ﻣﻣﻦ ﻫﻭ ﻣﻬﺎ ﻓﻰ ﺷﻚ
Daripada barangsiapa adalah ia daripadanya dalam wasangka.
Dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya.
Usaha Iblis pasti akan gagal. Ia mengasaskan suatu usaha itu berdasarkan hawa nafsu, kekejaman, tamak dan hasad. Sistem kapitalisma dilaksanakan berasaskan hawa nafsu. Nafsu umat dijadikan perangkap agar umat suka berhutang. Seolah-olah mereka akan menjadi kaya raya dengan jalan yang mudah. Kerana terdesak untuk menjelaskan hutang, mereka menjadi manusia yang kejam kerana sanggup membiarkan ahli masyarakat lainnya bahkan diri-diri mereka sendiri untuk berada dalam kehidupan yang menyempitkan sepanjang masa. Mereka sanggup menjadi ahli masyarakat yang saling menindasi sesama mereka. Semua ini terjadi atas pujukan rasa tamak yang lahir dari dalam diri mereka sendiri. Mereka cukup tamak untuk mendapatkan rasa penghormatan pihak lainnya, seolah-olah mereka ingin menunjukkan bahawa mereka jadi mulia dengan perolehan yang mereka miliki. Walhal, sebenarnya mereka dibelenggu dengan hutang yang tidak pernah berkesudahan. Sebenarnya, apajua yang mereka ‘miliki’, akan menjadi bahan hasad manusia lainnya sehingga mengakibatkan setiap laluan hidup yang mereka lalui menjadi semakin berliku-liku.

Siapakah
mereka ini? Hanya ada satu jawapan untuk semua individu seperti mereka itu,
iaitu yang termasuk dalam golongan yang merasa syak – terhadap kehidupan
akhirat. Tuhan memiliki agendaNya sendiri untuk mengasingkan golongan seperti
ini daripada golongan beriman lainnya.
Contoh – Pengasingan politik di
negara ini.
Kuasa
untuk mentadbir bumi sebagai suatu kuasa tunggal akan terjadi tidak lama lagi.
Kekuasaan ini tidak harus dilaksanakan berasaskan empat perkara yang disebutkan
di atas. Atas sebab itulah, Tuhan menghendaki untuk melaksanakan pengasingan
kepimpinan sebagaimana yang terjadi di negara ini. Asas kepada pentadbiran yang
bakal terjadi, harus didasari bukan kepada empat perkara yang disebutkan itu,
tetapi atas dasar kepercayaan terhadap hari akhirat. Kepercayaan ini tidak
tertakluk atas perbezaan agama. Terdapat penganut Yahudi yang meyakini akan
hari akhirat, begitu juga dengan penganut Nasrani dan ramai daripada penganut
kepercayaan ini terdapat pada mereka yang menganut agama Islam.
{sekadar
menghormati kedudukan RasululLah S.A.W. dan ahli keluarga baginda, bukanlah
asas untuk melayakkan seseorang memegang tampuk kekhalifahan. Amalan menghormati
RasululLah S.A.W. dan ahli keluarga baginda harus dilakukan bersungguh-sungguh
setiap masa dan haruslah diserlahkan terutama ketika menyambut maulidur Rasul!!! }
Di
negara ini, perjuangan mementingkan diri sendiri, kelompok sendiri dan kaum
sendiri semakin ditolak oleh rakyat negara ini secara umumnya. Ahli politik
yang berkata-kata :- “demi perjuangan parti”, “demi perjuangan bangsa”, “demi
perjuangan agama”, sebenarnya tidak pernah menunjukkan contoh yang lebih baik
untuk dianggap sebagai mempercayai kehidupan hari akhirat. Begitu juga mereka
yang berada dalam parti berasaskan agama, sebenarnya lebih membawa agenda agama
‘sendiri’, merebut kedudukan untuk diri sendiri berbanding usaha
bersungguh-sungguh menyedarkan umat supaya mengenali permasalahan yang sedang
terjadi. Kita tidak perlu untuk menyalahkan pihak luar yang dikatakan cuba
memerangkap sesetengah ahli politik berkenaan, sehingga meninggalkan perjuangan
parti asal mereka. Semua ini terjadi atas sebab asas kepercayaan mereka kepada
hari akhirat, sedikit sebanyak telah didasarkan kepada perkara syak wasangka.
Mereka
yang merasa syak sekalipun dikatakan masih terdapat sedikit keyakinan, telahpun
terkeluar bahkan perlu keluar daripada kelompok asal mereka. Perjuangan umat
ini dengan merapatkan barisan, kini menjadi semakin mudah. Tiada kerjasama
untuk berjuang atas tujuan kebangsaan, perkauman, kepentingan peribadi,
kelompok atau apajua yang menjurus tidak kepada kehidupan hari akhirat.
Perjuangan atas nama agama yang bersifat rasis juga perlu ditolak
mentah-mentah.