SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Sunday, May 5, 2019

UNTUK MENYAKSIKAN BAHAWA TUHAN MAHA MEMELIHARA ATAS SEGALA SESUATU


    ﻭ  ﻰ ﻞ ﺊ 

Dan Tuhan engkau atas segala sesuatu Maha Memelihara

Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.

Bumi yang kita diami secara relatifnya adalah sangat kecil berbanding alam jagat ciptaan Tuhan. Kiranya bumi ini seolah-olah sebutir debu di lengan baju seorang (yang akan segera hilang dengan sekali tiupan) apatah lagi kedudukan kita sebagai individu manusia di sisi Tuhan. Manusia diberi tanggung jawab untuk memikul amanah sebagai khalifah (pengganti Tuhan) di bumi ini, harus menjagai bumi ini dan apajua yang terdapat padanya berdasarkan panduan Tuhan. Dengan itu kiranya mereka ingin memerhatikan sifat Tuhan mereka yang Maha Memelihara.

Sepanjang hayat generasi manusia di bumi ini,
takkan mendapatkan planet sepertinya di alam 
jagad ini di tempat lain.

Lihatlah di manakah dia kekuasaan Fir’aun suatu ketika dahulu? Kekuasaannya telah musnah namun pemerintahan masa kini masih lagi berusaha untuk mencontohi peradaban pemerintahan Fir’aun suatu ketika dahulu. Oleh itu, maka tidak hairanlah kita akan dapat melihat kemusnahan terhadap mana-mana corak pemerintahan seumpama itu, dalam sedikit masa lagi. Oleh kerana Fir’aun menggunakan pengawalan kapitalis terhadap usaha perladangan dan kawalan sumber air, maka negaranya telah mengalami kerosakan ladang, cuaca dan sebagainya sehingga menjejaskan sumber pemakanan manusia. Rakyat yang tidak mempunyai pilihan akhirnya terpaksa meninggalkan negara berkenaan.

Kita dapat melihat di mana-mana jua sekarang ini (ketika tulisan in ditulis), pemerintah di negara-negara kapitalis telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkukuh cengkaman kekuasaan mereka. Semua ini terjadi gara-gara kesalahan mereka sendiri meniru corak pemerintahan kapitalisma sebagaimana yang telah diamalkan oleh Fir’aun suatu ketika dahulu. Sistem pajakan dan pengamalan riba kini, telah sampai ke tahap yang tidak dapat dikawal. Dalam sedikit masa lagi, kita pasti akan dapat melihat suatu keadaan yang dinamai sebagai perpindahan pemilikan harta manusia secara besar-besaran. Yang demikian itu akan dituruti dengan kegawatan ekonomi luar jangka. Kejadian jenayah akan meningkat dan kedudukan pemerintah akan menjadi semakin tergugat. Penjawat-penjawat awam dalam institusi keamanan dan keselamatan tidak lagi boleh diharap kerana juga terpaksa menjaga kepentingan masing-masing melebihi kepentingan menjaga negara mereka sendiri. Akhirnya negara akan terpecah menjadi beberapa buah negara yang kecil.


Kejatuhan ekonomi US akan diikuti
oleh kejatuhan ekonomi dunia. Perkara
ini pasti akan terjadi dalam sedikit
masa lagi.

Lihatlah, apakah yang telah terjadi terhadap sistem kewangan negara ini pada masa ini? Inflasi terhadap barangan keperluan menjadi sesuatu yang tidak dapat dielak. Perkara yang tidak dapat dielakkan ini terjadi, kerana negara ini telah dikepung oleh sistem kapitalisma yang telah diperkenalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sekalipun sistem kapitalisma bukan merupakan amalan ekonomi yang diwajibkan dalam perlembagaan negara, namun perkara itulah yang dikehendaki oleh penjajah untuk diamalkan di negara ini sebelum mereka meninggalkan negara ini. Pada permulaannya, sistem kapitalisma yang dijalankan di negara ini adalah melalui perbankan. Berasaskan kepada konsep pinjaman atau leveraj, pengamalan kapitalisma telah merebak kepada pasaran saham.

Huraian daripada bahagian surah ini nampaknya tidak membawa manfaat kepada pemulihan rakyat negara ini. Berita kejadian jenayah kini telah menjadi sesuatu yang viral di media sosial. Hubungan kekeluargaan menjadi semakin rosak. Akhirnya kita sendiri yang akan dapat menyaksikan wujudnya kumpulan-kumpulan baru dalam masyarakat seperti “feminisma”, “incels, “mg-tow” dan sebagainya.

Ajaran-ajaran agama baru yang tidak diketahui dari mana ambilannya, mula dijadikan pengamalan dan dianggap sebagai syari’at agama. Wang-wang maya mulai diperkenalkan dan capaian untuk mendapatkan sejumlah hutang, amat-amat dipermudahkan. Aktiviti ekonomi melalui riba dan pajakan semakin menjadi-jadi. Capaian terhadap wang maya semakin mudah didapati di mana-mana. Pemimpin-peminpin dan penjawat-penjawat agama dibeli untuk melaksanakan dan membantu agenda dajjal yang sedang diperkenalkan secara meluas ke atas umat ini.





No comments:

Post a Comment

Popular