Kemodenan dunia bukan penghalang kita memperbudaya dan mempelajari Al-Quran dan As-Sunnah, dalam melayari rutin kehidupan seharian sebagai hambaNya dan khalifah di muka bumi.
Bangunlah di malam hari kecuali sedikit (daripadanya).
bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
Untuk orang yang telah terbiasa dengan berjaga malam lantaran pekerjaan yang harus dilaksanakan, pembacaan Al-Quran haruslah dilakukan pada waktu-waktu sebaik sahaja terjaga daripada tidur ketika minda berada dalam keadaan segar. Waktu malam adalah waktu paling sesuai untuk memberi tumpuan terhadap pekerjaan yang memerlukan tumpuan fikiran. Kurangnya gangguan dan bunyi-bunyian yang dapat mengganggu ketenangan.
Kiranya kita tidak mampu memikirkan
keadaan dunia yang sungguh kritikal, cukuplah untuk kita memikirkan keadaan diri-diri kita di sini.
i. Mengkaji Rahsia Al-Quran
Terdapat rahsia besar dalam Al-Quran yang perlu digali. Aktiviti berjaga malam dapat meningkatkan penumpuan kefahaman sehingga suatu kesimpulan atau rumusan akhirnya dapat diungkapkan. Waktu yang sebaik-baiknya adalah setelah separuh malam sekitar jam 1:00 pagi. Pada waktu itu aktiviti manusia setempat berada pada tahap minimum. Bangsa-bangsa bertamadun telah memperolehi pengetahuan bahawa berjaga malam mempunyai manfaat besar dalam pembinaan umat, siasah dan negara. Di universiti-universiti Barat, mereka telah meletakkan disiplin pelajar supaya berjaga malam untuk menyiapkan tugasan dan penulisan laporan yang banyak supaya buah fikiran mereka dapat dipelajari dan dimanfaatkan oleh pihak lain sehingga sesuatu hasil yang besar diperolehi. Dengan itu mereka memulai idea dan rekaan baru yang memberi banyak manfaat kepada manusia. Berjaga malam dapat menajamkan fikiran dan menyihatkan tubuh. Perbandingan pelajar-pelajar yang rajin berjaga malam berbanding dengan pelajar-pelajar lain didapati pelajar-pelajar itu lebih cekal dan tabah menghadapi cabaran hidup dan sanggup berusaha sehingga berjaya.
ii. Berjaga Malam Mencekalkan Semangat
Mereka mempunyai semangat yang kuat dan tidak mudah mengalah. Namun seseorang mestilah mempunyai tujuan yang jelas untuk berjaga malam. Lantaran fitrah tubuh adalah untuk mendapatkan kerehatan pada waktu malam dan tidur sebagai hak tubuh untuk berehat tidak boleh dinafikan. Terdapat pendapat yang melampau bahawa untuk mendapatkan suatu tahap kerohanian, seseorang hendaklah berusaha tidak tidur pada hari siang dan berjaga pada waktu malam serta menahan diri daripada sebarang makanan dan minuman. Perkara seperti ini banyak diamalkan oleh pengamal-pengamal kerohanian dalam banyak aliran agama tidak terkecuali dalam agama Islam. Penulis tidak berhajat untuk mengupasnya namun kaedah yang terbaik adalah menurut sunnah yang diamalkan oleh RasululLah S.A.W. bermula daripada masa mula perlantikan sebagai rasul sehinggalah kepada menempuh pengembaraan peristiwa Isra’ dan Mikraj. Imam Ghazali RahimulLah sendiri telah melalui pengalaman kerohanian dan penerangan panjang lebar dapat diperolehi melalui pembacaan kitab Hazinatul Asrar dan kitab-kitab kerohanian yang lain. Rahsia-rahsia ketuhanan dapat diperolehi melalui amalan berjaga malam dan ibadah-ibadah sunat yang dituntut seperti berpuasa dan sebagainya. Islam meletakkan disiplin sedemikian kepada umatnya pada bulan Ramadhan dan kemuncak pengalaman kerohanian haruslah dilakukan pada malam Al-Qadar yang perlu didapatkan pada setiap penghujung bulan Ramadhan. Kecekalan melakukan ibadah menghidupkan malam memberi kesan kepada sipengamalnya dengan kelapangan minda, kesihatan tubuh serta kecergasan berfikir. Pemakanan kita seharian tidak dapat dielakkan juga terdiri daripada bahan toksik yang dapat mengganggu keseimbangan tubuh dan menimbulkan kesan penyakit. Keaktifan bangun malam menyebabkan banyak lebihan daripada pemakanan yang dihadamkan dapat disintesiskan hampir sepenuhnya dan banyak daripada hasil buangan seperti toksik dan hasil-hasil regulasi tubuh, disingkirkan dengan lebih berkesan. Kadar penyerapan usus terhadap juzuk-juzuk pemakanan dapat berlaku dengan lebih baik dan seterusnya seseorang dapat mencapai keadaan tidak memerlukan terlalu banyak makanan untuk kelangsungan hidupnya. Selain daripada manfaat kesihatan, berjaga malam adalah suatu langkah proaktif yang dapat menjadikan seseorang berada pada keadaan berjaga-jaga terhadap banyak daripada perkara yang berlaku menjelang waktu malam. Pendek kata kecekalan seseorang dalam mempraktis amalan berjaga malam dapat menyediakan motivasi tinggi kepada individu itu melakukan pekerjaan lain dengan lebih berkesan.
Demikian adalah perintah Tuhan kepada Nabi Muhammad S.A.W. secara khusus dan kepada seluruh umat Islam yang ingin beriman. Tujuan seruan ini adalah untuk mendapatkan selamasa sesuai untuk tujuan pengkajian dan pengamatan terhadap ayat-ayat suci Al-Quran. Orang yang berselubung adalah orang yang tersembunyi di bahagian dalam lapisan kain iaitu merujuk orang yang tidur dan waktu berselubung selalunya adalah waktu kesejukan malam. Oleh itu suasana pembacaan Al-Quran yang paling sesuai adalah waktu malam ketika manusia lain sedang tidur. Terjemahan lain dinyatakan sebagai yang melekatkan pakaian!
Ayat-ayat ini termasuk antara surah-surah awal kerasulan RasululLah S.A.W. Pada masa itu belum diperintahkan solah fardhu, melainkan selepas peristiwa Isra' dan Mikraj. Sahabat-sahabat RasululLah S.A.W. yang awal, berhimpun di rumah Arqam bin Abi Arqam R.A. untuk mendengar ayat-ayat Al-Quran daripada RasululLah S.A.W. dan melaksanakan amalan 'qiamul lail' sebagaimana yang diperintahkan. Amalan ini diteruskan selepas itu oleh RasululLah S.A.W. sendiri dan sahabat-sahabat baginda dan tabi'in dan tabi'-tabi'in selepas itu.
i. Kepelbagaian Terjemahan
Dalam sebahagian terjemahan, Al-Muzzammil dan Al-Mudaththir adalah merujuk kepada subjek yang sama iaitu RasululLah S.A.W. Terdapat terjemahan yang menyatakan Al-Mudaththir merujuk kepada rahsia tersembunyi. Penulis lebih cenderung untuk menterjemah Al-Muzammil sebagai sesuatu yang diselubungi, sesuatu yang terlindung di balik selubung atau gebar atau suatu yang tersorok atau tersembunyi dalam kegelapan. Perintah bangun pada ayat selanjutnya adalah merujuk keadaan gelap waktu malam, oleh itu perkataan Al-Muzammil akan menjadi suatu subjek yang terlindung oleh sesuatu dan berada dalam kegelapan (malam).
ii. Seruan Yang Mengandungi Agenda Besar
Seruan ini adalah kepada individu RasululLah S.A.W., itu pada suatu masa dahulu, yang memberitahu bahawa perutusan besar junjungan RasululLah S.A.W., memiliki agenda besar kepada kaum Makkah ketika itu sepertimana perutusan Nabi Musa A.S. kepada Fir’aun serta rakyatnya. Oleh itu pada situasi kini, perutusan dengan kalimat yang sama ditujukan kepada pembaca yang perlu membawa suatu agenda besar terhadap negara kediaman pembaca secara khusus dan juga terhadap semua manusia yang hidup di mukabumi ini secara umumnya. Yang diperintah Tuhan adalah untuk setiap individu bangun pada waktu malam dengan tujuan tertentu bagi menelaah kitab Tuhan serta kitab-kitab yang lain. Untuk dibuat kajian secara mendalam sehingga manfa’at dapat diperolehi dalam menempuh kehidupan bernegara dan bertamadun. Iaitu dalam suasana masyarakat yang telah ada negara, pemerintahan serta pembangunan-pembangunan yang besar, yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Perkara yang perlu dilakukan ini tentunya berkait rapat dengan kehidupan ini yang berlalu tanpa tamadun bagi membentuk suatu tamadun yang besar. Namun dapatkah pembaca-pembaca budiman melakukan sesuatu bermula daripada langkah kecil sekiranya pembaca sendiri tidak bersedia dengan ilmu-ilmu yang perlu, serta kekuatan dan kecekalan yang harus dimiliki untuk tujuan berkenaan? Bermodalkan amalan ibadah pembangunan malam, suatu kecekalan jiwa serta perancangan rapi bermula daripada peringkat kecil-kecilan akan dapat dimulai.
Surah Al-Muzammil, berhubung rapat dengan faktor yang menjurus kepada kejadian yang akan berlaku, yang ada hubungan dengan perincian peristiwa berkenaan pada surah-surah sebelum ini, seperti surah Al-Haqqah, Al-Ma'arij serta Al-Waqi’ah dan Peristiwa Al-Qari’ah. Kegagalan manusia secara keseluruhan dalam mengurus tadbir alam kediaman mereka di dunia ini, akhirnya menghilangkan kelayakan mereka untuk mendiami syurga nantinya sehingga lebih layak bagi mereka dijerumuskan ke neraka Jahanam di akhirat kelak.
Tuhan sebenarnya yang memberi mereka peluang untuk mencari kehidupan pada siang hari dan pada malamnya melakukan ibadah-ibadah tertentu supaya mereka dapat memikirkan langkah berjaga-jaga terhadap amalan mereka, sama ada amalan siang hari sebelumnya atau amalan esok hari mereka (59:18).
Manusia sememangnya tidak boleh diharap
untuk menjaga alam sekitar. Ramalan Surah
Al-Muzammil menyerlahkan kenyataan ini.
Mereka harus menjaga diri-diri mereka sendiri.
Sempena itu, surah Al-Muzammil memberi per-khabaran terhadap kebinasaan kerajaan Fir’aun yang diurus tadbir tanpa panduan Tuhan, sehingga membawa akibat buruk kepada rakyat mereka, yang terdiri daripada kaum Qibti dan Bani Israel sebagai kaum-kaum utama. Sebuah negara satu pemerintahan pelbagai kaum, yang ada perwakilan legislatif daripada pelbagai masyarakat serta sangat ‘maju’ dalam kerja-kerja pertanian serta memiliki kecangihan melakukan peramalan cuaca sebelum memulai projek pertanian. Negara yang dibangunkan dengan bangunan-bangunan kukuh yang masih dapat disaksikan sehingga kini. Mereka mengamalkan suatu pembangunan yang belum pernah dilakukan sebelumnya, seperti itu juga pembangunan negara pada zaman ini. Mereka membentuk pemerintahan yang dibangunkan atas cukai yang dikutip daripada rakyat.
Setelah kian lama kita membincangkan perkara-perkara yang
telah, sedang dan akan terjadi, berdasarkan rujukan daripada Surah Al-Mulk, Surah
Al-Qalam, Surah Al-Haqqah, Surah Al-Ma’arij serta huraian fenomena alam dan
keadaan sosial manusia melalui Surah An-Nuh, dan juga fenomena perkara ghaib
daripada surah Al-Jin, kini tibalah
masanya untuk kita mulakan kerja-kerja pemulihan berdasarkan rujukan surah
Al-Muzammil.
Sebagaimana yang telah dipelajari sebelum ini daripada Surah
Al-Jin, bahawa suatu bentuk gerak kerja pemulihan hendaklah dimulai dengan
mempertemukan terlebih dahulu, individu-individu yang memiliki kesedaran dan
tanggung jawab untuk memulai gerak kerja amal jama’ie. Fungsi Pondok Al-Jaafar
adalah untuk memulai langkah ini. Antara perkara awal yang telah berjaya
dilaksanakan adalah dengan mengeratkan hubungan silaturahim
antara ahli masyarakat, yang sebelumnya telah bertelagah darihal perbezaan
kefahaman politik, darihal fahaman bermazhab, darihal perbezaan misi dakwah dan
sebagainya.
Kita harus melihat lebih jauh, bukan sekadar untuk
mendapatkan tempat dalam agenda negara bahkan dapat memberi peranan secara
langsung dalam menghadapi cabaran global. Untuk melangkah lebih jauh, kita harus
memikirkan apakah lagi kelemahan yang ketara yang harus diperbaiki terlebih
dahulu supaya sebarang perubahan sejagat peringkat global, bukan lagi merupakan
suatu perkara yang asing untuk dihadapi.
i. Melihat Permasalahan Yang Terjadi Dan Mendapatkan Usaha
Penyelesaian
Perkara utama yang harus dihadapi adalah cabaran untuk
mendapatkan kesedaran ramai pihak dalam menjayakan rancangan pemulihan. Cabaran
ini ada disebutkan dalam surah Al-Muzammil dan sebagai mana yang telahpun kita
pelajari sebelum ini, apajua penolakan ahli masyarakat bukanlah perkara besar
untuk diambil berat. Kita sendiri yang harus memulai langkah pemulihan sehingga
akhirnya mereka sendiri yang akan mendapat habuan sama ada berbentuk manfaat
politik ataupun penguasaan harta benda yang semua itu sangat-sangat mereka
inginkan dalam kehidupan dunia ini. Beginilah yang pernah terjadi dalam sejarah
perjuangan umat dan dijangka akan sentiasa terjadi, bahawa akhir penyampaian
risalah, bukanlah bertujuan untuk mengubah sistem politik mahupun untuk
mengubah pemerintahan. Kita juga telah melihat keadaan masakini, perselisihan
yang berlaku adalah merupakan natijah yang telah terjadi akibat daripada
perpecahan umat sejak zaman sahabat RasululLah R.A.H.M. lagi. Oleh itu tiada
gunanya untuk menghabiskan masa berbalah melainkan untuk mendapatkan kerjasama
agar perkara perlu yang dinyatakan dalam surah ini harus diberi perhatian dan
dihayati dengan sewajarnya.
ii. Antara Perkara Yang Dikenalpasti Sebagai Permasalahan
Sejagat
a.Masalah Perubahan Cuaca
Senjata Peperangan Baru - Kawalan Cuaca.
Bagaimanakah Menghadapinya?
b.Kerosakan Struktur Yang Terjadi Pada Permukaan
Bumi
Sifat Tanah Tiba-tiba Berubah.
Apakah Penyebabnya?
c.Pemakanan Yang Merosakkan
Memakan Yang Bukan Makanan.
Bagaimanakah Cara Menghindarinya?
d.Penyakit-penyakit Yang Melanda Manusia
Daripada satu penyakit membawa pelbagai penyakit lain. Apakah puncanya?
e.Jenayah Yang Melibatkan Pemindahan Organ
iii. Kedudukan Surah Al-Muzammil Dalam
Membincangkan Permasalahan
Ini
Surah Al-Muzammil adalah merupakan surah awal yang diturunkan kepada junjungan RasululLah S.A.W. yang menyentuh kepada penyebab khusus yang membawa kepada kerosakan di bumi ini. Surah ini memberi panduan kepada umat Islam agar banyak berfikir tentang ayat-ayat Al-Qur’an dan mengambil masa tenang pada waktu malam bagi menghayati secara mendalam tentang kandungannya. Oleh kerana selama ini penulis telah menyentuh kepada punca kerosakan secara umum dalam surah-surah sebelum ini, surah ini secara khusus menyentuh bahan-bahan khusus yang harus manusia ambil kira secara berhati-hati dalam melakukan pekerjaan mereka.
Mutakhir ini banyak pendapat sama ada yang diajukan oleh
orang perseorangan, ahli-ahli politik malahan juga sebahagian saintis, yang
menyatakan bahawa punca kepada fenomena pemanasan global yang menjurus kepada
perubahan cuaca adalah disebabkan oleh kandungan gas karbon dioksida yang
tinggi di persekitaran. Adalah tidak wajar untuk kita nafikan bulat-bulat
penemuan seperti ini kerana semuanya itu telah diperolehi berdasarkan
pengamatan korelasi antara peningkatan suhu persekitaran di bumi ini dengan
peningkatan kandungan gas karbon dioksida di udarakasa. Dan antara perkara yang
menarik perhatian penulis adalah - terdapatnya kempen penentangan terhadap usaha
pengawalan perlepasan gas karbon dioksida, yang dilakukan oleh masyarakat
korporat. Mereka sebenarnya dapat melihat kepentingan mereka akan terjejas
apabila peraturan pengawalan berkenaan dikuat-kuasakan. Syarikat gergasi
seperti Exxon Mobile yang saham besarnya turut dimiliki oleh pentadbiran
Amerika Syarikat, dengan tegas menolak kenyataan bahawa punca kepada pemanasan
global adalah disebabkan oleh pembakaran hidrokarbon yang berterusan daripada
bahan bakar petroleum. Sekalipun bukti-bukti saintifik belum mencukupi, awal-awal
lagi mereka telah menolak untuk menerima hakikat sebenar.
Begitu juga apabila perkara sebenar terungkap daripada Surah
Al-Muzammil ini, dengan pemberitahuan perkara khusus tentang bahan-bahan yang
dapat merosakkan alam persekitaran dan kesihatan kita, kita dapat menjangkakan akan wujud
pertentangan ketara yang datang daripada mereka yang berkepentingan. Mereka
dapat melihat bahawa perniagaan mereka mungkin terjejas dan keuntungan yang
harus mereka perolehi mungkin semakin berkurangan.
Kiranya vitamin B17 dapat melawan penyakit kanser,
Menteri Kesihatan tentunya tidak menyukainya.
iv. Kesempatan Yang Dimainkan Oleh Golongan Globalis
Golongan globalis, gerakan Masonik, Luciferian, ahli kelab
Bohemian, yang didokong oleh ahli keluarga Rosthchild dan Rockefellar, adalah
kumpulan kapitalis penyembah Iblis yang sentiasa berusaha mengambil kesempatan
atas apajua permasalahan sejagat. Sebelum ini mereka galak dengan kempen
penggunaan wang berasaskan karbon – yang tujuannya adalah untuk mereka kuasai
segala bentuk aktiviti perniagaan. Oleh kerana kempen ini mendapat tentangan
daripada pihak dalaman mereka sendiri, kini mereka telah beralih kepada
penggunaan wang maya atau wang digital secara meluas, untuk dipaksakan kepada rakyat negara-negara
kapitalis. Pelbagai cadangan, bentuk manipulasi sedang diusahakan yang tujuan
akhir adalah untuk menindas umat manusia.
Bentuk penindasan yang berlaku adalah pelbagai. Sebagai
contoh, apabila wujud kesedaran untuk mengawal hasil flora dan fauna, Jabatan
Hutan telah ditubuhkan untuk mengawal selia tanggung jawab berkenaan. Namun
atas kepentingan kapitalisma yang didokong melalui sistem demokrasi, pengagihan
hasil hutan hanya diserahkan kepada golongan tertentu yang sanggup merasuah
penjawat-penjawat tadbir. Akhirnya, kita dapati sekalipun wujud Jabatan Hutan
yang diamanahkan untuk menjaga hidupan flora dan fauna, pengambilan hasil hutan
secara melampau telah terjadi. Penggondolan hutan telah menjadi suatu fenomena
yang berlaku secara merata-rata tanpa sebarang tindakan daripada pihak
berkuasa. Akhir daripada tindakan mereka ini adalah bencana yang menyusahkan
orang ramai apabila setiap kali berlakunya musim tengkujuh atau musim panas
yang berpanjangan.
Begitu juga dengan penularan penyakit-penyakit tidak
berjangkit yang seharusnya diambil berat oleh pihak kementerian. Mereka lebih
selesa untuk meletakkan pesakit-pesakit, bersama keluarganya pada keadaan
berbelanja besar untuk tujuan mendapatkan rawatan daripada memikirkan langkah
pencegahan, agar orang ramai akan memilih gaya hidup yang lebih sihat. Di
manakah fungsi akta kawalan makanan kiranya orang ramai sentiasa dihidangi
dengan bahan tambah dalam makanan yang berpotensi mendatangkan penyakit yang
serius? Kempen demi kempen sentiasa dijalankan agar mereka yang jatuh sakit
hanya akan merujuk kepada kaedah rawatan yang dikatakan moden, supaya mereka
terus berkeadaan sakit dan akan mengeluarkan lebih banyak belanja untuk tujuan
perubatan. Cukup untuk penulis katakan bahawa tiada seorangpun pesakit diabetes
yang dapat sembuh apabila mereka terus mengamalkan cara rawatan yang dikatakan
moden itu.
Lantas apakah yang dapat dilakukan oleh pesakit berkenaan?
Apabila kesakitan menjadi semakin serius sehingga mengakibatkan kerosakan
organ-organ dalaman lainnya, bagi mereka yang berkemampuan tentunya sanggup
mengeluarkan belanja untuk mendapatkan organ yang ‘didermakan’ oleh pihak
tertentu. Jenayah pembunuhan untuk tujuan mendapatkan organ-organ dalaman
semakin menjadi-jadi sekarang ini dan perkara ini senghaja ‘disenyapkan’ oleh
pihak berkuasa agar tidak menjadi kekecohan dalam masyarakat. Penindasan yang
berlaku secara langsung atau tidak langsung, adalah akibat yang terjadi apabila
umat ini secara rata-ratanya telah meninggalkan panduan Tuhan dalam menempuh
kehidupan. Bahkan fitnah yang terjadi ini bukan sahaja mengenai golongan ingkar
bahkan juga golongan beriman daripada umat ini.
v. Mengatasi Permasalahan
Di mana-mana juapun, ahli perubatan bersetuju bahawa
pencegahan adalah lebih baik daripada perawatan. Perkara ini harus juga
diaplikasikan dalam mendapatkan punca bencana kepada alam ini. Sebelum bermulanya
langkah pencegahan, kita haruslah terlebih dahulu dapat mengenal pasti
punca-punca kepada terjadinya bencana sama ada yang mengenai alam sekitar
ataupun yang menimpa umat manusia sekarang ini. Apakah faedahnya kita membincangkan
tentang teknologi canggih seperti pengembaraan angkasa lepas, teknologi nano
peringkat kuantum untuk kegunaan orang ramai dan sebagainya, kiranya kita
sendiri melupai tentang nasib yang sedang menimpa kita sekarang ini? Penulis
melihat, mesej yang ingin disampaikan melalui Surah Al-Muzammil, adalah bertujuan
untuk pemberitahuan, bahawa umat manusia perlu melakukan sesuatu bagi membaik
pulih keadaan sebelum terlewat. Mereka harus sentiasa berfikir agar mereka
dapat melihat suatu penemuan baru untuk tujuan dimanfaatkan atau permasalahan
baru untuk tujuan diatasi.
Suatu persoalan mungkin dapat ditimbulkan iaitu, mengapakah
selama ini setelah berlalu tempoh lebih 1400 tahun sesudah kerasulan, surah ini
harus dirujuk kembali untuk mengatasi permasalahan yang terjadi sekitar waktu
ini? Di manakah peranan ulama-ulama, yang seharusnya lebih mahir berbanding
penulisan ini, dapat memberi kesedaran kepada umat bahawa mereka memiliki tujuan
utama yang dapat membantu menyelesaikan permasalahan sejagat pada ketika ini?
Mengapakah selama ini, ulama-ulama baik daripada pihak mana sekalipun,
seringkali memberi fokus kepada perbezaan pengamalan agama umat? Sehingga
mereka suka untuk meletakkan ‘penghakiman’ kepada suatu golongan dan melupai
peranan mereka untuk memberi tunjuk ajar kepada umat tentang ‘mesej’ yang Tuhan
sampaikan? Kita tak habis-habis membincangkan tentang perkara air satu kolah,
dua kolah, perjalanan satu marhalah, dua marhalah, hukum najis, mutant najis,
perkara mubah dan subhah dan sebagainya. Ya, semua itu persoalan penting,
tetapi pada waktu ini bukankah ada perkara yang lebih penting untuk
diperbincangkan? Dan adakah tiada alternatif lain, sehingga kita mengakui
bahawa insulin yang diambil daripada babi – yang kononnya telah diubahsuai –
adalah halal penggunaannya oleh umat ini.
Kita masih membincangkan tentang air
pada suatu sudut dan kita masih tidak menyedari petanda daripada masalah air.
"Weaponization Of Space" dan Panduan Surah Al-Jin dalam Menghadapi Fitnah ini.
Isu tentang bangsa jin, isu tentang "makhluk asing", tentang pesawat tak dikenali (UFO), tentang ancaman antara negara, tentang serangan pengganas, tentang asteroid yang dikatakan bakal menghentam bumi dan akhir sekali tentang ancaman ekstra-terestrial adalah sesuatu yang sebenarnya berkait rapat sebagai suatu agenda. Perkara-perkara yang disebutkan ini adalah sesuatu yang berkait rapat dengan usaha pelopor golongan ingkar untuk menguasai bumi ini dan juga seluruh manusia.
Program "Weaponization of Space" yang bertujuan untuk memperhamba manusia adalah merupakan kesinambungan usaha terancang sejak sekian lama sebelum kewujudan tamadun manusia lagi. Dalam hal ini sebenarnya, tiada yang dikatakan sebagai makhluk asing melainkan bangsa jin. Tiada pesawat UFO melainkan melainkan rekaan silam yang telah dikenalpasti. Tiada asteroid melainkan jasad bergerak di angkasa lepas yang telah ditakdirkan akan jatuh ke bumi suatu masa nanti.
Apakah perancangan teliti mereka sebagai usaha untuk menguasai bumi ini dan manusia seluruhnya? Ancaman serangan pihak Soviet yang dikatakan mengancam Amerika Syarikat, sebenarnya dijadikan alasan untuk mendapatkan ketaatan tidak berbelah bahagi rakyat Amerika Syarikat terhadap kerajaan yang memerintah. Sistem pemerintahan yang diperkenalkan melalui demokrasi dan kapitalisma adalah bertujuan untuk memerah tenaga rakyat. Rakyat kemudiannya diperkuda bagi menghalalkan tindakan mereka untuk menyerang negara lain. Mereka sengaja berbelanja besar untuk tujuan pertahanan yang akhirnya turut bertujuan membangkrapkan seluruh rakyat Amerika Syarikat kecuali golongan penyembah Iblis.
Kempen keganasan bukan sahaja mengorbankanumat
Islam bahkan juga yang bukan beragama Islam.
Isu pengganas sengaja diwujudkan agar sebahagian rakyat Amerika Syarikat dapat dijadikan korban pemujaan terhadap Iblis dan bangsa Jin yang lain yang merupakan pengikut setianya.
Dalam pada mereka meletupkan menara berkembar
dengan pesawat-pesawat, mereka ada masa untuk
menanam bahan letupan dalam bangunan.
Kempen keganasan sengaja diwujudkan agar mereka memiliki alasan untuk menyerang umat Islam, yang telah diramal akan dapat menewaskan mereka suatu hari nanti. Angkasalepas dilengkapi dengan senjata, alat pengesan dan pengintipan, agar mereka dapat mengesan apajua aktiviti manusia sama ada yang berkaitan dengan hubungan sosial ataupun perdagangan.
Kesempatan ini digunakan untuk menguasai seluruh wang yang beredar dan untuk tujuan kawalan segala bentuk aktiviti mereka yang melibatkan wang. Matlamat akhir mereka adalah supaya manusia seluruhnya menyembah mereka.
i. Salah Laku Manusia Melibatkan Jin ii. Jin Yang Dipergunakan iii. Adakah Meminta Pertolongan Jin Diwajarkan? iv. Bangsa Jin Lebih Tekun Dalam Amalan v. Bantuan Jin Secara Intensif Kepada Manusia 72:07 Menyangka Tuhan Tidak Akan Membangkitkan Semula Seseorang i. Kebangkitan Di Alam Akhirat : Suatu Pernyataan Yang Hilang daripada Kamus Manusia dan Jin ii. Ajaran Tatasusunan Dunia Baru yang Menolak Kepercayaan Kebangkitan di Akhirat
i. Adakah Terdapat Teknologi Selain Teknologi Manusia Dan Jin? ii. Perkara Ghaib – Perkhabaran Masa Akan Datang iii. Persediaan Teknologi Jin Cuba Menguasai Pentadbiran Di Bumi v. Perancangan Zionis Melalui Agenda 'New Secular Order' vi. Perancangan Yang Akan Gagal
i. Lari Atau Menyerah Diri Kepada Urusan Tuhan ii. Golongan Ingkar Daripada Jin dan Manusia Mengingkari Perkara Yang Demikian iii. Pengingkaran Terhadap Bani Adam, Bani Ismail dan Bani Hashim iv. Perlagaan Antara Musuh Bani Adam, Musuh Bani Ismail dan Musuh Bani Hashim 72:13 Mereka Beriman Tatkala Mendengar Petunjuk Tuhan
i. Sifat Jin – Bipolariti ii. Latihan Menghindari Sifat Bipolariti
i. Kepelbagaian Erti Istiqamah ii. Pendekatan Jalan Tareqat iii. Kepentingan Meminum Air Segar iv. Aktiviti-aktiviti Manusia Sehingga Pemperolehan Air Segar Menjadi Terhad
Manusia sama ada golongan ilmuwan atau orang-orang biasa, seringkali suka merujuk sesuatu perkara kepada mereka yang dikatakan lebih mahir. Ilmuwan-ilmuwan tentang alam suka sangat merujuk kepada pelopor-pelopor silam seperti Plato, Copernicus dan Galileo. Ahli-ahli astronomi gemar merujuk kepada penemuan Galileo, Newton dan Kepler. Ahli-ahli kimia suka merujuk kepada penemuan-penemuan Umar Ibnu Khayyam, Mendelev dan sebagainya. Ahli-ahli matematik pula merujuk kepada Aljabar dan Alkhwaritzmi. Tentang ilmu perubatan mereka merujuk kepada Ibnu Sina dan lain-lain lagi. Demikian itu batas-batas disiplin dalam mendapatkan ilmu. Namun keperluan memperolehi ilmu agama tidak harus melalui disiplin sedemikian. Imam As-Syafi’e pernah mengkhabarkan, apajua hal agama yang diperolehi terus daripada RasululLah S.A.W. (dengan izin) atau daripada kitab Allah, maka pendapatnya hendaklah dilemparkan ke sebalik dinding. Demikian itulah mazhab yang beliau sendiri akan turuti. Imam Syafi’e sendiri pernah ditanya pendapatnya tentang suatu hal dalam agama lalu dengan nada marah beliau menyatakan bahawa beliau bukanlah rahib Nasrani yang menggantungkan palang salib dilehernya sehingga boleh mengeluarkan hukum daripada pendapatnya. Dengan lain perkataan beliau tidak mahu dirinya disembah sebagai sekutu Tuhan dalam hal hukum agama, yang akan dituruti darinya, yang akan dijadikan syari’at agama.
“RasululLah S.A.W. menyampaikan risalah-risalah
Tuhan. Khalifah-khalifah sesudah baginda juga
menyampaikan risalah-risalah Tuhan. Ulama-ulama silam menyampaikan risalah-risalah Tuhan. Namun ‘ulama-ulama’ mutakhir suka menyampaikan kepada manusia ‘agama’ mereka sendiri”
Supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya, telah menyampaikan mereka, akan risalah-risalah Tuhan mereka dan telah meliputi Ia dengan apa yang di sisi mereka dan telah menghitung Ia tiap-tiap sesuatu akan bilangan.
(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya ia mengetahui Bahawa Sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal ia memang mengetahui Dengan meliputi Segala keadaan Yang ada pada mereka, serta ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".
Sesungguhnya utusan-utusan yang diredhai itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya sama ada berbentuk panduan suci atau perkhabaran-perkhabaran yang berlaku akan datang. Faedahnya adalah untuk menarik perhatian manusia supaya beriman kepada Tuhan mereka. Sehingga Tuhan telah meletakkan kawalanNya dan ilmu Tuhan meliputi perkara itu dan segala sesuatu sama ada yang telah, sedang dan akan berlaku, ada dalam ilmu perhitungan yang dapat dibilangi. Terjemahan sedemikian tentunya merobek kefahaman sebahagian besar fahaman ulama masakini yang akan menuduh, kerja untuk mengetahui perkara yang akan berlaku, adalah merupakan suatu perbuatan bidaah yang diada-adakan. Sesungguhnya Tuhan telah menjelaskan bahawa di sisi ‘Isa Al-Masih ada ilmu berkenaan kejadian As-Saah. Sehingga ‘Isa Al-Masih akan diutus sekali lagi mengkhabarkan tentang itu dan untuk memperkukuhkan ajaran ketuhanan yang sebenarnya dan membersihkan nama baginda daripada menjadi sembahan umat Nasrani yang mendakwa baginda adalah benih keturunan Tuhan. Na’uzubilLah.
Selain umat Nasrani, umat Islam juga mempercayai
bahawa nabi Isa A.S akan datang kembali untuk kali ke-2.
Surah-surah selepas ini banyak mengkhabarkan peristiwa-peristiwa besar yang akan berlaku. Penulis cuba menggarap kejadian-kejadian itu berdasarkan pendekatan ilmiah berlandaskan fenomena alam. Sudah tentulah akan merangkumi sebahagian daripada ilmu pentakrifan fenomena alam dengan mendapatkan hubungan antara pergerakan jasad-jasad besar sebagaimana yang dinyatakan melalui ayat-ayat Al-Quran. Oleh kerana matlamat akhirnya adalah supaya risalah-risalah Tuhan akan sampai kepada manusia, sebahagian pemberitahuan ini adalah untuk bertujuan supaya risalah-risalah Tuhan bukan sahaja mengandungi perkataan yang sampai, bahkan dapat disampaikan dengan perkataan yang sampai.
Melainkan (kepada) barangsiapa telah diredhai Ia, daripada utusan, maka sesungguhnya Ia mengelilingi daripada antara dua tangannya dan daripada belakangnya suatu pengintaian.
Melainkan kepada mana-mana Rasul Yang diredaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib Yang berkaitan Dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan Yang demikian) maka ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat Yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu Selamat sampai kepada Yang berkenaan).
i. Penjagaan Rahsia
Rahasia-rahasia itu turut akan dijagai supaya tidak akan terungkap oleh utusan itu tanpa pengawalan penuh. Pada zaman RasululLah S.A.W. seketika sebelum berlakunya pengepungan Makkah yang membawa kepada pembukaan Makkah, RasululLah S.A.W. telah berdoa kepada Tuhan supaya perancangan itu dirahsiakan. Namun berlaku suatu usaha daripada sahabat yang mengirim berita ke Makkah secara rahsia supaya ahli keluarganya di Makkah meninggalkan kota itu sebelum berlaku penaklukan. Peristiwa ini telah dimaklumkan oleh Jibril A.S. kepada RasululLah S.A.W. lalu RasululLah S.A.W. mengutus Syaidina Ali R.A. untuk menghalang perutusan berita itu. Sehinggalah umat Islam berjaya sampai di sekitar kota Makkah dan menyalakan unggun api bagi menggerunkan pihak musyrikin Makkah. Pada zaman ini, banyak rahsia kejadian yang akan berlaku yang tertulis pada lembaran-lembaran seperti kulit haiwan dan kertas paparus disimpan oleh pihak Vatican di Vatican City di Itali. Mereka dapat mengetahui maklumat sebahagian peristiwa yang berlaku akan datang. Tetapi atas sikap bencikan kebenaran, mereka telah merahsiakannya. Bahkan kitab Injil yang segar dikatakan disimpan di sana sehingga suatu masa nanti akan diperolehi oleh Al-Mahdi, menyebabkan keseluruhan kaum Nasrani akan beriman kepada Nabi Isa A.S. selepas kedatangan Dajjal.
ii. Tentang Jin dan Perkhabaran Ghaib
Secara mudah untuk diperkatakan, Tuhan lebih mengetahui tentang perkara ghaib dan bukannya dengan perkhabaran daripada jin. Pengetahuan tentang perkara yang ghaib tersimpan pada utusan Tuhan yang diredhai. Menghindari jin dan menyerahkan kepada Tuhan atas urusan perkara ghaib bukanlah penyebab perkara ghaib untuk tidak boleh diperbincangkan. Terdapat banyak hadith marfu’ yang mengkhabarkan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas dari zaman kerasulan sehingga menjelang As-Sa’ah. Seterusnya ayat 72:26 tidak harus diambil secara sekerat sehingga melupai 72:27 sehingga mengakibatkan perbincangan perkara mendatang menjadi suatu kelarangan. Sesiapa sahaja dapat mengetahui perkara ghaib pada had-had tertentu.
Kita sebenarnya dapat mengagak perkara yang
bakal terjadi berdasarkan pengamatan masa kini.
Bersiap sedialah sebelum sampai masanya yang
jiran-jiran kita kelaparan.
iii. Di Sebalik Ajaran Perkara Ghaib
Bangsa jin sebenarnya tidak mengetahui perkara mendatang dan tidak juga Iblis yang mengetuai ajaran keingkaran yang diikuti oleh sebahagian jin dan manusia.Mereka hanya dapat mengetahui perkara mendatang melalui manuskrip-manuskrip yang ditinggalkan oleh rasul-rasul terdahulu. Perkhabaran daripada Nostradamus yang masyhur tentang puisi-puisinya yang memberitahu kejadian mendatang, diperolehi daripada datuknya yang telah menemui manuskrip di perpustakaan yang turut tersimpan di bawah bangunan Masjid Al Aqsa. Pihak Vatican mempelajari perkhabaran sedemikian, begitu juga puak Luciferian (globalist) yang mengambil kesempatan sedemikian bagi merencana agenda yang mereka namai sendiri sebagai menyusun semula masa.
Oleh kerana mereka tidak mengetahui perkara ghaib perkhabaran masa akan datang, mereka telah membentuk ajaran baru tentang masa silam. Mereka mengajari bahawa setiap jiwa yang dilahirkan masakini adalah merupakan individu yang pernah hidup sebelum ini. Iaitu individu yang telah menempuh kematian, lalu telah melalui suatu proses yang mereka namai sebagai proses amnesia iaitu proses menyah-ingatan untuk dilahirkan semula sebagai individu baru, tanpa sebarang ingatan. Kelahiran manusia dianggap sebagai menempuh sebuah kelahiran semula atau reinkarnasi. Dengan teknologi yang mereka pelopori, mereka dapat memadam ingatan seseorang tentang sesuatu dan mereka juga dapat memuat turun semula ingatan kepada seseorang sehingga seorang itu merasakan seolah-olah ia pernah hidup sebelum ini. Konsep reinkarnasi tidak pernah diketahui wujud dalam agama Islam. Konsep ini wujud dalam agama penyembahan berhala seperti agama Hindu. Agama Islam hanya mengajar perkara kebangkitan di akhirat nanti. Kita tidak harus memandang ke belakang tentang sesuatu yang silam yang kini kita tidak akan perolehi kembali dan yang harus kita hadapi adalah persediaan untuk menghadapi hari-hari mendatang di akhirat kelak. Memandang ke hadapan menjadikan kita berada dalam agama yang mahu kita maju ke hadapan dengan kemajuan yang jauh.
Yang mengetahui akan yang ghaib. Lalu tidak ia menzahirkan atas perkara ghaibnya seorangpun.
Tuhanlah sahaja Yang mengetahui Segala Yang ghaib, maka ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun,
Malaikat Jibril A.S. semasa mengajari tentang Iman, Islam dan Ihsan kepada sahabat-sahabat RasululLah S.A.W., ada menanyakan kepada RasululLah S.A.W. tentang bilakah terjadi hari As-Saah lalu dijawab oleh RasululLah S.A.W. bahawa yang menanya harus lebih mengetahui daripada yang ditanya. Lalu Jibril A.S. bertanya lagi tentang tanda-tandanya lalu RasululLah S.A.W. menjawab iaitu apabila amanah diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya lalu nantilah kehancuran.
Pada waktu ini urusan tentang pentadbiran banyak diserahkan kepada seseorang berdasarkan hubungan rapat dengan pihak atasan. Mereka bukanlah yang pakar dalam suatu pengurusan. Akibatnya banyak pembangunan dilakukan berhampiran kawasan tadahan air. Lebuhraya dibina merentasi hutan dan kawasan tanah tinggi. Penjenayah mengupah jabatan untuk melindungi aktiviti jenayah. Bantuan kepada golongan yang memerlukan tidak sampai kepada mereka. Penguatkuasaan agama hanya meliputi perkara maksiat, nikah kahwin, puasa dan kematian.
Mengenai pemberitahuan perkara mendatang pula, kiranya perkara yang akan berlaku diketahui umum, maka pihak yang terlibat akan berbuat sesuatu untuk menghalang atau untuk menyatakan akannya. Akan wujud individu yang cuba mengisi agenda perkara ghaib itu yang kononnya sebagai watak yang dijanjikan. Pentadbiran Amerika Syarikat telah menghantar tentera ke Afghanistan dan Iraq untuk menghalang pembukaan semula Makkah, demi untuk menghalang kekhalifahan baru dunia Islam. Mereka sibuk dengan agenda peperangan untuk mengancam sesiapa sahaja.
Siapakah sebenarnya yang dijanjikan akan membawa kemenangan kepada Umat Islam? Penulis sendiripun tidak pasti.
Namun kiranya bukan Taliban Afghanistan, US telah lama dapat menewaskan mereka.
Katakanlah olehmu: Kiranya aku mengetahui adakah dekat apa yang kamu dijanjikan ataukah Ia jadikan baginya oleh Tuhanku suatu tempoh!? (Pasti aku akan beritahu)
(kalau ditanya Bilakah azab itu? maka) katakanlah: "Aku tidak mengetahui sama ada (azab) Yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh Yang lanjut.
Sekiranya RasululLah S.A.W. mengetahui secara pasti maka bukan tugas baginda menyembunyikan pengetahuan itu daripada umat. Dalam suatu syarahan yang panjang, RasululLah S.A.W. ada mengkhabarkan kepada sahabat-sahabat R.A.H.M. perkara-perkara yang akan berlaku dari masa kerasulan sehinggalah berlaku hari As-Saah. Lalu sebahagian sahabat menyalinnya sehingga diingati oleh yang mengingati dan dilupai oleh yang lain. Sungguh begitu Tuhan tidak meninggalkan sesuatu daripada kitab Al-Quran. Diketahui oleh yang mengetahui tentang perkara-perkara ghaib dan mereka menjaganya serta tidak diketahui oleh yang lain. Dalam hal yang demikian RasululLah S.A.W. seringkali ditanyai manusia tentang masa berlakunya kejadian seolah-olah baginda dapat mengetahui masanya dengan tepat. Dalam Al-Quran terdapat pemberitahuan tentang kemenangan bangsa Rum yang akan mengalahkan bangsa Parsi (30:3). Tentang hari Keputusan yang waktunya ditentukan (78:17). Banyak daripada peristiwa yang akan berlaku sesudah RasululLah S.A.W., yang diriwayatkan oleh Sahabat Abu Hurairah R.A. lalu beliau menulisnya dan mengasingkan ke dalam dua uncang kulit yang berlainan. Satu untuk diketahui oleh sahabat-sahabat yang lain dan satu lagi untuk dirahsiakannya sehingga masa-masa tertentu, yang sekiranya ia mendedahkannya, lehernya mungkin akan dipenggal atau lidahnya dipotong.
Sebagaimana Sahabat Syaidina Ali R.A., yang memiliki ilmu yang dikhabarkan oleh RasululLah S.A.W. tentang perkhabaran yang akan berlaku sehingga beliau mengetahui masa dan tempat akan berlaku pembunuhan terhadap diri beliau dan beliau telah menghadapi peristiwa itu. Peristiwa As-Saah yang pengetahuannya ada di sisi Nabi 'Isa A.S. Baginda akan muncul sebelum berlakunya hari Keputusan mempunyai tugas-tugas penting untuk membunuh dajjal, menghancurkan salib, membatalkan sistem riba dan pajakan dan membunuh babi. Harta akan melimpah ruah sehingga suatu masa manusia tidak menghendakinya lagi.
Peristiwa Yang Akan Berlaku Sedikit Lagi, Kita Harus
Sehingga apabila telah melihat mereka apa yang mereka dijanjikan, maka kelak mereka mengetahui siapakah yang lagi lemah pertolongan dan lagi sedikit bilangan.
(golongan Yang kufur ingkar itu tetap memandang Engkau lemah dan kurang penyokong Wahai Muhammad), sehingga apabila mereka melihat (azab) Yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya Yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.
i. Sistem Hidup Yang Akhirnya Melemahkan Mereka
Apakah yang dijanjikan Tuhan kepada golongan ingkar? Iaitu dengan terlaksananya pemberitaan Al-Quran, tentang azab yang merata-rata dan hari yang berat kepada mereka. Kita dapati pada waktu ini, apabila sistem ekonomi yang diasaskan oleh golongan ingkar telah dijadikan amalan - lalu... lihatlah bagaimana kesudahannya apabila keburukan sistem itu kembali kepada golongan ingkar itu sendiri? Orang ramai yang dapat merasakan tekanan hidup, akhirnya mengadakan perhimpunan beramai-ramai, melakukan pemprotesan sehingga menggugat pemerintahan.
Perkara yang telah, sedang dan
akan terjadi di mana-mana.
Pemerintah digulingkan, bekas pemimpin dijatuhi hukuman tetapi lingkaran keperitan hidup semakin meningkat. Lalu berlakulah pelbagai masalah yang disebutkan tadi, sepertimana telah berlaku lingkaran azab di negara-negara yang pemerintahan sebelumnya, telah memilih sistem keingkaran sehingga akhirnya rakyat mereka mengalami penderitaan dalam tempoh yang panjang. Mereka tidak memperolehi bekalan air segar sehingga menimbulkan banyak penyakit sama ada disedari atau tidak disedari.
ii. Kehidupan Bermasyarakat Mereka
Semakin Parah
Semakin jauh meninggalkan petunjuk Tuhan maka semakin parah kehidupan bermasyarakat. Akhirnya setiap individu memilih hidup nafsi-nafsi sehingga sekiranya jiran terdekat menempuh kematian, jiran-jiran lainnya tidak mengetahui. Mereka menanggung masalah sesama mereka dalam kalangan keluarga terdekat atau kawan-kawan rapat sahaja, iaitu jumlah sedikit yang dapat membantu. Tiada sebarang badan seperti baitulmal yang dapat dipercayai dapat membantu bahkan projek PPRT yang seharusnya mencapai matlamat membantu yang memerlukan, hanya menjadi habuan penjenayah yang kaya raya. Dalam surah Nun, telah diterangkan perincian nasib yang ditempuh individu kepimpinan di akhirat kelak serta kesan amalan-amalan mereka yang telah mereka lakukan semasa mereka berada di tampuk pemerintahan di dunia dahulu. Huru-hara yang berlaku akibat perlakuan kepimpinan yang porak, akhirnya mendedahkan negara kepada penguasaan asing, yang hanya ingin mengambil hasil mahsul yang terdapat dalam negara berkenaan.
Berulangnya penjajahan demi penjajahan adalah diakibatkan oleh kecuaian umat ini, kepimpinan mereka serta pengabaian amanah oleh 'ulama-ulama' mereka. Mereka sungguh selesa dengan harta yang dapat mereka kaut, status dan kedudukan perjawatan yang mereka sandang.
iii. Hilang Kekuasaan dan Sedikit Bilangan
Ayat seperti ini juga berkait dengan ayat daripada 69:29 dan 69:35 dalam menyampaikan perkhabaran tentang perkara malang yang menimpa kepimpinan yang curang. Kepimpinan sedemikian gemar untuk menyalahi ajaran Tuhan dan rasulNya. Mereka melihat amanah pemerintahan sebagai habuan untuk meraih kekayaan sebanyak mungkin. Mereka menggunakan kuasa untuk terus mencengkam rakyat sehingga diharap tiada siapa dapat menegur atau berani menentang. Lalu, berlakulah kerosakan terhadap alam sekitar dan juga kehidupan sosial manusia itu sendiri. Pembangunan tidak seimbang berbanding keberadaan ekonomi menjadi sebab kepada tekanan inflasi daripada dua arah yang membebankan rakyat. Pertama - adalah kesan daripada pengamalan riba yang meningkatkan nilai hartanah sehingga meleret kepada keperluan asas manusia dan kedua - adalah akibat defisit kewangan negara yang cukup besar kesan daripada mengalirnya nilai wang keluar negara. Pembangunan yang hanya mendirikan bangunan-bangunan terbiar telah menjadi kebanggaan pemimpin lantaran cukai yang diperolehi daripada aktiviti perbankan serta institusi-institusi kewangan yang sentiasa menyediakan dana untuk pembinaan baru.
Wang yang dikutip daripada hasil cukai, gagal diagihkan semula secara berkesan, bahkan untuk dihantar keluar negara melalui bayaran upah pekerja asing. Kita telah melihat kesan berpanjangan sedemikian di negara-negara Timur Tengah, sehingga kepimpinan mereka tumbang satu persatu bermula dari Tunisia, diikuti Mesir dan Libya. Kita juga dapat melihat bagaimana sebahagian daripada pembesar negara telah dikenakan tindakan undang-undang dan dimalukan oleh rakyat mereka sendiri.
Melainkan suatu penyampaian daripada Allah dan risalahNya dan barangsiapa yang ia menyalahi akan Allah dan akan utusanNya maka sesungguhnya baginya neraka jahanam, berkekalan mereka di dalamnya berabad-abad lamanya.
(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaKu menyampaikannya) dan sesiapa Yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka Sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.
Lantaran tugas kerasulan hanya menyampaikan risalah yang datang daripada Tuhan. Adapun Jibril A.S. yang membawa risalah adalah malaikat yang kuat, bijak lagi dapat dipercayai. Ia hanya menyerahkan risalah dan bukannya berkata-kata bagi pihak Tuhan. Dalam ayat 72:22 memberitahu bahawa RasululLah S.A.W. tidak menerima perkataan melalui perantaraan yang berkata-kata bagi pihak Tuhan. Disambung seterusnya pada ayat 72:23 iaitu melainkan untuk menyambung tugas menyampaikan risalah yang diterima melalui malaikat Jibril A.S. daripada Tuhan. Ayat selanjutnya memberi ancaman bahawa barangsiapa yang menderhakai Allah dan menderhakai rasulNya sama ada malaikat Jibril A.S., sebagaimana yang diderhakai oleh Yahudi atau Muhammad S.A.W. sebagaimana yang dilakukan oleh pemuka-pemuka Quraisy Makkah, maka tempat mereka di neraka Jahanam, mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya. i. Kaedah Hukum Kearaban Untuk Memahami Ayat Susunan ayat-ayat sedemikian dengan mengambil hukum kearaban, menghimpun ayat daripada 72:20/21/22/23 maka ayat terkemudian didapati menjelaskan ayat-ayat terdahulu, maka benarlah ayat Allah 11:01. Ayat ini benar-benar menjelaskan bahawa tugas kerasulan hanyalah menyampaikan risalah Tuhan dan bukan mendapatkan perkataan daripada pihak yang berkata-kata bagi pihak Tuhan atau nabi mengada-adakan suatu perkataan, lalu mewatakkan Tuhan dan malaikat Jibril A.S. sebagai pengutus wahyu. Terdapat ajaran kerohanian yang bukan-bukan, yang menyatakan bahawa seolah-olah Muhammad RasululLah S.A.W. itu seperti dirasuk suatu entiti yang dinamainya sebagai Tuhan untuk mengadakan suatu perkhabaran yang beragendakan malaikat Jibril sebagai penghantar wahyu. Sekiranya demikian, tanyalah kepada mereka yang pulih daripada histeria atau kerasukan syaitan, siapakah sebenarnya yang mengeluarkan kata-kata kerasukan semasa ianya dalam keadaan tidak menyedarinya. Adakah Muhammad RasululLah S.A.W. seperti itu sehingga tidak menyedari perkataan yang diungkapkan melalui lisannya? Sekiranya demikian, tidak perlulah golongan musyrikin Quraisy merencana tipudaya sehingga memeranginya dan menentangnya habis-habisan, cukup dengan mendapatkan tabib yang pakar.
Tugas kerasulan sebenarnya bukanlah semata-mata tugas RasululLah S.A.W. Tugas kerasulan telah dilaksanakan oleh khalifah-khalifah sesudah itu selepas daripada kewafatan RasululLah S.A.W. Khalifah-khalifah telah melaksanakan tugas kerasulan. Mereka menyambung tugas kerasulan dengan menyambung kerja-kerja menyampaikan ayat-ayat Tuhan. Mengapa terlalu sedikit hadith-hadith RasululLah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Bakar R.A? Bukankah beliau merupakan Ahlul Bait yang paling rapat dengan RasululLah S.A.W, sejak daripada mula kerasulan dan bersama-sama baginda semasa berlindung dalam gua Hira’. Abu Bakar R.A. tidak menyampaikan hadith Nabi S.A.W. melainkan pada jumlah yang amat sedikit. Beliau menyampaikan ayat-ayat Tuhan dan perkara itu telah beliau lakukan. Apabila berlaku tuntutan pewarisan harta RasululLah S.A.W. selepas kewafatan baginda oleh sebahagian isteri baginda, Khalifah Abu Bakar R.A. dengan tegas menyatakan bahawa RasululLah S.A.W. tidak mewariskan dinar dan dirham kepada sesiapapun. Baginda hanya mewariskan ilmu daripada Al-Qur’an. Hadith berkenaan ini dan sedikit hadith lain telah beliau sampaikan. Harta-harta peninggalan RasululLah S.A.W. diserahkan kepada baitulmal untuk urusan keperluan umat dan infaq pada jalan Tuhan.
ii. Menyalahi (menderhakai) Allah dan RasulNya, Menempah Neraka Jahanam
Perkataan يعص الله و رسوله adalah lebih jitu difahami sebagai menyalahi akan Allah dan akan rasulNya. Terjemahan biasa adalah menderhakai Allah dan rasulNya. Perkataan ini tidak wajar diambil sekerat tetapi harus dirujuk dengan perkataan sebelumnya iaitu بلغا من الله و رسلته iaitu telah menyampai ia daripada Allah dan risalah-risalahNya. Demikian itu perintah Tuhan agar ayat-ayat sentiasa dihubungkan membentuk himpunan yang lengkap (28:51). Muhammad RasululLah S.A.W. telah menyampaikan risalah-risalah Allah. Muhammad RasululLah S.A.W. tidak menyampaikan risalah-risalah Jibril A.S. Khalifah Abu Bakar R.A. juga telah menyampaikan risalah-risalah Allah. Khalifah Abu Bakar R.A. tidak menyampaikan risalah-risalah Muhammad RasululLah S.A.W. maupun risalah-risalah Jibril A.S. melainkan yang ada rujukan daripada ayat-ayat Tuhan. Begitu juga yang disampaikan oleh Khalifah Umar R.A., Khalifah Usman R.A. dan juga Khalifah Ali R.A. Pertembungan kefahaman sedemikian telah terjadi antara Khalifah Ali R.A. dengan Sahabat Abu Zarr R.A. yang mengetuai pemberontakan penduduk Iraq. Sahabat Abu Zarr R.A. telah menyedari kesilapan beliau lalu bertaubat serta mengingatkan kembali penduduk Iraq bahawa beliau telah tersilap kefahaman dalam memahami ayat-ayat Tuhan, sehingga mengambil pendirian menentang Khalifah Ali R.A. Demikian itulah sikap sahabat yang tidak mengambil pemimpin mereka selaku sekutu Tuhan melainkan untuk mentaati perintah Tuhan. Malangnya beliau telah dibunuh oleh penduduk Iraq lalu tercetuslah pertempuran antara tentera yang setia kepada kekhalifahan yang sah dengan kumpulan pemberontak yang melampau dengan berakhir kemenangan kepada pihak yang lebih condong kepada kebenaran. Khalifah Ali R.A. di pihak yang benar. Abu Zarr R.A. juga di pihak yang benar. Kemenangan diperolehi oleh pihak yang lebih benar antara kedua-dua pihak yang benar.
iii. Bagaimana Pendirian Kita?
Menyampaikan perkara yang lain daripada risalah-risalah Tuhan adalah perbuatan yang salah, sekalipun perkara yang disampaikan itu berbau agama. Menyampaikan pelajaran Al-Hadith atau As-Sunnah harus merujuk kepada ayat-ayat Tuhan untuk mensahihkannya terutama dalam perkara-perkara yang menyentuh hukum-hakam. Mengambil petunjuk lain sehingga tidak kembali kepada Allah dan risalah-risalahNya adalah menempah tiket ke neraka jahanam kekal di dalamnya berabad-abad lamanya.
Bagaimanakah sikap kita sekarang ini? Menyalahi Allah dan rasulNya sepertimana yang dilakukan oleh Yahudi dan kaum Musyrikin Quraisy, dengan berkesudahan kekal di neraka Jahanam? Ataukah menyalahi penyampai agama yang semata-mata daripada Allah daripada risalah-risalahNya seperti yang dilakukan oleh pemberontak Iraq, membunuh sahabat RasululLah seperti Abu Zarr R.A. dan Saidina Ali R.A? Mereka itu juga termasuk kategori yang sama seperti kaum-kaum yang ingkar yang disebutkan. Bukankah terdapat ayat bahawa yang paling celaka daripada kalangan umat terdahulu adalah mereka yang membunuh unta dan menderhakai Nabi Salleh A.S. dan terdapat atsar Saidina Ali R.A. bahawa mereka yang celaka daripada umat ini adalah yang membunuh beliau dalam kalangan penduduk Iraq? Bencana datang dari Iraq sejak dari kerajaan Babilon hingga ke akhir zaman.
Katakanlah olehmu: Sesungguhnya aku, sekali-kali tidak, ia mewakili akan daku daripada Allah, oleh sesuatu (yang lain), dan sekali-kali tidak, aku dapati daripada selainNya tempat perlindungan.
Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika Aku menderhaka kepadaNya), dan Aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadanya,
i. Jibril Seperti Posmen, Tidak Pernah Mengubah Kandungan Surat
Pekerjaan menyampaikan dakwah yang dilakukan oleh RasululLah S.A.W.
adalah merupakan ketaatan kepada perintah Allah dan bukan perintah
sesiapa pun selain daripada Allah. RasululLah S.A.W. tidak mengada-adakan
bacaannya sendiri seumpama itu (25:04/05) sehingga boleh dipertikaikan
oleh manusia atau jin. Sekiranya ia sendiri memilih untuk
mengada-adakan sesuatu perkara maka ia sendiri akan diadili oleh Tuhan
(69:46) yang ia tidak dapat mencari tempat perlindungan kepada yang lain
selain kepadaNya. Perkataan “Katakanlah olehmu: Sesungguhnya aku,
sekali-kali tidak, ia mewakili akan daku daripada Allah, oleh sesuatu …”
sekiranya diterjemahkan secara yang baik dalam bahasa Malaysia adalah
“Katakanlah olehmu sesungguhnya aku, tidaklah sekali-kali diwakili oleh
sesuatupun, daripada Allah” iaitu tiada arahan orang tengah yang
memerintah RasululLah S.A.W. untuk melakukan sesuatu daripada Tuhan.
Jibril A.S. sebagai pembawa wahyu bukanlah pihak yang mengeluarkan
arahan bagi pihak Tuhan. Jibril hanyalah pembawa yang diarahkan Tuhan.
Pengajarannya, kita tidak harus bertanya-tanya pendapat ulama tentang
sesuatu peraturan dalam agama sehingga seolah-olah agama adalah hasil
karangan ulama berkenaan. Ulama boleh sahaja mengeluarkan ijtihad, namun
ijtihad itu adalah dianggap hasil bersungguh-sungguh beliau dalam memahami perintah Tuhan supaya dituruti umat. Apabila kefahaman Al-Qur'an yang lain disekat, dan hanya kefahaman ulama-ulama sedia ada sahaja yang diterima, maka akan sampai masanya terjemahan Al-Qur'an berdasarkan pandangan ulama-ulama berkenaan akan dianggap sebagai perkataan seumpama perkataan Tuhan. Kemudian golongan pengkritik itu mula mencanang bahawa Al-Qur'an (dan bukannya terjemahan ulama-ulama berkenaan) dianggap sebagai komik hiburan semata-mata.
Kerana kecacatan dalam penterjemahan Al-Quran dan
pendirian umat yang tidak dibenarkan mengkritik terjemahan
Al-Quran oleh para penterjemah, akhirnya fahaman mereka
terhadap Al-Qur'an menjadi bahan senda gurau.
ii. Bentuk Kefahaman “Tiada Sesiapa Dapat Membela Muhammad S.A.W. Daripada Hukuman Allah”
Cuba bandingkan dengan terjemahan yang biasa didapati seperti berikut, “Katakan: Tiada seorang pun yang sanggup memberi perlindungan kepadaku terhadap (hukuman) Allah” tentulah berbeza dengan cara kefahaman yang diterangkan tadi. Kaedah kefahaman yang berbeza ini adalah diperolehi dengan jalan terjemahan secara harfiyah daripada bahasa Arab. Begitulah yang diperintahkan untuk mendapatkan kefahaman secara bacaan kearaban supaya tiada terdapat kebengkokan dalam mendapatkan pengertian (39:28). Hukum kearaban perlu diguna pakai dalam memahami konteks ayat sebagaimana diperintahkan (13:37) dan bukan semestinya hukum tajwid untuk berebut-rebut mendapatkan pahala atas pembacaan yang betul. Sekiranya kaedah kearaban ini dipatuhi maka terlaksanalah penyampaian kitab yang ayat-ayatnya dihukumkan iaitu dikemaskinikan secara susunan rapi sebagaimana disebutkan pada 11:01 dan diikuti kemudiannya dengan penjelasan-penjelasan yang ada hubungkait dengan ayat-ayat sebelumnya. Contoh ayat yang datang kemudian yang memberi penjelasan adalah:-