و انك لعلى خلق العظيم
Dan
sesungguhnya engkau, benar-benar atas akhlak yang mulia.
dan
Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.
i. Telah Dikenali Dengan
Gelaran Al-Amin
Gelaran Al-Amin
Muhammad
RasululLah S.A.W. telahpun digelar Al-Amin
iaitu seseorang yang dipercayai lama sebelum masa kerasulan baginda
sehingga semasa pembaikpulihan Ka'abah.
Baginda telah diberi amanah untuk meletakkan Hajarul Aswad
kembali ke tempat asalnya daripada banyak antara pemuka-pemuka
Quraisy. Tugas sedemikian adalah merupakan penghormatan besar
masyarakat Arab Mekah pada ketika itu. Baginda merupakan seorang yang
mengambil berat tentang nasib masyarakat, membantu golongan susah
yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim serta miskin
serta ringan tangan dalam memberi bantuan. Keunggulan akhlak baginda
telah diiktiraf
sebelum baginda dilantik sebagai rasul lagi.
ii.
Dituduh Gila Kerana Kerja-kerja Baginda
Menggugat Kedudukan Pemuka-pemuka
Makkah
Menggugat Kedudukan Pemuka-pemuka
Makkah
Kemudian
baginda dituduh sebagai gila lantaran melaksanakan tugas dakwah yang
diperintahkan Tuhan. Tuduhan sedemikian adalah bersebab. Dengan
dakwah Muhammad RasululLah S.A.W, mereka mengetahui bahawa keberadaan
mereka dalam kalangan masyarakat Makkah pada ketika itu akan
tergugat. Bahkan mereka dapat merasakan kepentingan perniagaan mereka
juga tergugat disebabkan kerja-kerja dakwah. Dengan kekuatan
pengaruh serta harta yang mereka miliki, mereka akan menentang dakwah
RasululLah S.A.W. seberapa terdaya untuk menewaskan baginda.
No comments:
Post a Comment