Orang-orang yang mereka sentiasa berkata "Tuhan Kami, sesungguhnya telah beriman kami maka Engkau ampunilah bagi kami akan dosa-dosa kami dan peliharalah akan kami (daripada) azab neraka.
(Iaitu) orang-orang Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa Kami dan peliharalah Kami dari azab neraka";
Harus Dipilih :– Mengharap Untuk
Menjauhi Dosa-dosa
Untuk tujuan ini, mahu tidak mahu, umat ini harus mempelajari apakah yang diertikan sebagai dosa? Bergelumang dengan sistem ekonomi riba adalah suatu dosa yang sangat besar. Dosa ini menjadi punca kepada menjalarnya dan bertambahnya segala bentuk dosa-dosa lain. Yang dikatakan sebagai dosa adalah sesuatu yang akhirnya membawa kekesalan dalam hati seseorang. Mengamalkan polisi kehidupan riba, mungkin pada peringkat permulaannya, tidak dirasai dengan rasa bersalah. Namun permasalahan yang akan timbul, akhirnya akan membuatkan seseorang menderita dengan rasa bersalah. Semua ini akan dibincangkan dengan secara lebih teliti pada dua juz terakhir daripada Al-Quran. Meninggalkan sistem ekonomi riba akan dikatakan sebagai meninggalkan kemajuan, namun penyaksian masakini pengamalan riba sedemikian lebih menjurus kepada kemiskinan yang parah.
Pembaca atau sesiapa jua mungkin memiliki pengalaman mengalami kesukaran untuk memujuk warga tua untuk meninggalkan kampung halaman mereka dan hidup bersama anak-anak ke kawasan perbandaran. Sebenarnya mereka tidak boleh dipersalahkan atas pilihan mereka kerana jiwa halus mereka adalah lebih menyayangi kehidupan dengan sausana harmoni di kampung berbanding keadaan hirup pikuk di kawasan perbandaran. Itulah perkara sebenarnya yang harus berlaku ke atas setiap manusia iaitu jiwa manusia lebih memerlukan ketenangan berbanding keresahan dalam menempuh kehidupan. Penulis tidak bermaksud bahawa seseorang itu harus sentiasa meninggalkan sebarang bentuk hidup keresahan dan mengejar semata-mata hidup ketenangan. Yang penulis maksudkan adalah bahawa seseorang itu hendaklah sentiasa menghargai hidup ketenangan dan berusaha mendapatkan ketenangan sekalipun lingkungan hidup seseorang sentiasa dikelilingi oleh keresahan. Sebenarnya hidup dalam keresahan bersangatan atau 'stress peringkat kronik', sangat berkait rapat dengan kepelbagaian bentuk penyakit.
Stress berpanjang dapat mendatangkan bencana
kepada tubuh seseorang
Seseorang yang sangat stress seringkali dikaitkan dengan penyakit barah barah usus dan juga kemurungan. Kes-kes seperti ini menjadi perkara yang lumrah didengari waktu ini. Perkara seperti inilah yang cuba ditutup oleh pihak berkuasa daripada diketahui oleh rakyat serta umat. Mereka menghendaki rakyat bekerja dengan sangat rajin dan pelajar-pelajar belajar bersungguh-sungguh demi menghadapi masa depan yang kononnya lebih mencabar. Polisi seperti inilah yang mengakibatkan rakyat atau umat hidup dalam keadaan kesempitan dan keresahan hidup yang berpanjangan. Mereka menjadi tidak peka terhadap kerosakan alam serta kecelaruan yang dialami oleh umat manusia masakini.
iii. Memelihara Keadaan Persekitaran Yang Stabil
Sebenarnya setiap manusia memiliki hak untuk mendapatkan keperluan hidup dan memerlukan sedikit keadaan yang lebih selesa. Begitu juga dengan kehidupan fauna dan alam flora. Kita tidak berhak mengenakan paksaan ke atas semua itu. Meneroka kawasan hutan untuk tujuan pembinaan perbandaran yang pesat adalah merupakan pencerobohan alam sekitar. Nasib haiwan-haiwan liar tidak terbela apabila terbukti haiwan-haiwan liar menerjah masuk ke kawasan penempatan semata-mata untuk mendapatkan makanan. Bukti kedua ialah kejadian banjir kilat yang sering berlaku akibat kecuaian pihak-pihak tertentu dalam mengurus tadbir pengurusan saliran. Pelajar-pelajar ilmu perladangan sendiri mempelajari bahawa pertumbuhan tumbuh-tumbuhan sebenarnya lebih memerlukan mineral untuk tujuan pertumbuhan yang baik dan bukannya keperluan baja yang banyak. Bekalan mineral dapat diperolehi daripada sumber air yang segar dan kandungan mineral dalam air yang segar amat membantu pertumbuhan tumbuhan yang baik (penerangan 71:12). Penggunaan baja yang banyak bukan sahaja dapat merosakkan tanah yang digunakan untuk tujuan pertanian bahkan dapat mengakibatkan bertambahnya haiwan-haiwan perosak yang dapat merosakkan kembali tanaman yang ditanam. Haiwan-haiwan perosak seperti serangga didapati amat menggemari kandungan ammonium dalam baja yang digunakan. Permasalahan ini menjawab persoalan, mengapakah kawasan perumahan yang tidak memiliki sistem pembetungan yang baik, didapati membantu pembiakan larva-larva nyamuk pada jumlah yang sangat banyak. Penyakit seperti demam denggi amat mudah menular di kawasan perumahan di kawasan bandar berbanding kawasan penempatan kampung.
No comments:
Post a Comment