و انه لحسرة على الكفرين
Dan sesungguhnya ia benar-benar suatu kerugian atas orang-orang yang ingkar.
dan Sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang Yang kafir (semasa mereka menerima balasan).
i. Mereka Meninggalkan Petunjuk Tuhan Jauh-jauh.
Mereka tidak meredhai melaksanakan perniagaan melalui jalan benar. Mereka menambah-nambah bebanan diri mereka dengan sistem riba yang berterusan. Sehingga mereka melupakan kepentingan bersadaqah sesama mereka dan bermujahadah di jalan Tuhan. Golongan mewah mereka, hanya mementingkan kemewahan yang akan ditambah secara terus menerus, membuat pelaburan kepada institusi kewangan sehingga melipat gandakan kerja-kerja pembangunan secara berleluasa. Mereka meninggalkan petunjuk Tuhan sejauh-jauhnya.
ii. Akibat Yang Terjadi atau Bakal Terjadi
Akhirnya banyak kejadian tanah runtuh berlaku. Bekalan air terjejas hanya untuk beberapa minggu hujan tak turun. Kepanasan melampau-lampau berlaku pada musim kemarau. Pasaran hartanah merudum disebabkan penawaran pasaran melebihi permintaan pasaran benar secara keseluruhannya. Aset kekal sukar untuk dicairkan. Nilai wang berbanding komoditi benar seperti emas mengecil kesan daripada defisit. Kehidupan rakyat secara merata menjadi bertambah susah. Jenayah meningkat dengan ketara meningkatkan belanja keamanan negara. Kestabilan politik dan ekonomi tergugat meningkatkan belanja politik negara. Inflasi barangan menjadi-jadi menambahkan meluat rakyat kepada pemerintah. Segala usaha adalah bertujuan untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya tanpa memperduli kualiti produk. Pemakanan dicemari dengan bahan-bahan tambah yang memudharatkan. Penyakit yang menimpa masyarakat membawa bebanan kepada negara atas peningkatan belanja kesihatan. Atas kesan inflasi yang teruk, rakyat mengurangkan perbelanjaan. Kitaran ekonomi terjejas dan cukai yang harus dibayar kepada kerajaan juga merosot dan akhirnya, peluang pekerjaan juga merosot. Akhirnya, apabila harga bahan bakar merosot, permintaan terhadap produk-produk masih dalam keadaan rendah kerana rakyat kurang wang. Semua penyelesaian masalah, terdapat dalam kitab suci.
iii. Bencana Yang Memparahkan Suasana Al-Qari'ah
Dengan keadaan pencemaran yang teruk, akhirnya menjadi penyebab kepada parahnya suasana peristiwa Al-Waqi’ah yang ada hubungannya dengan peristiwa Al-Qari’ah menjurus kepada kejadian Al-Haqqah. Dengan kejadian demikian akan tercatatlah, kerja-kerja kerosakan golongan yang ingkar sebagai suatu amalan yang dicatatkan kepada mereka apabila mereka dibangkitkan nantinya di akhirat kelak. Mereka akan menghadapinya sebagai suatu penyesalan yang tidak ada kesudahan. Sekiranya bumi kediaman mereka, mereka sendiri sanggup rosakkan, betapa mereka akan menggunakan pengalaman sedemikian sekiranya mereka diberi peluang kehidupan sekali lagi di sana nanti. Hanya dengan beriman kepada ayat-ayat Tuhan akan mendorong seseorang untuk berhati-hati menempuh kehidupan. Apabila umat gemar berpuasa, tentu akan terdapat lebihan makanan untuk golongan yang kurang berada (hanya agama mendorong amalan sedemikian). Apabila penggunaan bahan bakar dikawal, satu kenderaan untuk ramai individu dan bergilir-gilir kenderaan (hanya agama mendorong amalan sedemikian), kesesakan lalu lintas dapat dikurangi dengan banyaknya dan pencemaran udara akan berkurangan begitu juga dengan kes-kes kemalangan. Apabila sistem riba dihapuskan dan digantikan dengan sistem sadaqah (hanya agama mendorong amalan sedemikian), inflasi akan dapat dikawal dengan ketat, aktiviti perniagaan akan meningkat dan perkembangan ekonomi berlaku secara mendadak. Pembangunan tidak perlu diperbanyak tetapi aktiviti ekonomi di dalamnya akan berlaku secara sihat.
Seterusnya kemiskinan tegar dapat dihapuskan dan aktiviti jenayah akan merudum jatuh. Negara yang aman, baik, tenteram dan Tuhan yang Maha Pengampun. Hukuman hudud, hanya tingal dalam kertas-kertas perundangan dan hakim-hakim boleh rehat kurang bekerja. Apabila kepentingan makanan sihat diperkenalkan (hanya agama mendorong amalan sedemikian), belanja kesihatan negara akan dapat dikurangi dan peruntukan negara untuk perbelanjaan strategik dapat ditingkatkan.
Seterusnya kemiskinan tegar dapat dihapuskan dan aktiviti jenayah akan merudum jatuh. Negara yang aman, baik, tenteram dan Tuhan yang Maha Pengampun. Hukuman hudud, hanya tingal dalam kertas-kertas perundangan dan hakim-hakim boleh rehat kurang bekerja. Apabila kepentingan makanan sihat diperkenalkan (hanya agama mendorong amalan sedemikian), belanja kesihatan negara akan dapat dikurangi dan peruntukan negara untuk perbelanjaan strategik dapat ditingkatkan.
No comments:
Post a Comment