat sebelumnya yang menerangkan tentang nasakh. Kehadiran ayat seperti ini dapat memberi tafsiran bahawa kontak ayat sedemikian adalah tentang pembentukan kerajaan. Salinan ayat seperti ini juga diperolehi daripada surah Al-Mulk ayat pertama. Untuk menguatkan lagi tafsiran tentang pembentukan kerajaan, ayat 2:107 ini mengulangi kembali tentang kerajaan Tuhan yang meliputi langit dan bumi.
i. Sifat Tuhan Maha Berkuasa - Sesuatu
Yang Berkait Dengan Pembentukan
Kerajaan.
Tentang kekuasaan Tuhan dan pembentukan kerajaan langit dan bumi, telah dijelaskan secara panjang lebar dalam surah Al-Mulk. Oleh itu membincangkan ayat 2:106 tentang perkara nasakh dan mansukh, tidak dapat tidak, haruslah menyentuh sesuatu yang berkaitan dengan pembentukan kerajaan dan polisi pemerintahan yang dibentuk. Penulis tidak berhajat untuk menafikan sebarang bentuk tafsiran lain kerana kedudukan sebenar tentang takwil sesuatu ayat, pengetahuan sedemikian ada di sisi Tuhan.
ii. Keporakan Pembentukan Kerajaan
Melalui Sistem Kapitalis dan Komunis
Kita dapati, polisi dalam pemerintahan seringkali berubah. Kita dapat menjangkakan selang beberapa dekad selepas ini, suatu bentuk pemerintahan baru yang mengamalkan pemerintahan dengan ideologi demokratik sosialis atau yang seumpama dengannya, akan muncul menggantikan pemerintahan demokratik kapitalis dan komunis sosialis. Perubahan akan berlaku apabila kehidupan bagi sesebuah masyarakat menjadi semakin terdesak. Di mana-mana jua sekarang ini, seperti di Ukraine, wilayah yang suatu ketika dahulu di bawah jajahan Soviet Russia - desakan membentuk sebuah wilayah demokrasi semakin memuncak dan begitu juga di negara-negara PIGS seperti Portugal, Itali, Greece dan Sepanyol – desakan kepada pembentukan sistem sosialis semakin diterima rakyat.
Sedikit tentang demokratik sosialis
Mujur terdapat negara kapitalis besar seperti Jerman dan Perancis yang sanggup memberi dana dalam jumlah yang sangat besar sebagai pinjaman bersyarat kepada negara-negara terbabit - untuk segera mengatasi masalah ekonomi mereka. Namun, kita dapat jangkakan dalam beberapa tahun lagi, pekej bantuan ekonomi berkenaan akan gagal, disebabkan sistem kapitalis yang masih mereka bangga-banggakan.
Punca Yang Membawa Krisis Hutang di Eropah
Sementara itu, serangan pihak Berikat terhadap Iraq dan Afghanistan, sebenarnya tidak mencapai matlamat membawa pemulihan ekonomi kepada negara-negara kapitalis terbabit. Lompong politik yang terbentuk di Iraq dan Syria, telah cuba diisi oleh pihak pemberontak yang dikatakan cuba menghidupkan perjuangan merampas pentadbiran negara melalui laungan jihad. Semua ini terbentuk kesan daripada kebangkitan Arab disebabkan kegagalan kapitalisma negara mereka dalam usaha mengamalkan dasar penjajah.
Kini dunia terpaksa berhadapan cabaran dari tiga arah. Pertama mereka terpaksa berhempas pulas memperbetul kepincangan sistem ekonomi kapitalisma mereka. Kedua, mereka berhadapan cabaran baru pemberontakan yang mengakibatkan kebanjiran pelarian perang dan pelarian ekonomi dan ketiga, perubahan cuaca dunia yang berlaku secara berterusan sehingga mengakibatkan peningkatan harga makanan.
Dalam hal ini, manusia harus kembali kepada sistem yang diperkenalkan menerusi ajaran agama. Hanya menerusi ajaran agama, keadaan sosial ahli masyarakat menjadi semakin terbela, alam sekitar semakin dapat dijaga dan kehidupan beragama umat dapat dibentuk. Bahagian terakhir daripada ayat Al-Qur’an yang dinyatakan pada bahagian ini menyatakan bahawa, pertolongan Tuhan kepada manusia dalam usaha memulihkan keadaan pemerintahan, hanya akan berlaku sekiranya manusia memilih bentuk pemerintahan yang diperolehi panduannya dari sisi Tuhan. Oleh itu perbincangan tentang nasikh dan mansukh, tidak harus merujuk kepada kesimpulan bahawa, terdapat ayat-ayat tertentu dalam Al-Qur’an yang ‘obsolete’ yang harus ditinggalkan.
iii. Contoh Pendekatan Kepada
Kefahaman Ayat
Adakah mengharap perlindungan serta pertolongan Tuhan itu dengan cara sentiasa berdoa? Bahkan! Perkara demikian harus mengambil kira dengan jalan berusaha mematuhi panduan Tuhan dalam usaha pembentukan kerajaan.
Dalam surah Al-Mulk yang berkaitan dengan pembentukan kerajaan, ada disentuh tentang perintah untuk manusia mengembara ke tempat-tempat bersejarah yang memaparkan peristiwa silam. Antara tujuannya adalah untuk manusia mempelajari tentang peradaban silam sehingga kepada kemusnahan sesebuah kerajaan. Bukan sahaja pengembaraan berkenaan akan berkait langsung dengan aktiviti pelancongan atau percutian, bahkan juga akan berkaitan pembentukan infrastruktur jalanraya yang perlu dibina dan juga kepelbagaian jenis kenderaan yang harus digunakan. Bermula daripada keperluan sedemikian, manusia memerlukan sistem perhubungan dan pengangkutan yang berkesan.
Perkara demikian tentunya berkaitan dengan teknologi dan perkembangannya. Sebagai contoh, untuk mengembara dengan lebih selesa, kita memerlukan sistem perjalanan yang baik. Sekiranya dahulu umat manusia menggunakan kemudahan pelayaran dengan mengambil perjalanan laut serta sungai-sungai dan perjalanan darat menggunakan haiwan tunggangan, kini semuanya telah berubah apabila kenderaan berjentera telah dihasilkan. Perkara utama yang menyebabkan terhasilnya kemudahan seperti ini adalah apabila manusia dapat memanipulasi penggunaan tenaga menerusi peralatan berteknologi di bawah kawalan kekuasaan.
Menurut hukum fizik yang masih diterima pakai,
tenaga tidak dapat dihasilkan begitu sahaja.
Adakah hukum ini masih boleh diterima pakai?
No comments:
Post a Comment