ﺍﻢ ﻟﻜﻢ ﻛﺘﺐ ﻓﻴﻪ ﺗﺪﺭﺳﻮﻥ
Adakah bagimu suatu
kitab padanya kamu bertadarus?
i. Pembangunan Berterusan Tanpa Had
Kitab manakah yang
menjurus manusia kepada sesuatu tanpa batasan? Kitab saintifik manakah yang
mengizinkan pembangunan berterus-terusan tanpa had? Secara fakta, setiap
pembangunan memberi kesan kepada alam sekitar. Sekiranya tidak, tidak perlu
diwujudkan kajian kesan persekitaran - EIA - Environment Impact Assesment yang
menjadi suatu kewajiban laporan oleh pemaju-pemaju.
ii.
Pengabaian Golongan Dhaif
Kitab kajian sosial
manakah yang mencadangkan golongan dhaif diabaikan menempuh nasib kehidupan
mereka sendiri? Akibat sistem ekonomi riba yang dipelopori oleh golongan
berdosa itu, adalah kegagalan umat bersadaqah membela golongan yang dhaif serta
peningkatan kadar jenayah. Sistem ekonomi riba mengakibatkan pembangunan tanpa
had sehingga membawa kesan kerosakan alam.
iii.
Negara Sosialis Sendiri Menolak Ekonomi Kapitalis
Negara sosialis sendiri
tidak membenarkan sistem penindasan sedemikian lalu sistem ekonomi sedemikian
di-pelopori oleh negara-negara kapitalis. Golongan yang patuh melaksanakan projek-projek
pembangunan seadanya, sesuai dengan suasana alam sekitar serta keperluan semasa
dan bukannya kehendak manusia semasa. Mereka menghadkan pemilikan sekadar
perlu. Lebihan daripada perolehan disadaqahkan kepada yang memerlukan. Golongan
dhaif terbela dan mereka tidak perlu melakukan kerosakan untuk hidup. Kadar
jenayah berada pada tahap minimum dan manusia bebas bergerak ke tempat
tujuannya tanpa terlalu merasa bimbang menjadi mangsa peras ugut, ragut,
rompak, samun dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment