يوم يكشف عن ساق ويدعون
الى السجود فلا يستطيعون
Hari
yang ia didedahkan darihal hambatan dan mereka diseru kepada sujud
lalu tidak akan mereka berkesanggupan.
(ingatkanlah
orang-orang Yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan
huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka
tidak dapat melakukannya, -
i.
Diperintah Sujud Tapi Mereka Tak Sanggup
Buat
Dalam
banyak terjemahan adalah merujuk hari berlaku bencana, suasana azab
hari kehancuran. Dalam surah Al-Qiyamah (75:29) ﺳﺎﻕ
merujuk
kepada suasana pada peringkat pengadilan. Yang diperintahkan kepada seseorang hanyalah
untuk sujud iaitu mematuhi arahan Tuhan. Mereka gagal untuk mematuhi
arahan Tuhan di dunia dahulu, lalu di akhirat nanti, bagaimanakah
mereka dapat melakukan sedemikian?
ii.
Sebagai Suatu Manifestasi Penyerahan Kepada Tuhan
Antara
perkara yang diperintahkan kepada manusia semasa berada di mahkamah
Tuhan nanti, adalah perintah bersujud, sebagai suatu manifestasi
ketaatan seorang hamba semasa hayatnya di dunia ini. Sujud adalah
simbol kepatuhan kepada semua arahan Tuhan sebagai suatu bentuk penyerahan diri.
Sujud adalah sebahagian daripada amalan solah. Solah yang benar bagi
seseorang hamba adalah yang mengimani ayat-ayat Al-Quran daripada
surah yang sedemikian iaitu melaksanakan amanah menyampaikan
peruntukan sadaqah atau zakat. Menggelapkan peruntukan sedemikian
bukanlah merupakan suatu manifestasi bagi orang yang bersolah dan
bukan juga layak bagi seseorang yang bersujud kepada Tuhan. Oleh itu
perintah sujud harus difahami meliputi solah yang ada hubungan dengan
sadaqah. Tiada solah bagi mereka yang tidak bersadaqah dan tiada
sujud bagi yang tidak termasuk dalam golongan bersolah. Lalu
lihatlah gambaran lesinya wajah seseorang yang gagal melaksanakan
arahan Tuhan di hadapan Tuhan nanti. Mereka gagal sujud sekalipun
mereka cuba bersujud lantaran kerasnya jiwa mereka untuk bersujud.
iii. Gambaran Pusat Lesi Orang Yang Tidak Bersujud
Betapa
pucatnya wajah mereka semasa mereka gagal mematuhi arahan Tuhan pada
ketika itu. Seperti resahnya seseorang yang tertuduh terhadap
keputusan hakim yang akan menjatuhkan suatu keputusan terhadap
seseorang yang merasakan dirinya bersalah.
No comments:
Post a Comment