SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Monday, May 19, 2014

KESIMPULAN HIMPUNAN AWAL SURAH AL-RAHMAN


Penerangan himpunan awal surah Al-Rahman, sengaja penulis selitkan dalam huraian blog/buku ini sebagai suatu usaha menyingkap keadaan alam, yang selama ini telah menjadi tempat kediaman kita. Kita harus sentiasa cuba memerhatikan keadaan alam ini yang selama ini telah terbentuk melalui kestabilan dan pertimbangan tertentu. Sebelum datangnya peristiwa kehancuran alam ini yang pastinya tiada lagi jalan undur, marilah kita sama-sama menjalankan kempen besar-besaran mengajak umat untuk kembali menghayati pengajaran Al-Qur'an. 

Penulis optimis, hanya dengan jalan ini sajalah, akan membolehkan kita untuk terus bertahan pada bumi kediaman ini dengan penuh barakah hingga kepada masa ketentuan masing-masing. Masih adakah lagi persiapan yang paling besar selain daripada penghayatan terhadap Al-Qur'an? RasululLah S.A.W. telah melaksanakannya dan baginda telah berjaya, begitu juga dengan para sahabat R.A.H.M dan seterusnya diikuti oleh tabiin dan tabi' tabiin yang menuruti mereka itu.

Adakah wajar kita menanti-nanti bencana yang pasti akan berlaku, barulah kita mahu lakukan suatu perubahan? Baki kesempatan masa yang terhad, tidak harus kita sia-siakan semata-mata dengan mengejar kehidupan, yang kini dipenuhi dengan sistem riba. Sistem yang telah terbukti membawa kemudharatan terhadap kehidupan kita semua selama ini.




1 comment:

  1. Belajarlah di sekolah atau serapkan kurikulam biasa disamping pembelajaran Al Quran. Quran boleh dibaca tiap2 hari. Semua isi kandung sudah terkaji, diterjemah dan diulas. Kita perlu ilmu2 lain untuk kehidupan. Jangan jadi kan Islam agama yang membuat penganutnya tertinggal jauh dibelakang. Saya mintak sangat, agar jangan di ajar kebencian dan kekasaran. Biar betul2 dari suci hati.Jangan terpengaruh dan tertipu oleh syaitan moden yang berselindung dalam Islam mengganas tapi dikatakan jihad utk agama. Dengar lah. Allah sentiasa berada dikeliling kita dan sentiasa memberi 'tanda' (sign) sbg haluan dan panduan. Terima kasih.

    ReplyDelete

Popular