SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Saturday, March 9, 2019

MATLAMAT MENGEJAR BAHAGIAN AKHIRAT


ﻻ ﻢ ﻦ ﻦ 

Melainkan supaya Kami mengetahui, siapa-siapa yang ia percaya dengan (hari) akhirat itu …

Melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat …

(Penulis tidak berhajat untuk membincangkan secara panjang lebar tentang perbezaan bentuk terjemahan bagi ayat ini. Untuk mendapatkan kefahaman lebih mendalam – pembaca harus rujuk sendiri akan kaedah kefahaman terhadap ayat ini yang dapat dirujuk berdasarkan kefahaman ulama-ulama tafsir sendiri )

Kiranya agenda Iblis sedemikian akan berakhir dengan ketewasannya, mengapakah perancangan agenda sedemikian masih jua harus dilakukan?

Untuk mengurangkan kesan mudharat yang dibawa melalui pengamalan sistem ekonomi kapitalis, kaedah yang disyorkan dalam Al-Qur’an haruslah segera dilaksanakan.

Telah terbukti sejak dahulu lagi, pentadbiran yang diwarisi daripada perebutan politik tidak pernah menyediakan penjagaan sosial berpanjangan yang sempurna kepada golongan yang ditadbir. Pengambil alihan pentadbiran sekalipun dilakukan atas hujah kepentingan perjuangan agama, seringkali berakhir dengan penyelewengan demi penyelewengan sehingga mengakibatkan kemudharatan yang lebih besar kepada kehidupan manusia itu sendiri.


Sebagai Suatu Pembuktian

Tujuan Tuhan memilih manusia untuk memegang kekhalifahan di bumi ini, adalah untuk membuktikan bahawa tugas sedemikian sebenarnya tidak layak untuk dipikul oleh makhluk-makhluk lain seperti malaikat dan bangsa jin. Semua makhluk lain menerima hakikat itu kecuali Iblis daripada bangsa jin, yang enggan sujud kepada manusia dan membesarkan sifat takburnya. Pemilihan manusia untuk menggalas jawatan kekhalifahan, telah menjengkelkan bangsa jin secara bersangatan. Maka tidak hairanlah bangsa ini, telah merancang untuk merosakkan manusia sebagai suatu bentuk dendam kepada Tuhan, walhal Tuhan lebih mengetahui akan pilihanNya itu.

Dalam keadaan tidak memiliki sebarang pengalaman kekhalifahan dan tiada bukti ketaatan dalam melaksanakan arahan Tuhan, manusia telah mendiami muka bumi ini dalam tempoh yang sangat panjang. Kerana kejahilan dan hasutan syaitan, mereka telah melakukan pelbagai bentuk kerosakan. Namun mereka jua adalah diharap dapat melakukan usaha baik pulih atas segala bentuk kerosakan yang telah mereka lakukan.

Usaha pemulihan tidak akan dapat dilakukan kiranya manusia itu memiliki kepentingan dunia daripada harta benda, jawatan serta pangkat dan sebagainya. Jawatan kekhalifahan itu sendiri telah dijadikan rebutan umat kerana Iblis sendiri sangat mengidamkan jawatan itu sejak dahulu lagi. Iblis sendiri memerlukan manusia untuk merampas jawatan itu sebagai suatu bentuk kuasa proksi bagi menguasai dunia ini. Maka berpindahlah jawatan kekhalifahan dari seorang kepada seorang sehingga bumi ini menjadi semakin rosak. Kerosakan bumi ini sendiri menjadi kekhuatiran terhadap Iblis. Ia risau seluruh kehidupan di bumi ini akan musnah sebelum ia dapat menjadi tuhan yang disembah oleh umat manusia. Berdasarkan pencapaian teknologi, ia perlu meyakinkan ketua-ketua negara itu sendiri, yang terdiri daripada presiden-presiden,  perdana menteri, ketua-ketua agama seperti Pope dari Vatican, ulama-ulama Haramain daripada golongan Wahabiyah dan para sami, bahawa hanya dia sahaja yang akan dapat melakukan pemulihan di bumi ini dan membaiki segala bentuk kerosakan. Mereka harus mentaati Iblis untuk segera menyediakan ‘platform’ bagi memperkenalkan penggunaan matawang maya atau wang mata.

Mereka yang tidak mahu mematuhi Iblis, 
tidak ada pilihan, terpaksa mendiami 
pinggir-pinggir bukit dan gua-gua.



Sunday, March 3, 2019

SURAH AS-SABAK AYAT 21 -- KECANGGIHAN TANPA KUASA


ﻭ ﺎ ﻦ ﻪ ﻢ ﻥ ﻂﻦ   

Dan tidak telah adalah ia baginya ke atas mereka daripada kekuasaan … 

Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, … 

Kekuasaan dapat dibina daripada pembentukan kerajaan. Hanya kerajaan ada hak memperkenalkan bentuk matawang yang dikawal selia oleh bank pusat sesebuah negara. Di negara ini, kawalan mutlak untuk mengawal selia wang harus berada di tangan Yang Dipertuan Agong. Wang ringgit Malaysia, yang ditandatangani oleh gabenor Bank Negara lantikan Yang Dipertuan Agong, adalah wang yang dipercayai oleh rakyat negara ini. Kita sebenarnya tidak memerlukan sebarang bentuk matawang maya, yang hanya memaparkan digit-digit angka semata-mata. Tiada pihak akan berani mengambil tanggungjawab, kiranya nilai simpanan seseorang telahpun diubah oleh penceroboh-penceroboh yang pakar. Bahkan di negara ini, terdapat bank ternama yang tidak mahu mengambil tanggungjawab atas kehilangan sejumlah deposit dalam akaun pendeposit, walhal penggunaan wang maya belum lagi diperkenalkan secara meluas.  Sejumlah laporan yang terlalu banyak tentang kehilangan wang pendeposit, telah dilaporkan kepada pihak polis. Namun bank pula meletakkan sepenuhnya perkara tersebuat ke atas tanggungjawab pendeposit-pendeposit itu sendiri. Ramai pendeposit kini semakin kecewa.  

Menjadikan wang tiada bentuk dan tiada rupa dan hanya wujud dalam bentuk maya, dapat membawa bahaya tertentu kepada negara, kiranya urusan wang sedemikian telah jatuh ke tangan pihak yang salah. Kes 1MDB yang masih dalam siasatan pihak berkuasa, merupakan natijah penggunakan wang maya atau wang digital. Kes ini merupakan bukti mutlak bahawa proses kewangan globalisasi telah mula menampakkan kegagalannya.



Usaha Iblis Yang Pasti Akan Tewas.

Teknologi yang Iblis gunakan, juga pernah digunakan pada masa kerajaan nabi Sulaiman A.S. Teknologi sedemikian tidak akan diwarisi oleh mana-mana jua kerajaan selepas baginda. Kiranya Iblis mahu membentuk kerajaan dunia dengan memaparkan teknologi sedemikian, pastinya ia akan tewas. Perkara ini telah termaktub dalam Al-Qur’an melalui doa Nabi Sulaiman A.S. sendiri.

Jadi apakah usaha kita yang sepatutnya? Bagaimanakah kesedaran yang harus kita sampaikan kepada umat manusia? Adakah semudah untuk kita nyatakan bahawa vaksin yang dihasilkan masakini sebahagiannya, adalah agenda golongan Mason untuk membawa mudharat kepada bayi-bayi yang baru dilahirkan? Atau adakah seharusnya kita biarkan sahaja agenda Iblis berkenaan kerana kita telah pasti agenda itu akan berakhir dengan sendirinya?

Sebelum kita bertindak atas keputusan yang kita fikirkan, kita harus mempertimbangkan semula sejarah yang telah terjadi atas usaha Iblis selama ini ke atas manusia. Perang Dunia I dan Perang Dunia II adalah merupakan rancangan Iblis yang membawa mudharat sangat besar ke atas umat manusia. Peperangan yang berpunca daripada perbezaan ideologi itu tidak harus berulang kembali. Cukuplah untuk merasakan derita yang terjadi akibat daripada kedua-dua peperangan berkenaan. Kita tidak harus mengulangi kesilapan yang serupa untuk melakukan pembunuhan atas sebab perbezaan ideologi politik, perbezaan kaum mahupun perbezaan agama. Semua perkara itu merupakan perkara yang tidak akan selesai untuk diperbahaskan apatah lagi untuk diperdebatkan.

Perbezaan yang boleh membawa perselisihan umat manusia pada masa akan datang, masih lagi disebabkan oleh ketidakadilan dalam pengagihan ekonomi. Peperangan pada masa akan datang lebih menjurus kepada keperluan penguasaan terhadap sumber air, bahan sumber tenaga dan sebagainya. Kiranya kita semua dapat membuang dua rasa dalam diri setiap kita, pastinya kita akan dapat mengharungi kehidupan di dunia yang lebih tenang dan aman. Rasa-rasa itu adalah rasa tamak dalam diri dan rasa kekhuatiran akan kehilangan sesuatu. Selepas itu, pastinya usaha Iblis untuk mengadu domba manusia akan menempuh kegagalan.

Demokrasi berasaskan kapitalisma adalah
perangkap hawa nafsu yang akhirnya
membawa kebuluran dan pembunuhan
sesama umat manusia.



Popular