ن و القلم و ما يسترون
Nun,
demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan.
Nuun.
Demi Pena dan apa Yang mereka tulis, -
i.
Takrifan Bagi Nun
Nun
– ﻥ,
dalam sebahagian besar salinan mashaf ditulis sedemikian adanya.
Terdapat juga yang mengatakan bahawa ada sebahagian mashaf, nun
ditulis sebagai ﻧﻮﻥ.
Huruf nun tidak dapat dipastikan sama ada merupakan hanya perwakilan
abjad seperti Qaf - ﻕ
atau
Alim, Lam, Mim ﺍﻟﻢ
atau
sebagainya atau merupakan perkataan? Sekiranya 'Nun' merupakan abjad,
penulis sendiri tidak dapat menggarap maknanya. Hanya Tuhan lebih
mengetahui. Sekiranya dinyatakan sebagai perkataan, 'nun' bermakna
tempat dakwat atau dakwat itu sendiri. Sesuai dengan perkataan
seterusnya “demi pena”. Pena pada zaman RasululLah S.A.W.
memerlukan dakwat untuk melakukan kerja-kerja penulisan. Pena pada
zaman ini adalah seperti papan kekunci tidak mengandungi dakwat
fizikal.
Tulisan yang dapat dibentuk adalah pada paparan monitor komputer dan
sebagainya.
ii.
Sejenis Ikan pada
Peristiwa Yunus A.S
Peristiwa Yunus A.S
Nun
– ﻧﻮﻥ,
juga dinyatakan sebagai sejenis ikan (21:87). Iaitu sebangsa ikan
paus yang menelan Nabi Yunus A.S. sebagaimana yang terdapat dalam
kisah selanjutnya daripada surah ini.
iii.
Kepentingan Penulisan
Walaupun
tulisan hanyalah sesuatu yang terdiri daripada dakwat di atas kertas
atau lekukan pada batu bersurat atau tandaan piksel pada
paparan monitor ataupun perwakilan binari pada ingatan
cakera keras atau pemacu pena, namun
tulisan memberi makna. Tulisan boleh jadi gambaran atau perwakilan
simbol-simbol. Dakwat di atas kertas tidak membawa
apa-apa erti, yang memberi pengertian adalah tanggapan manusia
sendiri. Sebagai contoh wang yang ditakrif sebagai
tandaan-tandaan dakwat pelbagai warna di atas dan di bawah permukaan
kertas, sebenarnya tidak membawa apa-apa erti. Yang menerima kertas
sedemikian sebagai wang adalah manusia dan bukannya makhluk-makhluk
lain. Itupun bergantung kepada kesesuaian masa dan tempat. Wang
pisang, kertas bercetak zaman penjajahan Jepun di Malaya, hanyalah
diterima pada masa tertentu suatu masa dahulu dan kini nilai yang
tinggal adalah nilai sejarah dan bukannya nilai wang itu sendiri.
Tujuan dakwat-dakwat sedemikian ditandakan di atas kertas-kertas
tertentu adalah semata-mata untuk menyampaikan maklumat daripada
Tuhan kepada manusia, daripada manusia kepada manusia atau dari Bank
Negara kepada rakyat. Sekiranya maklumat berjaya disampaikan,
tandaan-tandaan dakwat sedemikian atau apajua yang menyerupainya
dinamai sebagai tulisan, sama ada dalam bentuk simbol
atau gambaran. Tulisan sedemikian membawa erti. Tandaan yang membawa
erti yang dapat memindahkan maklumat sudah barang tentu membawa
maksud bahawa terdapat sumber yang memberi maklumat dan
terdapat sasaran yang menerima maklumat berkenaan. Tanpa
sumber pemberi maklumat, sesuatu tandaan itu tidak dapat dikatakan
sebagai tulisan bererti.
No comments:
Post a Comment