ما لكم لاترجون لله وقارا
Apa-apakah (yang ada) bagimu (sehingga) tidak kamu mengharapkan (apajua yang) bagi Allah suatu kemuliaan.
"Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), -
i. Mereka Sungguh Merasa Besar Diri
Berapa banyakkah yang kamu miliki sehingga kamu menjadi megah kerananya lalu kamu tidak mahu mengharap apa jua yang ada di sisi Tuhan. Berapa lamakah masa, kamu dapat merasai nikmat kehidupan di dunia ini? Adakah manusia akan dibiarkan begitu sahaja menempuh kehidupan sebebas-bebasnya? Di manakah generasi orang-orang tuamu dahulu pada waktu ini?
Memang begitulah sikap manusia yang mereka warisi sejak dahulu lagi. Hanya golongan beriman menyedari bahawa kehidupan dunia tidak kekal, ‘pemilikan’nya juga tidak kekal sehingga mereka menyerahkan semuanya kepada Tuhan dan hanyalah mereka itu pemegang amanah yang akan dipersoalkan. Golongan yang ingkar mengetahui yang demikian hanya mereka tidak menyedarinya.
RasululLah S.A.W., telah memperoleh kemuliaan dan begitu juga para sahabat baginda dan pengikut-pengikut sahabat dan seterusnya. Generasi terdahulu juga telah menemui kemuliaan sehingga dapat menguasai sekitar dua pertiga dunia hampir 1000 tahun.
ii. Kelemahan Umat Akibat Meninggalkan
Al-Quran
Selepas mereka bertelingkah sesama sendiri dan tidak menuruti perintah Tuhan untuk menghayati Al-Quran, umat ini menjadi lemah selemahnya hingga akhirnya mereka menerima nasib malang dijajah dalam tempoh yang sangat lama. Mereka ditimpa kehinaan di mana jua mereka berada dan seterusnya selepas dari zaman penjajahan, umat ini menjadi bercelaru dalam menempuh hidup akibat mereka tidak mengambil kembali sistem Tuhan.
Lalu mereka menuruti sistem yang disediakan penjajah yang akhirnya membawa mudharat besar terhadap alam ini dan begitu juga kehidupan manusia secara umumnya. Tanyalah kepada sesiapa sahaja dalam kalangan umat ini, mengapakah bukan mereka yang merupakan penentu harga terhadap keluaran dari negara mereka sendiri berupa getah, minyak sawit serta hasil petroleum? Jadi, apa yang nak dimegahkan dengan pemilikan semua itu sekiranya kita sendiri tidak dapat menentukan harganya serta kuota pengeluarannya?
No comments:
Post a Comment