ﺍﻡﺗﺮﻳﺪﻭﻥﺍﻥﺗﺴﺌﻠﻮﺍﺭﺳﻮﻟﻜﻢ
ﻛﻤﺎﺳﺌﻞﻣﻮﺳﻰﻣﻦﻗﺒﻞ
Ataukah kamu orang-orang yang menghendaki bahawa kamu
meminta akan rasul kamu sepertimana telah diminta Musa dari dahulu?
Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu
sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu?
Oleh kerana perbincangan tentang ayat ini adalah
menyentuh tentang ayat sebelumnya darihal ayat nasikh dan mansukh, iaitu
sesuatu yang berkaitan tentang kekuasaan Tuhan dan pembentukan kerajaanNya,
maka ayat-ayat selanjutnya selepas itu seharusnya menjelaskan dengan lebih
mendalam tentang perkara yang berkaitan.
i. Hubungan
Ayat Dengan Pelajaran
Terdahulu
Terdahulu
Dalam surah An-Nuh sebelum ini, penulis telah nyatakan
suatu pendedahan tentang perkara silam iaitu tentang tanggapan beragama umat
terdahulu darihal sesuatu yang menakjubkan mereka. Peninggalan artifak-artifak
bersejarah yang ditemui dalam bangunan peninggalan mereka itu, ada ditunjukkan
kehadiran makhluk-makhluk lain yang dikatakan maju sehingga makhluk-makhluk itu
dianggap sebagai dewa dan sebagainya. Pembaca boleh merujuk sendiri perkara ini
berdasarkan aktiviti ritual yang diamalkan oleh masyarakat Mesoamerika
silam dan juga sebahagian ritual
penduduk asli di Afrika yang masih wujud hingga kini. Bahkan corak perayaan
mereka masih boleh diperhati diamalkan di Indonesia.
Oleh itu telah menjadi rutin bagi golongan pemyembah-penyembah berhala mengharapkan suatu yang bersifat magis apabila mereka terlibat dalam suatu yang kritikal seperti peperangan dan bencana. Mereka mengharapkan bantuan magis terhadap sesuatu yang berada di luar kawalan mereka.
ﻭﻣﻦﻳﺘﺒﺪﻝﺍﻟﻜﻔﺮﺑﻸﻳﻤﺎﻥ
ﻓﻘﺪﺿﻞﺳﻮﺍﺍﻟﺴﺒﻴﻞ
Dan barangsiapa yang ia menukar ganti kekufuran
terhadap iman, maka sesungguhnya telah sesat ia (daripada) selurusnya jalan.
Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil
kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus.
ii. Magis Yang Membawa Kepada Kesesatan
Di mana-mana jua, pengamalan magis seringkali
dikait-kan dengan ilmu hitam atau untuk tujuan kejahatan. Walhal perkara-perkara
yang dikatakan sebagai magis hanya dapat terlaksana berdasarkan ilmu yang
diizinkan Tuhan untuk terjadinya kejadian tertentu.
iii. Pencapaian Teknologi Dianggap
Sebagai Magis
Sebagai Magis
Sebagai contoh, hanya kerana jam detik yang
diperkenalkan kepadanya, seorang sultan sanggup melempar jam berkenaan jauh
daripadanya kerana jam detik itu dianggap sebagai rekaciptaan sihir. Peristiwa
ini berlaku pada permulaan zaman Renaisance yang menjurus kepada kejatuhan
kekhalifahan umat Islam ke tangan bangsa Barat. Perkara yang penulis ingin
nyatakan di sini adalah, betapa kita harus menghargai ilmu pengetahuan
rekaciptaan supaya kita dapat menjauhkan diri kita daripada amalan kuno seperti
magis dan sihir. Tidak pernah ada bangsa atau kaum dapat dianggap maju apabila
mereka suka mendekati perkara-perkara Harut dan Marut (karut mengarut).
Pengamalan seperti ini sebenarnya lebih menyerlahkan sifat dengki sesama
mereka. Dalam skala yang kecil mereka gemar menggunakan sihir untuk
mendatangkan mudharat kepada pihak lain dan pada skala yang besar, mereka
memaparkan persembahan sulapan mata untuk tujuan mendapatkan kepentingan dunia
bagi mempengaruhi manusia.
iv. Sistem
Ekonomi Kapitalis Sebagai
Suatu
Sulapan Magis Yang Besar
Dalam membincangkan perkara-perkara magis, kita harus
tidak melupai bahawa selain daripada perkara-perkara Harut dan Marut yang
bersifat mistik, corak pengamalan ekonomi kapitalis berasaskan riba dan pajakan
adalah juga merupakan suatu sulapan seperti juga pengamalan magis. Perkara
seperti ini amat mempengaruhi orang ramai sedangkan mereka tidak menyedari,
akhir bagi pengamalan sistem sedemikian adalah kemudharatan yang sangat besar
kepada kehidupan mereka sendiri melibatkan keadaan sosial dan keadaan
bermasyarakat umat manusia. Kerosakan juga berlaku kepada alam sekitar
sehinggalah kepada ketidak stabilan politik sesebuah negara. Menyedarkan umat
manusia tentang bahaya sedemikian adalah kerja sukar yang perlu dilakukan.
Oleh kerana amalan magis adalah lahir daripada sifat hasad dan juga kepentingan dalam mempengaruhi orang ramai, maka perkara ini akan dilakukan oleh individu yang bersifat hasad atau kaum yang bercita-cita kuat untuk cuba menguasai sesebuah masyarakat atau negara yang lain. Dengan terbentuknya sistem ekonomi kapitalis, nyatanya cita-cita untuk menjajah serta menguasai golongan lain menjadi suatu agenda yang besar. Kempen penjajahan yang telah berlaku terlalu lama, kini mula dirasai sendiri oleh negara-negara yang pernah dijajah untuk mereka mula menjajah negara-negara sekitar mereka, demi melebarkan ideologi kapitalis mereka. Perkara ini berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung.
v.
Persembahan
Teknologi Untuk Menyesatkan
Melalui sulapan sistem kapitalis, negara-negara
kapitalis berusaha mengejar kemajuan kebendaan untuk tujuan menyesatkan
manusia. Mereka menempuh kemajuan material disebabkan mereka berupaya menguasai
harta manusia secara total. Mana-mana kepimpinan negara yang berusaha menentang
mereka, akhirnya akan terperangkap oleh penentangan rakyat sendiri yang selama
ini telah terpedaya dan tersumbat dengan janji-janji manis puak kapitalis.
Lihatlah apa yang berlaku kepada Libya di bawah kepimpinan Mu’amar Gadhafi dan
Syria di bawah pimpinan Bashar Assad. Rakyat yang terperangkap akhirnya lari
meninggalkan negara menuju ke negara-negara kapitalis yang dikatakan maju.
Sistem kewangan yang menjahanamkan di bawah percaturan rejim kapitalis adalah
lebih dipercayai yang kononnya lebih baik daripada sistem ekonomi menurut
kaedah Islam. Akhirnya keupayaan rakyat untuk berbelanja besar sebelum itu akan
membawa akibat buruk kepada kewangan negara dan juga keadaan sosial masyarakat.
Dengan pendedahan kepada teknologi yang melampau tanpa kawalan dan panduan yang
benar, kini kita dapati kebanyakan ahli masyarakat bersifat individualistik dan
tidak mengambil kesah tentang penyakit-penyakit sosial yang berlaku seolah-olah
mereka telah terkena sulapan magis akibat menuruti sistem kapitalis. Perkara
kesesatan sebegini telah penulis jelaskan dalam surah Al-Ma’arij.
Dalam sistem kapitalis, setiap
individu
berlagak seperti perpatah
“bagai enau dalam belukar”,
masing-masing ingin menunjukkan
pucuknya, manakah di antara
mereka yang lebih tinggi
kedudukannya?
kedudukannya?