Perancangan ribuan tahun sebelum wujudnya bangsa manusia di permukaan bumi ini, akan dilaksanakan tidak lama lagi. Pada permulaan, golongan Iblis cuba menguasai dunia ini melalui kuasa proksi. Caranya adalah dengan mengambil kesempatan melalui sistem ekonomi kapitalis. Namun usaha itu membawa akibat pemberontakan rakyat. Akhirnya rakyat sebahagian negara tidak dapat dikuasai melalui kaedah ini. Mereka akhirnya lebih mempercayai Tuhan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, berbanding makanan yang diperolehi melalui perantaraan wang. Rata-rata umat akhirnya memilih kehidupan secara berkelompok dan meninggalkan sistem kewangan yang telah sedia wujud. Iblis telah cuba untuk menguasai negara ini melalui perancangaan yang amat teliti. Ia telah menggunakan kaedah kuasa proksi, sepertimana usaha bangsa Yahudi menggunakan kuasa proksi untuk menguasai dunia ini. Kesempatan yang digunakan adalah melalui sistem ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi seperti ini adalah merupakan sebuah sistem yang kejam. Penulis cuba untuk menghuraikan bentuk kekejaman sistem kapitalis yang telah terjadi di negara ini.
Pada suatu ketika dahulu, selepas zaman kemerdekaan, kuasa utama di negara ini terletak di tangan Yang Di Pertuan Agong. Melalui kuasa Yang Di Pertuan Agong, pembangunan negara telah dilakukan melalui bayaran yang diperolehi daripada cukai yang dikenakan kepada rakyat yang berkemampuan. Hasil kutipan itu kemudiannya dikembalikan kepada rakyat sebagai bentuk pembelaan kembali kepada mereka, agar kehidupan yang baik dapat dilalui. Negara menjadi semakin kuat dan Yang Di Pertuan Agong menjadi pemimpin yang sangat dihormati dan disayangi rakyat. Perkara ini telah dibuktikan dengan kejayaan rakyat dan negara, dalam menghadapi kebangkitan ideologi komunis. Ideologi ganas ini dapat dihapuskan dan tidak lagi dapat membawa bahaya yang nyata kepada negara ini. Seterusnya kemakmuran negara dapat diraih oleh semua kaum tanpa mengira pegangan agama atau pendirian politik setiap mereka. Sekalipun rakyat terpisah pada pandangan yang berbeza menurut budaya dan kepercayaan masing-masing, namun semua itu dapat diterima sebagai kepelbagaian yang unik.
Namun keharmonian yang telah terjadi setelah itu didapati tidak kekal lama. Kuasa Yang Di Pertuan Agong secara sedikit demi sedikit telahpun dilucutkan. Kuasa proksi mula diperkenalkan melalui saluran legislatif sehingga kuasa Yang Dipertuan Agong telah terlucut secara yang amat halus. Sehingga akhirnya, Yang Di Pertuan Agong tidak lagi ada hak dalam urusan agama seperti dalam urusan nikah kahwin, pembangunan masjid dan terkini terdapat ura-ura untuk melucutkan kuasa Yang Dipertuan Agong dalam urusan zakat di negeri-negeri yang tidak mengamalkan pemerintahan kesultanan. Kiranya perkara ini terjadi, kewajiban membayar zakat bagi penduduk di negeri-negeri berkenaan sebenarnya telah terlucut sama sekali.
Beginilah corak rupa pemerintahan melalui proksi yang telah terjadi. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Britain serta kebanyakan negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, telah jatuh kepada pemerintahan proksi seperti ini. Mereka menggunakan dua jenis kaedah penaklukan terhadap negara-negara yang ingin mereka takluki, sama ada melalui senjata peperangan atau bersenjatakan penguasaan wang. Negara kita kini sedang cuba dikuasai melalui penguasaan wang. Melalui penguasaan wang, kedudukan Yang Di Pertuan Agong hanya tinggal gambar kepala di atas kertas. Sehingga akhirnya cukai-cukai yang dikutip atas nama Yang Di Pertuan Agong, tidak pernah sampai kepada Yang Di Pertuan Agong. Tanda pertama yang terjadi dan dapat diperhatikan, sebahagian wang-wang berkenaan turut menjadi rebutan kakitangan syarikat yang dilantik khas oleh pihak lembaga hasil sendiri sehingga menimbulkan kedengkian dalam kalangan anggota lembaga hasil.
“In the beginning, there was cash”,
“The cash was with The King”,
“Finally, Cash is King”
Serangan “Extra Terrestrial” Untuk
Menghapuskan Terus Kuasa Proksi
Penulis lebih menyenangi untuk menyebutnya sebagai serangan “extra dimensional”. Dimensi ekstra adalah dimensi luar daripada dimensi kehidupan manusia di bumi ini. Setelah pengamatan lebih luas dilakukan, istilah yang menjadi sebutan masyarakat Barat ini, seiring dengan kepercayaan masyarakat di negara ini yang menyebutnya sebagai alam kediaman bangsa jin, yang sebahagian mengenalinya sebagai alam bunian.
Oleh itu agenda serangan “extra terrestrial” ini lebih mudah untuk diterima sebagai agenda bangsa jin, melalui kepimpinan ketua mereka iaitu Iblis laknatulLah. Sesungguhnya Iblis telah terlibat dalam kempen pengagungan bangsa Aryan, melalui gerakan Nazi yang dipelopori oleh Hitler dalam perang dunia ke-2 dahulu. Mujurlah fahaman ini telahpun berjaya ditewaskan sehingga Iblis tidak jadi untuk disembah secara menyeluruh oleh manusia di mukabumi ini.
Namun melalui projek “Paper Clip” yang dirahsiakan oleh kerajaan Amerika Syarikat, saintis-saintis Jerman yang telah ditawan, telah diarahkan untuk meneruskan penghasilan pesawat Hanebu, yang secara umumnya lebih dikenali sebagai pesawat terbang tidak dikenali – UFO. Projek penghasilan pesawat ini telah dilakukan di suatu tempat yang dikenali sebagai Area 51, di negeri Nevada, Amerika Syarikat.
Projek yang dilaksanakan adalah begitu rahsia sekali dan telah menelan sejumlah bajet pertahanan Amerika Syarikat yang besar. Bajet yang tidak dinyatakan jumlahnya (black budget) itu, akhirnya menyebabkan kepimpinan Amerika Syarikat sendiri telah kehilangan kuasa dalam mengawal projek berkenaan. Projek ini tidak lagi berada di bawah kawalan kerajaan sekalipun masih terus dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Projek serangan “Extra Terrestrial” ini adalah merupakan sebuah perancangan yang telah lama dirancang, sebagaimana pernah disebut dahulu oleh Dr. Carol Rosin melalui pengakuan bekas kepimpinanan NASA kepadanya. Tujuan akhir projek ini adalah untuk memaksa masyarakat dunia menerima penggunaan wang maya. Alasan yang digunakan untuk membangunkan projek ini telah bermula daripada persediaan menghadapi kuasa jahat Soviet Union suatu ketika dahulu dan projek persediaan untuk tujuan itu, telah siap dilaksanakan. Seterusnya melalui penggunaan satelit, mereka menggunakan alasan bagi menghadapi ancaman pengganas, walhal projek mewujudkan pengganas itu sendiri adalah merupakan projek yang dibiayai sendiri oleh mereka. Ketaksuban mereka dalam mempercayai perkara eskatologi, telah membawa kepada sebuah projek yang besar iaitu serangan 911, yang mereka sendiri laksanakan dan seterusnya melakukan pemburuan terhadap ‘pengganas’ rekaan mereka di Afghanistan dan Iraq serta negara-negara lainnya. Namun rancangan ini telahpun gagal sehingga belanja pertahanan Amerika Syarikat sendiri telahpun merosot.
Sempena kejatuhan ekonomi dunia yang telah mereka rancangkan sejak dahulu lagi, mereka kini dalam kerangka untuk menakluki dunia melalui penguasaan wang dan juga peperangan. Dengan iu maka wujudlah fenomena kegawatan sebagaimana yang telah melanda sebahagian negara Asia, Eropah dan negara-negara Amerika Latin. Projek seperti ini sebenarnya amat merbahaya untuk umat manusia kerana kuasa kepimpinan dalam kerajaan yang mereka bentuk, akan dapat dilucutkan dengan mudah sekali. Di mana-mana negara di dunia ini, pengawalan terhadap wang telah diperkenalkan yang kononnya untuk mengekang pengganas dan aktiviti jenayah. Kesempatan pengawalan terhadap wang juga digunakan untuk tujuan mengesan individu yang terlibat dalam konflik dalaman negara mereka sendiri. Walaupun projek ini kelihatan menarik, namun perkara akhir yang terjadi adalah kehilangan kebebasan umat dalam mengurus tadbir harta mereka sendiri. Ketua negara akan kehilangan kuasa memerintah dan rakyat akan mudah dibentuk menurut telunjuk Iblis. Pada masa ini, ketika tulisan ini ditulis, mereka sedang membina infrastruktur di kebanyakan negara yang ada ikatan di bawah perjanjian kewangan IMF dan negara ini adalah salah satu negara yang telahpun menjadi mangsa mereka. Melalui perancangan yang sangat rapi, mereka telah berjaya melucutkan kuasa Yang Dipertuan Agong sedikit demi sedikit.
mana akan dijadikan latihan untuk
mereka kuasai dunia.
Penulis tidak bercadang untuk memperbesar-besarkan tentang serangan ‘makhluk asing’ ataupun yang disebut sebagai ‘extra terrestrial’. Dalam himpunan awal surah ini, telah diterangkan secara agak terperinci tentang siapakah mereka ini dan siapa sebenarnya watak-watak yang menjadi dalang di belakang mereka. Senjata mereka yang paling canggih bukanlah peralatan yang mereka bawa bersama pesawat mereka itu. Dalam wawancara mistik, mereka akui bahawa senjata hebat mereka adalah gerakan illuminati, yang mempengaruhi minda separuh sedar manusia melalui hiburan-hiburan yang melalaikan.