الم تر الى الذين اوتوا نصيبا
من الكتب يدعون الى كتب الله ليحكم
بين هم ثم يتولى قريق من هم وهم معرضون
من الكتب يدعون الى كتب الله ليحكم
بين هم ثم يتولى قريق من هم وهم معرضون
Adakah
telah tidak engkau melihat kepada orang-orang yang telah diberi
mereka bahagian daripada Al-Kitab. Mereka diseru kepada kitab Allah,
supaya dihakimi di antara mereka, kemudian sentiasa berpaling
sebahagian daripada mereka sedang mereka menghindari.
tidakkah
Engkau pelik memikirkan (Wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang
(Yahudi) Yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka
diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai
perkara-perkara Yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak
dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab
Allah itu).
i.
Polisi Kepimpinan Menolak Hukum Tuhan
Kita
perhatikan sahaja kesan pemerintahan negara selama ini yang
kepimpinan awal-awal lagi telah memilih menolak hukum Tuhan.
Pertolongan apakah yang kepimpinan mereka perolehi? Rakyat yang
sebangsa mereka sendiri yang selama ini, tiada pilihan lain selain
daripada terpaksa menyokong pemimpin mereka, kini telah tidak ambil
peduli akan nasib negara mereka serta kaum mereka, pada masa akan
datang. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa terhadap kempen
permurtadan anak bangsa mereka yang semakin dahsyat, atas restu pihak
kepimpinan sendiri. Akhirnya dengan hati penuh kecewa, mereka telah
memilih pembangkang dan mereka tidak peduli siapakah dia
pembangkang yang mereka pilih?
ii.
Pendirian Yang Hanya Mementingkan Keuntungan
Peribadi
dan Kroni Pemimpin
Usaha
kepimpinan menolak hukum Tuhan adalah bersebab. Dengan
menolak hukum Tuhan, mereka dapat meraih keuntungan melalui aktiviti
perjudian yang mereka miliki saham besar di dalamnya. Dengan menolak
sistem ekonomi yang diperkenalkan dalam Al-Quran melalui contoh
RasululLah S.A.W, mereka dapat meraih keuntungan melalui manipulasi
pasaran yang mereka memiliki kepentingan pada saham-saham yang
disenaraikan. Tindakan mereka sedemikian menyebabkan mereka
memperolehi keuntungan besar sedangkan rakyat menderita kerugian
akibat kalah judi atau kesan tekanan inflasi yang berpanjangan.
Dengan menolak hukum Tuhan, dapat mereka mendirikan kilang-kilang
minuman keras yang memberi pulangan sangat besar dalam masa sangat
singkat. Sekiranya mereka menuruti hukum Tuhan, mereka tidak akan
memperolehi keuntungan dunia sebanyak itu. Pada mereka, ajaran Tuhan
sangat tidak pakar darihal ekonomi dan membawa kemiskinan.
iii.
Kesan Jangka Panjang Menolak Hukum Tuhan
Sehingga
Membawa Pertelingkahan Umat
Tuhan
melarang sistem ekonomi riba dan Tuhan melarang perjudian. Gabungan
sistem ekonomi riba dan perjudian, membentuk sistem pasaran bebas
yang dikawal oleh pemodal-pemodal sehingga menghilangkan kesan
pasaran benar. Keadaan sebegini akan membentuk sistem ekonomi yang
mudah meruap dan seterusnya akhirnya mendatangkan kerugian kepada
semua pihak. Pemodal-pemodal besar akhirnya lari dengan modal
masing-masing dan mengakibatkan suasana pasaran yang suram yang
memakan masa yang berpanjangan. Pengalaman kemelesitan ekonomi dunia
awal dekad 1900 yang menjurus kepada Perang Dunia I diikuti dengan
kemelesitan ekonomi 1940'an sehingga menjurus kepada Perang Dunia II,
semua itu berpunca daripada sistem ekonomi kapitalis berasaskan riba
dan perjudian.
iv. Perang Yang
Memakan Masa Sangat Lama
Adakah
manusia sanggup untuk menghadapi Perang Dunia III, kesan daripada
kepimpinan mereka yang rata-ratanya menolak hukum Tuhan?
Kecenderungan ekonomi umat masakini yang mengutamakan kepentingan
peribadi pemimpin-pemimpin, telah mengakibatkan keadaan yang
menyesakkan kehidupan rakyat. Sehingga ke suatu tahap, pemimpin tiada
pilihan lain melainkan menjalankan kempen menakut-nakutkan rakyat
dengan musuh yang dicipta sendiri supaya rakyat tidak ada kesempatan
menentang pemerintahan. Perkara ini akhirnya akan menjurus kepada
perang besar dunia dan Amerika Syarikat selaku kepimpinan kapitalis
berasaskan sistem ekonomi riba paling utama di dunia ini telah
meletakkan tenteranya di negara-negara seperti Afghanistan, Iraq,
Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Pakistan, Filipina, Taiwan, Korea
Selatan, Jepun dan negara-negara Eropah melalui pertubuhan NATO. Ia
kini bersiap sedia menghadapi musuh akan datang yang belum lagi dapat
dipastikan. Usaha Amerika Syarikat untuk menceroboh Syria dan
menguasai terusan Suez pastinya akan mendorong pihak lain seperti
Russia, China, India dan Iran untuk bergabung menghadapi gabungan
tentera Barat dan umat Arab. Hanya detik jam sahaja yang
menghampirkan kita kepada peristiwa ini.
No comments:
Post a Comment