و انى كلما دعوتهم لتغفرلهم
جعلوا اصابعهم فى اذنهم
جعلوا اصابعهم فى اذنهم
Dan sesungguhnya aku, setiap kali telah menyeru aku akan mereka, supaya Engkau mengampuni bagi mereka, telah mengadakan mereka akan jari-jemari mereka pada telinga-telinga mereka.
Dan Sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya Dengan jari masing-masing,
i. Kematu Kesyirikan Mengakibatkan
Mereka Degil
Tingkah laku golongan yang ingkar itu adalah seumpama mereka yang menutup lubang telinga tatkala berlaku kejadian petir yang berlaku dalam gelap gulita semasa suasana hujan (2:19). Mereka bukan sahaja tidak mahu mendengar malah mengambil sikap menolak sebarang nasihat. Bagaimanakah dapat berlaku, petunjuk akan sampai kepada mereka? Demikianlah mereka telah menetapkan dalam hati mereka oleh pihak lain yang mengingkari kebenaran (71:24) disebabkan mereka telah pekat dengan amalan-amalan keburukan iaitu suatu bentuk ketagihan dalam penyembahan selain Allah. Tentunya sikap sedemikian mereka warisi daripada perlakuan dan pendidikan yang mereka perolehi daripada orang-orang tua mereka (71:27). Sebagaimana pengamalan agama itu diwarisi daripada ibubapa kepada anak-anak maka mereka yang gagal menggunakan akal secara bebas tetap akan mewariskan pengamalan agama kepada generasi seterusnya.
Seperti itu juga pengamalan agama dalam masyarakat yang merasai bahawa mereka itu telahpun memperolehi jaminan petunjuk hanya dengan pengamalan agama yang tertentu.
Mereka Megah Dengan Status, Dipaparkan Lagi Dengan Jenis Pakaian Yang Mereka Pakai
و استغشوا ثيابهم و اصروا
و استكبروا استكبارا
Dan telah melindungi mereka akan pakaian mereka dan telah membungkam mereka dan telah menyombong mereka dengan sebenar-benar kesombongan.
dan berselubung Dengan pakaiannya, serta berdegil Dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur Dengan melampau.
ii. Megah Dengan Cara Berpakaian
Sebenarnya sikap seperti ini sentiasa berlaku ke atas umat atau individu yang telah sangat-sangat dipengaruhi dan tidak mahu menggunakan akal atau mengambil jalan berfikiran bebas. Adakah mereka merupakan suatu kaum yang diiktiraf tidak berupaya menggunakan akal? Sekiranya demikian, Tuhan tidak perlu untuk sampaikan risalahNya kepada mereka. Sekiranya Tuhan menghendaki tentu Ia jadikan mereka semua beriman namun Ia melakukan perkara yang Ia kehendaki. Demikianlah Ia menghendaki untuk memberi pengajaran kepada umat ini bahawa perjuangan untuk berdakwah menyampaikan ayat-ayat Tuhan, bukanlah kerja yang mudah semudah menyampaikan pengajaran yang lain. Cercaan, maki hamun dan ancaman merupakan suatu perkara lumrah.
iii. Beragama Secara Membabi Buta
Penentangan yang paling hebat datangnya daripada kesan nilai-nilai setempat seperti budaya, kepimpinan bahkan juga daripada ahli-ahli agama itu sendiri yang membawa syariat lain daripada syariat yang diarahkan Tuhan untuk disampaikan (23:63). Sehingga apabila umat beragama secara membabi buta, ibadat solah dilakukan penyembah-penyembah dengan tanpa berilmu walau dengan sepatah perkataan yang dibaca. Persoalannya, adakah cara beragama seperti ini yang Tuhan kehendaki untuk disampaikan kepada manusia?
iv. Dua Sebab Utama Menolak
Risalah Kerasulan
Risalah Kerasulan
Sebenarnya tiada sebab untuk manusia menolak keimanan kepada Tuhan tatkala mereka diseru untuk beriman melainkan atas dua sebab utama iaitu meniru sunnah orang-orang terdahulu ataupun disebabkan oleh kedatangan azab yang tidak terduga. Sunnah orang-orang terdahulu yang meletakkan kesombongan di hadapan diikuti dengan kepentingan peribadi. Mereka yang terdiri daripada kumpulan yang memegang kedudukan kepimpinan dan jabatan-jabatan dalam sesebuah negara dan juga pengikut-pengikut mereka yang mendukung pentadbiran kepimpinan mereka, adalah condong untuk menolak keimanan berbanding golongan rakyat biasa. Sunnah seperti ini telah diamalkan oleh Fir’aun dan pembesar-pembesarnya. Mereka yang memiliki kepentingan perniagaan sehingga menindas golongan yang susah adalah lebih condong untuk menolak keimanan berbanding golongan yang susah. Contoh seperti ini adalah Abu Lahab, bapa saudara Nabi sendiri dan Al-Walid bin Mughirah yang menentang dakwah Nabi S.A.W. secara terang-terangan. Sikap suka menangguh-nangguhkan amalan baik serta mengambil pendirian tunggu dan lihat adalah penyebab kedua menyebabkan seseorang gagal untuk memperolehi keimanan sehingga azab sempat datang terlebih dahulu sebelum seseorang itu beriman kepada Tuhan. Contoh mereka adalah orang-orang Islam yang terkorban dalam peperangan Badar yang dipaksa menyebelahi golongan ingkar disebabkan mereka menangguh-nangguh usaha berhijrah.
CARA BERDAKWAH AGAMA YANG BERKESAN
Mengajak manusia kepada jalan petunjuk Tuhan untuk mengubah pengamalan agama mereka adalah seumpama pendakwah itu berbuat keputusan untuk bertukar agama sendiri. Ia tentunya memiliki sebab mengapa ia berkeputusan sedemikian sama ada kerana ilmu, harta, emosi, cinta atau atas kesedaran. Lalu ia akan melakukannya secara senyap sunyi supaya tidak disedari oleh orang lain supaya risiko bencana tidak sampai kepada dirinya. Sekiranya pendiriannya diketahui dalam keadaan masyarakat sekitar tidak bersedia untuk menerimanya, maka ia akhirnya akan menempuh bencana bahkan sehingga akan mengakibatkan pembunuhan terhadap dirinya. Pendakwah harus mengkaji bagaimana pendakyah-pendakyah Hindu dan Kristian berjaya memurtad umat Islam dalam jumlah yang sangat ramai. Mereka menggunakan hiburan, wang, kuasa dan perundangan serta ugutan untuk menarik, mempengaruhi, mengalahkan dan memberi pembelaan serta memaksa umat Islam terutamanya muslimah, dengan cara menghamilkannya terlebih dahulu, untuk meninggalkan agama asal mereka. Apakah lagi yang boleh diharapkan untuk mereka kembali menyembah Tuhan sebagaimana yang diperintahkan Al-Quran dengan panduan As-Sunnah? Begitulah juga usaha dakwah RasululLah S.A.W. terhadapumat baginda. Baginda menggunakan kaedah hiburan dengan memberi perkhabaran baik yang akan diperolehi oleh mereka yang mahu beriman pada hari akhirat kelak. Baginda juga menggunakan harta untuk tujuan dakwah dengan memperbanyak sadaqah dan menggalakkan sadaqah kepada para sahabat. Supaya umat dapat dikumpulkan dan disatukan. Baginda juga menggunakan kuasa apabila senjata digunakan untuk mempertahankan iman umat Islam, bahkan juga dalam memberi keadilan kepada kaum Yahudi, baginda menggunakan perundangan daripada kitab mereka sendiri. Baginda menyebarkan dakwah secara senyap-senyap terlebih dahulu sehingga mencapai jumlah sahabat yang agak ramai dan mereka diuji untuk memantapkan pendirian mereka. Kekuatan yang ada pada mereka adalah Al-Haq itu sendiri yang mereka hayati dengan ilmu yang benar bukan hanya main ikut-ikut seperti keadaan umat kini. Iman mereka menjadi kukuh sehingga tidak mudah dirobek dengan senjata, api kepanasan, ugutan, umpanan harta dan sebagainya. Kekuatan mereka adalah lantaran pengabdian kepada Tuhan. Pendekatan ini tiada pada agama-agama lain.
No comments:
Post a Comment