Kemodenan dunia bukan penghalang kita memperbudaya dan mempelajari Al-Quran dan As-Sunnah, dalam melayari rutin kehidupan seharian sebagai hambaNya dan khalifah di muka bumi.
Demi sesungguhnya,
telah ada ia, bagi Negeri Sabak itu, pada kediaman mereka, suatu tanda
Demi sesungguhnya, adalah bagi
penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang
terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: i. Tanda
Di Negeri Sabak
Pengajaran
Al-Qur’an tentang perlunya sikap bersyukur terhadap kurniaan Tuhan, terdapat
tandanya yang dapat diperhatikan di negeri Sabak. Negeri Sabak merupakan negeri
yang baik, Tuhan Maha Mengampuni, akhirnya binasa disebabkan perlakuan penduduk
dan kepimpinan negerinya yang tidak mahu mensyukuri nikmat Tuhan. Mereka
memilih corak kehidupan gelojoh sehingga akhirnya mereka terpaksa meninggalkan
negeri mereka sendiri yang telah mereka diami dalam tempoh yang lama. Mereka
akhirnya berpindah jauh untuk mendapatkan kehidupan baru di negeri-negeri lain.
Sebagaimana yang disebutkan pada ayat-ayat sebelum ini, teknologi yang
diamalkan di negeri Sabak adalah warisan kerajaan Nabi Sulaiman A.S., yang
memperolehi petunjuk dari Tuhan. Akan tetapi, corak kehidupan umat yang
meninggalkan amalan bersyukur, mengakibatkan mereka akhirnya menerima padah. ii. Perlakuan
Tidak Mensyukuri
Penulis
sengaja membandingkan negeri Sabak yang pernah wujud suatu ketika dahulu dengan
negeri ini – negeri Perak Darul Ridzuan. Perlakuan penduduk negeri Sabak, yang
pernah wujud suatu ketika dahulu telah mula menular ke negeri ini sehingga
rata-rata mereka telah menunjukkan sikap kurang mensyukuri nikmat Tuhan.
Satu-satunya negeri di negara ini, yang penduduknya amat berbangga mengamalkan
sikap “biar pape asal bergaye”. Suatu peribahasa yang pastinya akan membawa
mudharat yang besar kiranya diamalkan berterusan.
Bukan mudah untuk mengubah budaya
"Biar Pape Asal Bergaye" sekiranya
tidak dimulai sendiri oleh pemerintah.
Penulis
tidak berhajat untuk menyebut bencana yang bakal terjadi. Cukuplah dengan
membuat perbandingan perlakuan umat terdahulu yang dicontohi oleh umat masa
kini, telah mendedahkan kita kepada bahaya tertentu.
Keadaan dunia yang terus dibiarkan,
pasti akan memilih kita untuk menjadi mangsa suatu hari nanti.
Berdasarkan pengajaran ayat setakat
ini daripada Surah As-Sabak dan ayat-ayat sebelum ini, kita akan dapati perkara
yang diberitahu melalui kitab suci adalah suatu yang pasti akan terjadi. Kehidupan
manusia semakin lama semakin membingungkan, alam kediaman semakin lama semakin
mendatangkan kebinasaan dan hal ini terjadi atas sebab kedegilan umat dan
kepimpinan dalam menta’ati ajaran kitab suci.
Perkara yang dijelaskan melalui
pengajaran surah As-Sabak ini telah diketahui tidak akan dipatuhi umat dan kita
akan dapat memerhati kebinasaan yang semakin meningkat yang datangnya secara
berandur-ansur. Jadi perlu apakah kita mengingatkan mereka lagi darihal bencana
yang dapat terjadi? Melainkan kita lakukan persediaan untuk diri-diri kita
sendiri. Sebelum datangnya bencana dalam tempoh yang panjang dan sebelum datangnya
bencana Dajjal si penipu, marilah kita pelajari proses-proses yang akan terjadi
dan seterusnya menyiapkan persekitaran yang sesuai dalam bentuk persediaan
keperluan-keperluan asas serta kediaman yang lebih baik. Seterusnya apabila permulaan
bencana dapat disaksikan, tempoh itu bukanlah tempoh untuk kita mentertawakan
golongan yang degil, tetapi untuk memberi bantuan kepada mereka yang ingin
kembali kepada ajaran Tuhan. Sistem kehidupan yang dilalui oleh
manusia akan binasa disebabkan dua punca yang dapat dikenal pasti.
a.Sifat tamak dan gelojoh dalam menghadapi
kehidupan
b.Kekhuatiran kehilangan sesuatu yang dijangka akan dimiliki Atas sebab-sebab inilah mereka
sanggup memilih untuk menolak panduan Tuhan dalam berpenghidupan. Mereka
bukannya tidak mengetahui kebenaran dan mereka boleh memilih keimanan kalau mereka
kehendaki, tetapi atas desakan salah satu daripada dua punca di atas atau
kedua-duanya sekali, mereka sanggup memilih kekufuran. Berterusan mengingatkan
mereka tentunya akan memenatkan individu pendakwah dan mereka ini haruslah
dibiar berterusan dalam kekufuran. Sesungguhnya Tuhan tidak pernah memaksa
manusia. Namun memilih untuk menerima panduan Tuhan, pada saat akhir sebelum
datangnya bencana yang datang secara beransur-ansur itu, tentunya mendatangkan
bahaya perselisihan umat.
i. Sifat
Tamak dan Gelojoh
Kita pelajari dahulu sifat tamak
dan gelojoh dan bagaimana kedua-dua sifat ini dapat menjadi penyebab kepada
kerosakan. Setiap pagi, setiap hari kita dapat melihat kesesakan di
jalan-jalanraya, kerana hampir setiap umat bersiap awal-awal pagi, untuk ke
tempat kerja masing-masing. Mereka seterusnya memenuhi jalan-jalanraya sebelah
petangnya, setelah tamat bekerja, untuk terus pulang ke rumah masing-masing. Keluar
pagi-pagi,
pulang petang-petang ….
Hujung
bulan dapat gaji, ke kaunter ... untuk bayar hutang .
Bebanan hutang yang semakin
meningkat mengakibatkan sebahagian besar ahli masyarakat semakin menjadi gila.
Keupayaan mereka untuk berbelanja semakin merosot dan kitaran ekonomi umat,
semakin lama menjadi semakin perlahan. Sifat tamak dan gelojoh sebenarnya telah
diserlahkan dengan perlumbaan mereka untuk memiliki rumah-rumah serta kenderaan
serba mewah. Mereka menjadi sedemikian semata-mata atas desakan kemegahan dan kekhuatiran
menjadi bahan hinaan pihak lain, kiranya memilih hidup sekadar cukup.
Mereka
menjadi seperti angkut-angkut … Melabur
untuk pembinaan demi pembinaan …
Bangunan-bangunan
yang akhirnya ... dibiar reput ….
Tidak
dapat dimanfaatkan, kerana bebanan hutang orang ramai yang semakin menekan .
Tenaga mereka akhirnya diperah dan
mereka dikerah seperti tikus-tikus kerahan mencari gembira. Atas keupayaan membayar hutang yang semakin merosot, akhirnya
peningkatan KDNK negara semakin susut. Bank pusat tidak mempunyai pilihan dan
memerlukan dana segera yang besar, untuk dipulangkan kepada pelabur-pelabur
bond dan sukuk, (sebagai bukti kemampuan negara dalam mengurus hutang negara — supaya
pelabur-pelabur terus sahaja melabur pada tahun-tahun selanjutnya). Dana harus
diterima daripada pemerintah dan bukannya pulangan benar pelaburan.
Sampai ke suatu tahap, pemerintah
tidak mempunyai pilihan… terus sahaja arahkan pegawai-pegawai buat kerja gila.
Lalu diwujudkan sistem saman kepada para pengusaha, sebagai suatu bentuk samun
gaya baru. Saman ke atas pemandu, cukai berganda kepada peniaga dan pengguna,
rampas dan sita harta kontraktor-kontraktor serta pegawai-pegawai tinggi atas
pelbagai tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya dan juga penalti besar
ke atas peniaga-peniaga hanya kerana sedikit kelewatan penghantaran laporan
syarikat SDN BHD.
Kami sebagai rakyat kini tidak lagi
gembira. Hasil rakyat dirampas sementara golongan susah pula perlu dipujuk.
Bantuan Rakyat Satu Negara perlu diperluaskan untuk meraih undi lebih besar
dalam pilihanraya. Pelbagai bentuk bantuan pinjaman diperkenalkan supaya rakyat
menjadi lebih rajin bekerja. Mereka bekerja siang dan malam seperti ‘anjing
berkaki kejang’ yang menanggung matahari dan bulan, sepertimana yang
digambarkan melalui logo bank pusat.
'Kijang berekor panjang’ yang
menanggung
matahari dan bulan, memberi gambaran rakyat yang perlu bekerja siang dan malam demi
negara.
Untuk membuktikan keadaan adalah
baik dan terkawal, sepertimana yang seringkali ditulis oleh pengawal-pengawal
keselamatan dalam buku log laporan harian mereka, mereka perlu dipakaikan
dengan pakaian yang kemas dan anggun, bersih lagi berseri. Seolah-olah syarikat
tempat mereka bekerja adalah syarikat yang berdaya maju dan memiliki kedudukan
ekonomi yang kukuh. Wal asal balik hasil, bayaran gaji perlu dipotong setiap
bulan dengan berbagai-bagai alasan. Jumlah kemudahan yang disediakan tidak
memadai dan mereka dicabar untuk tulis surat berhenti, ekoran “cakap banyak”.
Sekalipun pulangan tahunan kepada pelabur-pelabur saham dinaikkan tinggi sedikit daripada kebiasaannya, pegawai-pegawai
yang melaksanakannya mengeluh panjang kerana bonus tahunan disusutkan, elaun
O.T. dikurangkan dan mereka dikehendaki bersyukur dengan habuan yang mereka
perolehi. Maklumlah… dah biasa dengan kemewahan, kena ujian susah sikit…
keluhannya sudah panjang.
“Semua itu adalah tanda-tanda awal kejatuhan yang akan terjadi sedikit masa lagi”
ii. Kekhuatiran Kehilangan Sesuatu Yang
Dijangka Akan Dimiliki
Dalam hal ini RasululLah S.A.W.
adalah lebih ‘advance’ apabila menyatakan bahawa harta sebenar adalah yang
diserahkan sebagai infak pada jalan Tuhan. Maka serahkanlah ‘harta dunia’
kembali kepada golongan susah dan golongan memerlukan.
Iblis pula menjanjikan kemiskinan
dengan bersadaqah dan kekayaan apabila mengamalkan amalan riba. Antara
kedua-dua tawaran RasululLah S.A.W. untuk rajin-rajin berinfaq dan tawaran
Iblis untuk berlumba-lumba dapatkan bonus tahunan hasil aktiviti riba, tentulah
tawaran Iblis kelihatan lebih menarik. Namun kesudahan daripada aktiviti
kesukaan Iblis sedemikian adalah kerosakan.
Suka atau tidak, kedua-dua pihak
harus menyerahkan harta mereka untuk diurus tadbir oleh pihak lain. Mereka yang
memilih jalan riba mengharapkan harta mereka sentiasa bertambah sepanjang
tahun. Sehingga suatu peringkat, mereka seperti dipaksa, terpaksa membuat
pelaburan harta mereka ke pihak yang menjanjikan pulangan lebih tinggi kerana
khuatirkan kemerosotan nilai harta mereka, kiranya tidak diperlakukan
sedemikian. Dengan kesan inflasi berpanjangan akibat kesan pengamalan aktiviti
riba, mahu tak mahu, pengamal-pengamal riba terpaksa sentiasa menyerahkan harta
mereka untuk dilipat gandakan nilainya. Pengamal-pengamal riba ini sebenarnya
lebih mengharapkan pulangan sebelum kematian dan mereka tidak akan memperolehi
apa-apapun selepas itu.
Kerugian berlaku apabila
peminjam-peminjam riba akhirnya tidak mampu membayar kembali hutang-hutang
mereka. Pada masa itu harapan untuk mendapatkan kembali pulangan melalui
bond-bond dan sukuk, hanya tinggal harapan. Keberhasilan bond atau sukuk mulai
jatuh dan untuk mengatasi masalah ini, bank pusat tidak punyai pilihan
melainkan menyusutkan nilai bond-bond berkenaan. Ketidak boleh harapan untuk
mendapatkan keuntungan secara berterusan mengakibatkan akhirnya pelabur-pelabur
semakin kecewa dan mereka mulai meninggalkan pasaran bond tempatan. Perkara
demikian akhirnya menjurus kepada kelemahan nilai wang tempatan dan akhirnya
menambah kesusahan hidup rakyat secara keseluruhannya.
Siapakah yang berani menyatakan bahawa pembangunan kerajaan silam tidak secanggih sebagaimana pembangunan yang terdapat pada zaman ini? Di mana dia, kerajaan dunia yang wujud pada masa kini, telah memiliki teknologi yang setanding dengan teknologi yang diamalkan oleh Nabi Sulaiman A.S.? Di manakah dia contoh peralatan yang direkacipta pada masa ini, dapat dikawal dengan menggunakan ‘roh’ yang dapat dipindah-pindahkan, sepertimana penggunaan tamathil yang wujud pada zaman itu?
Kita tak perlu risau - Usaha meniru teknologi silam
seperti teknologi pada zaman Nabi Sulaiman A.S.,
adalah sesuatu yang pasti gagal untuk dimajukan.
Pelajaran yang dapat dipelajari
setakat ini menunjukkan betapa kecanggihan teknologi yang diperolehi pada zaman
Nabi Sulaiman A.S. sebenarnya telah mengatasi segala bentuk teknologi yang
didapati masakini. Namun kecanggihan itu, tidak dapat membantu penduduk negeri Sabak untuk mengelak
tragedi yang terjadi di negeri mereka sesudahnya. Penyebabnya adalah kerana keingkaran
dan keangkuhan mereka terhadap panduan Tuhan yang diwarisi generasi ke generasi.
Apa benarkah, manusia pada saat ini telah mencapai teknologi yang lebih canggih
berbanding teknologi yang dipelopori oleh Nabi Sulaiman A.S? Kalau begitu
mengapa terlalu banyak bencana masih juga berlaku dan mengapa teknologi manusia
masakini, masih tidak dapat mencegah atau mengurangi kejadian bencana? Atau sekurang-kurangnya,
dapatkah teknologi sedia ada dapat digunapakai untuk meramal dengan baik
sebarang kejadian bencana yang dijangka bakal terjadi supaya dapat mengurangi
bilangan korban atau kemalangan?
Oleh itu adalah lebih baik kita
buang saja keegoan diri dan kembali merujuk kepada panduan Tuhan dalam
berpenghidupan. Perbincangan ayat-ayat selepas ini adalah contoh pelanggaran
yang telah dilakukan oleh penduduk negeri Sabak suatu ketika dahulu. Akibatnya,
mereka sendiri telah ditimpa bencana yang berat. Atas sebab itu sudilah kiranya
kita menjadi hamba-hamba Tuhan yang bersangatan syukur terhadap apa-apa jua
nikmat Tuhan dan bersangatan sabar dalam menghadapi liku-liku kehidupan.
Bencana
Yang Dapat Terjadi Masakini
Apakah maka apabila teknologi
secanggih seumpama sedemikian, yang diamalkan menurut kaedah Nabi Sulaiman A.S…,
bencana dapat dihentikan atau dikurangi? Berapa banyakkah bencana yang telah terjadi
waktu ini, yang kononnya projek-projek pembinaan yang dilaksanakan, dikatakan
telah menuruti piawaian yang telah ditetapkan? Bukan kecanggihan yang penulis
maksudkan untuk mengelak suatu bencana, tetapi ketaqwaan kepada Tuhan dan
berhati-hati dalam pekerjaan dengan cara menuruti panduan Tuhan. Langkah-langkah
seperti ini adalah DIHARAP dapat mengurangi kejadian bencana serta mengurangkan
kesan bencana yang bakal terjadi. Sekurang-kurangnya kita dapat sampai ke suatu
tahap yang memungkinkan kita dapat mengetahui punca-punca sebenar penyebab
bencana dan seterusnya dapat mempersediakan sesuatu bagi mengurangi kesan
bencana yang dijangka bakal terjadi.
Sebagai contoh, kita telah pelajari
sebelum ini bahawa bahan buangan manusia dan haiwan seperti urea dan ammonia,
dapat membawa kesan yang dahsyat dalam tempoh masa yang panjang. Dan kita juga
telah mengetahui, kekuatan sesuatu peralatan pembinaan, dapat musnah apabila
sentiasa terdedah kepada bahan-bahan seumpama itu. Oleh itu dalam kes takungan
air empangan, kerja-kerja sampingan seperti penternakan ikan air tawar secara
intensif, tidak harus dilaksanakan di tempat yang sama. Sekalipun usaha
sedemikian dikatakan dapat menyediakan bekalan baja asli seperti baja E.M.
secara berpanjangan untuk tujuan kesuburan tanaman, kesan jangka panjangnya
adalah kegagalan terhadap ikatan konkrit tembok empangan yang akan melepasi
tahap ‘offset’, jika dibiarkan berterusan. Empangan – walau dibina sekukuh mana
sekalipun, akhirnya akan pecah dan kejadian ini tentunya membawa bencana yang
berat kepada umat yang tidak tahu mensyukuri kurniaan Tuhan. Perkara inilah
yang mungkin menjadi salah satu punca, sehingga terjadinya peristiwa banjir
Arim, yang membawa kemusnahan kepada penduduk negeri Sabak suatu ketika dahulu. Peristiwa bencana ini telah menjadi tajuk perbualan yang panjang kepada umat
terdahulu sehinggalah umat terkini dan perkara ini telah direkodkan dalam kitab
suci Al-Quran. Apakah pengajarannya untuk umat masakini? Oleh kerana
penbangunan pengairan telah menjadi nadi kepada aktiviti kehidupan dan ekonomi
negeri ini, kerajaan baru yang telah ditubuhkan, harus mengambil berat tentang
perkara ini. Mereka juga harus mengambil berat terhadap sebarang aktiviti
pertanian terutamanya yang berada di tanah tinggi, di lereng-lereng bukit dan
juga di kawasan yang berhampiran dengan kawasan tadahan. Kita tentunya tidak
mahu melihat bencana terjadi akibat kecuaian kita melaksanakan tanggung jawab
kekhalifahan dan kita tentunya tidak sanggup menyaksikan ramai penduduk negeri
ini ditimpa pelbagai bentuk penyakit.
Tempoh hayat sesuatu projek pembangunan sehingga berlaku kemusnahannya, kini berlalu semakin singkat. Manusia sering melupakan faktor perubahan alam yang terjadi masakini.
Bahawa kiranya telah adalah mereka, mereka mengetahui akan yang ghaib itu, tidak telah tinggal mereka dalam siksaan yang hina.
Syaitan
Yang Merasa Terhina
Mematuhi arahan Tuhan adalah suatu
kemuliaan. Namun menurut tanggapan bangsa jin, mematuhi arahan Tuhan untuk
berkhidmat kepada manusia adalah suatu kehinaan. Apatah lagi kiranya individu manusia
yang bangsa jin diarah untuk berkhidmat itu telah meninggal dunia. Perkara
tentang sikap bangsa jin ini sebenarnya telah menjalar sehingga kini apabila
didapati sebahagian besar mereka, tidak bersedia untuk mematuhi arahan Tuhan
dalam hal berselawat kepada junjungan RasululLah S.A.W, yang telahpun lama
wafat. Dan dalam kalangan bangsa jin yang beragama Islam, kebanyakan mereka
memilih untuk meringkaskan amalan selawat kepada RasululLah S.A.W. dalam
tahiyat akhir daripada ibadat solat mereka. Mereka berbangga untuk menjadi
hamba Tuhan yang warak tetapi tidak bersedia untuk berselawat kepada RasululLah
S.A.W. serta ahli keluarga baginda dengan sebenar-benar selawat.
Sebenarnya sikap ini adalah
merupakan contoh warisan sikap Iblis, yang enggan mematuhi arahan Allah S.W.T
supaya sujud kepada Nabi Adam A.S., bapa kepada umat manusia. Kiranya dalam
hidup Nabi Adam A.S. dahulu, Iblis telah enggan untuk bersujud kepada baginda
atas sifat keangkuhan Iblis itu sendiri, apatah lagi masakini, setelah sekian lama
Nabi Adam A.S. wafat, ia masih enggan melakukannya kerana masih menuruti penyakit
angkuhnya itu. Iblis sebenarnya masih enggan untuk menundukkan keangkuhannya
itu, sedangkan para malaikat dan sebahagian besar umat manusia bersedia untuk
melakukannya sehingga kini. Keengganan sebahagian besar bangsa jin untuk
mematuhi arahan Tuhan dalam hal ini, telah menjadikan mereka bangsa yang hina. Akibatnya,
mereka suka berlaga sesama sendiri dan amat gemar mengadu domba serta menghasut
sesama mereka dan juga umat manusia untuk bermusuhan.