ﻭ ﺷﺊ ﻣﻦ ﺳﺪﺭ ﻗﻠﻴﻞ
Dan sesuatu daripada bidara yang sedikit
Pemulihan Setelah Suatu Kemusnahan
Selalunya buah-buahan jenis pahit dan masam yang ekstrem, yang datang daripada pepohon yang tumbuh selepas kejadian kemusnahan, memiliki kandungan anti oksidan sangat tinggi dan bersifat anti kanser. Buah nenas muda, buah belimbing besi dan herba seperti bakawali adalah contoh mudah dalam hal ini. Proses yang dikenali sebagai pemulihan juga berlaku terhadap persekitaran lainnya seperti udarakasa, air yang mengalir dan sepsis-spesis ‘baru’ yang mengambil alih tempat berkenaan.
Buah
bidara serta bahagian daripada seperti daun-daun bersama rantingnya, sekalipun
bukan daripada tumbuhan pahit memiliki kegunaan tertentu yang lain.
Sebenarnya
kita tidak perlu risau tentang nasib yang menimpa bumi akibat salah laku amalan
kita. Perkara yang harus kita bimbangi adalah tindakbalas bumi terhadap
sebarang kerosakan yang terjadi sehingga mengakibatkan kita semua menjadi
mangsa. Adakah kita masih mengatakan bahawa kita ini adalah spesis penting yang
tanpa spesis ini, kekekalan keadaan bumi ini akan tergugat. Bumi ini telah
sekian lama berada dalam keadaan stabil, hijau dan cantik sebelum datangnya
manusia. Kemudian Tuhan mengutus manusia untuk mendiami bumi ini dan Tuhan maha
melihat, amalan manusia selepas amanah kekhalifahan itu diserahkan kepada
mereka.
“The air will
recover”
Suatu
masa nanti, pasti manusia akan meninggalkan bumi ini setelah menempuh keadaan
yang dikatakan sebagai As-Saah. Kemudian terserah kepada Tuhan untuk mengurus
tadbir sebagai bumi yang akan dipulihkan. Di akhirat nanti, manusia akan
kembali dibangkitkan dari bumi seperti ini juga, untuk menjalani kehidupan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment