سلهم ايهم بذلك زعيم
Tanyalah
kepada mereka, siapa-siapakah (antara) mereka terhadap yang demikian,
suatu pendakwaan?
Bertanyalah
kepada mereka: Siapakah orangnya di antara mereka Yang menjamin
benarnya hukum: Bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa Yang
didapati oleh orang Islam?
i.
Umat Mendakwa Golongan Agama
Siapakah
di antara mereka yang dapat membuat pendakwaan di hadapan Tuhan
nantinya? Tentunya umat akan mendakwa golongan yang bertanggungjawab
dalam hal agama sebagai sekutu mereka, bagi pihak Tuhan, yang
memperkenalkan suatu 'syariat' agama yang mereka anuti.
ii. Umat Berlaku Syirik Mengambil Golongan Beragama
Sebagai
Sekutu Tuhan
Apabila
umat hanya tahu menurut sahaja apa jua yang diputuskan oleh
'penjawat agama' tanpa hujah yang harus mereka ketahui, sebenarnya umat
telah mengambil 'penjawat agama'
sedemikian sebagai tandingan Tuhan, dalam hal yang berkaitan dengan
'syariat'. 'Penjawat agama' sedemikian sanggup menguasai kerohanian umat
ini, dengan hukum-hakam yang tidak pernah mereka terangkan kepada
umat ini daripada Tuhan dan RasulNya, melalui hujah yang jitu, iaitu sama
ada mereka ada mengambil syariat sedemikian daripada Tuhan dan RasulNya, atau mengambil dari
sumber yang lain.
No comments:
Post a Comment